Epilog

118 3 0
                                    

12 tahun kemudian....

Cahaya pagi itu bersinar seperti biasa. Tatapannya tepat memandang ke arah kolam renang yang berkilat akibat biasan cahaya matahari. Fattah menanggalkan kaca mata sebelum memicit hidungnya. Hatinya meruntun kesedihan sebaik teringatkan arwah isterinya yang sudah pergi selama sepuluh tahun. Selama itu juga dia tidak lekang mengirim doa untuk satu-satunya cinta hatinya.

"Papa!" Jeritan anak perempuannya di pintu gelongsor menarik perhatiannya. Irdina tersenyum memeluk papanya itu.

"Anak papa ni peluk bagai ni kenapa? Mesti ada tujuan" gurau Fattah memandang wajah anak perempuannya itu. Bermata sepet dan berkulit putih sepertinya. Cuma hidung dan bibir mengikut arwah Inara. Lagi sekali dia merindui wajah itu.

"Papa rindukan mama ke? Irdina pun rindukan mama" ujar Irdina sedikit hambar dengan wajah sedih. Lantas Fattah memegang wajah kecil itu.

"Papa sentiasa rindukan mama, tapi kita kena doakan yang terbaik untuk mama. Irdina tahukan macam mana doa?" Soal Fattah mempamer wajah gembira di hadapan anaknya. Perangai Irdina tidak saling tumpah seperti Inara, degil tapi manja.

"Boleh tak Irdina skip tuisyen hari ni? Abang Hakim dah janji nak bawa Irdina keluar jalan-jalan" pinta Irdina dengan wajah dicomelkan. Dia mahu keluar dengan abang sepupunya itu.

"Amboi, sejak bila pandai skip tuisyen ni? Papa tak pernah ajar tau" soal Fattah tegas. Dia tidak mahu anaknya bermain-main sehingga leka dalam belajar. Dia sentiasa menekankan disiplin. Irdina menarik muncung.

Tiba-tiba laungan salam kedengaran. Muncul Haziq dengan beg kertas tersenyum ke arah Irdina.

"Uncle Haziq!" Jerit Irdina teruja mendekati Haziq. Haziq menggosok kepala Irdina yang tersenyum manis.

"Uncle Haziq bawa hadiah untuk Irdina ke?" Soal Irdina laju. Dia sudah berusia 12 tahun.

"Hmmm, siapa kata uncle bawa hadiah? Perasan je" balas Haziq selamba berjalan mendekati Fattah yang sejak tadi mendiamkan diri di kerusi rehat itu.

Irdina menarik muncung. Selalunya pakcik kesayangannya itu akan membelikannya hadiah.

"Iyelah. Irdina asyik main je, sampai papa pun marah" balas Irdina pura-pura merajuk. Fattah memandang anak perempuannya itu.

"Uncle main-main je lah, nah. Kali ni uncle belikan Irdina kamera. Dulu mama selalu tangkap gambar papa, papa tu pujaan hati mama Irdina tau" terang Haziq secara tidak sengaja. Irdina kelihatan teruja dengan kamera baru itu.

"Thank you uncle Haziq!! Irdina naik dulu tau" lantas Irdina berlari naik ke atas untuk mencuba kamera itu. Haziq tersenyum melihat gelagat anak rakannya itu. Dipandangnya wajah Fattah yang suram.

"Wei, kau masih fikirkan dia ke?"

Sudah 10 tahun Fattah berubah menjadi pendiam. Dia tahu rakannya itu kehilangan cinta hatinya. Namun dia tidak mahu melihat rakannya terus bersedih.

"Sebelum aku kahwin dengan dia, dia boleh setia tunggu aku. Kenapa sekarang aku tak boleh setia untuk dia kan?" Soal Fattah sambil memandang langit dengan rindu menggunung.

"Aku tahu, tapi kau jangan seksa diri kau. Aku takut anak kau yang terkena tempias" balas Haziq menasihati rakannya. Dia juga sudah dikurniakan cahaya mata yang berusia lima tahun.

Fattah memandang Haziq seketika. Dia mengangguk tanpa perasaan.

"Allah ambil Inara sebab dia sayang Inara. Allah amanahkan Irdina untuk kau jaga dan sayang, dia tu Inara junior kau. Inara pasti nak kau sayang Irdina macam kau sayang dia" pesan Haziq lagi. Dia memang tidak mengalami apa yang terjadi pada Fattah namun dia sedaya upaya memberi semangat untuk sahabatnya itu.

"Aku tahu, aku cuba untuk terima segalanya. Irdina je satu-satunya masa depan aku sekarang" balas Fattah sejenak. Dia berjanji untuk menjadi kuat demi anak perempuannya.

Haziq tersenyum mendengar. Dia menepuk bahu Fattah. Dia tahu Fattah seorang yang kuat untuk menjalani semua ini.

***

Usai bacaan doa berakhir, Irdina menarik tangan Fattah. Fattah menyimpan yasin ke tepi sebelum memandang anaknya hairan.

"Papa, mama mesti suka tengok kita ziarah dia kan" ujar Irdina tidak lekang memandang batu nisan tertulis nama arwah mamanya.

"Mestilah mama bahagia, papa pun bahagia bila jumpa dia. Dia lah satu-satunya perempuan di hati papa" ujar Fattah dengan senyuman sambil memandang kubur itu.

"Papa takkan jumpa pengganti mama kan? Irdina taknak papa lupakan mama, papa lah satu-satunya harapan Irdina" ujar Irdina sedikit takut. Dia sering melihat rakannya mendapat ibu baru sebaik ditinggalkan ibu kandung.

Fattah tersenyum kecil mendengar. Dia menggelengkan kepala.

"Hanya perempuan bernama Inara dan Irdina sahaja di hati seorang Fattah"

Irdina tersenyum mendengar jawapan papanya. Dia percaya janji Fattah.

"Kalau macam tu, biar Irdina jadi mama buat papa. Okay?!" Kata Irdina teruja membuatkan Fattah tergelak. Tudung yang hampir terjatuh dipakai anaknya itu dibetulkan lagi.

"Betul ke Irdina nak jadi mama ni? Mama seorang yang tak mudah mengalah tau, dia sentiasa bersemangat dan kuat walaupun papa tolak cinta dia. Dapat ke Irdina hati kental macam arwah mama?" Soal Fattah seperti mencabar.

"Eh mestilah! Irdina akan buat papa happy seumur hidup tau, Irdina tak nak tengok papa sedih lagi" balas Irdina bersemangat membuatkan Fattah tergelak. Comel pula anaknya itu.

"Apa-apalah anak papa" jawabnya. Dia dapat melihat perangai Irdina memang sebiji macam Inara. Ada juga pengubat hatinya.

Mungkin Irdina anugerah yang dikurniakan bagi menemani hati yang lara. Sayang, saya pasti awak sedang bina rumah kita di syurga. Selamanya saya cintakan awak, Inara, hati Fattah berbisik perlahan sambil mengusap kepala Irdina.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now