Pagi-pagi lagi, Inara sudah tercongok di kafe. Gilirannya untuk membuka kafe memandangkan hujung minggu. Bonda sudah penat menjaga pada hari biasa. Macam biasa dia memastikan segala aspek kebersihan telah sempurna termasuklah pastri dan manisan yang dijual.
Ramai pula pelanggan pagi itu memandangkan hari Ahad. Mereka gemar bersarapan roti bakar yang menjadi menu terbaru mereka. Nampaknya ada kemajuan dalam bisnes, bolehlah Bonda mengeluarkan menu baru lagi.
Usai menghantar pesanan pelanggan, dia terpandang seseorang berdiri di luar kafe. Segera dia memberi isyarat kepada pekerjanya yang masih sibuk melayan pelanggan. Inara berjalan keluar. Fattah berdiri membelakanginya.
"Fattah?"
Fattah menoleh dengan senyuman manis. Tiada kemeja hari ini memandangkan kliniknya tutup.
"Hi Inara, saya datang untuk hantar kereta awak. Ni kuncinya" Fattah menghulurkan kunci kereta Inara. Inara menyambut kunci itu.
"Terima kasih doktor Fattah, nasib baik doktor bantu saya haritu" ucap Inara dengan segaris senyuman. Tidak sangka doktor muda ini murah hati.
"Tapi saya masih segan dengan bayaran dia, jadi saya dah sediakan dalam cash. Saya taknak hutang budi dengan sesiapa, saya sangat hargai pertolongan awak" ujar Inara menyerahkan sampul coklat berisi duit. Yang pasti dia tidak mahu menggunakan duit Fattah.
Mahu tidak mahu Fattah mengambil duit itu. Dia tahu Inara tidak dapat dilawan.
"Memang degil awak ni ya dari dulu" ujarnya tanpa sengaja. Fattah tersedar lalu memandang wajah Inara yang tanpa riak.
"Kalau macam tu saya balik dulu" Fattah ingin segera pamit namun ditahan Inara.
"Awak taknak breakfast dulu? Makan ke minum?" Pelawa Inara. Fattah menggeleng. Dia sebenarnya mahu menjemput abang dan kakak iparnya di lapangan terbang.
"Maaf, saya ada urusan"
"Saya bungkuskan awak coffee? Ucapan terima kasih" kata Inara tidak mengalah. Fattah terpaksa bersetuju. Inara muncul kembali dengan secawan kopi dan beg kertas berisi kek cawan.
"Cupcake untuk Hakim" kata Inara. Fattah mengucapkan terima kasih.
"Thanks Inara" ucap Fattah sebelum pamit. Inara hanya memandang langkah lelaki itu sehingga menghilang. Tiba-tiba dia terdengar deheman seseorang.
Wajah Izzat yang tiada senyuman terpampang. Izzat menaikkan kening meminta jawapan atas apa yang ditontonnya sebentar tadi. Inara menggigit bibir dalam diam.
***
"Sejak bila kau rapat dengan Fattah?" Soal Izzat sambil bersandar di meja penjuru kafe. Dia sengaja mahu privasi berbual dengan kembarnya.
"Mana ada aku rapat dengan dia" balas Inara lagi. Dia berpeluk tubuh memandang kembarnya. Aneh apabila Izzat tiba-tiba menjejakkan kaki ke kafe. Selalu sibuk di pejabat.
"Habistu tadi apa? Kau pun keluar dengan dia semalam kan?" Soal Izzat lagi. Dia nampak Inara menghabiskan masa bersama Fattah dan seorang lagi kanak-kanak semalam.
"Bukannya kau sepatutnya di Jakarta ke? Kenapa Danial tak balik?" Soal Inara hairan.
"Dia kena stay seorang sebab aku ada benda nak handle dekat office, tak sekarang ni jawab soalan aku. Sejak bila kau berkawan dengan Fattah? Kau tahu tak dia tu..." kata-kata Izzat terhenti. Dia terlupa adiknya masih belum pulih ingatan.
"Dia apa? Kenapa dengan Fattah?" Desak Inara mahu tahu. Izzat melarikan pandangan.
"Dia bukan orang yang baik, aku tak suka kau bercakap, berkawan, berjumpa dengan dia. Lagipun kau tunang Danial, takkan kau nak layan Fattah?" Soal Izzat lagi tidak puas hati. Dia tidak mahu adiknya tersakiti seperti dahulu lagi. Dia tahu perasaan Inara yang setia terhadap Fattah. Namun dia tidak suka Fattah yang tidak pernah menghargai Inara.
"Mana ada aku layan si Fattah tu, dia cuma tolong aku je. Lagipun haritu kau dengan Danial takde dekat Malaysia" terang Inara tidak mahu kembarnya salah faham.
Izzat tidak menjawab. Dia hanya meneguk kopi buatan Inara. Pekat dan memukau.
"Kau mimpi apa pagi-pagi datang kafe? Selalunya sibuk main golf lah, meeting lah, jumpa klien lah" sindir Inara meluat. Dia tahu Izzat sibuk dengan syarikat sehingga tiada masa untuk berbual dengannya. Sedangkan sejak kecil mereka berdua memang rapat.
"Sebab nak jumpa kembar aku ni lah, tak sedar diri dah nak kahwin tapi masih nak bermanja dengan abang dia" perli Izzat membuatkan mata Inara memandangnya tajam.
"Excuse me? Bermanja? Bergaduh je aku tengok" Izzat tergelak. Okay, ini memang sikap sebenar Inara. Dia memang mahukan kembarnya itu bahagia dan ceria. Dia tidak suka melihat Inara yang sedih kerana lelaki tidak guna. Siapa lagi kalau bukan Fattah.
"Tapi kan, aku tak pasti lah kalau Danial betul-betul nak kahwin dengan aku. Aku takut dia masih belum sedia" luah Inara dengan wajah resah. Dia memang sering meluahkan masalah dengan kembarnya itu. Izzat sahaja yang memahaminya.
"Asal pulak? Dia memang cintakan kau sejak zaman belajar lagi, dia lah yang banyak bantu kita tahu tak?" Kata Izzat tegas. Dia yakin Danial ikhlas dengan Inara. Mungkin Inara terlalu risau.
Inara terdiam. Dia berpeluk tubuh.
"Jangan risau, aku percayakan Danial. Dia takkan lukakan kau" pujuk Izzat melihat wajah masam Inara. Inara tidak menjawab sebaliknya membisu.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...