Nasib menyebelahi mereka apabila hujan tidak lagi membasahi bumi sebaik aktiviti kempen mereka berakhir. Rancangan Prof Razak untuk mengadakan barbeku tercapai. Dia mengipas arang sehingga asap kembali tebal.
"Nasib baik tak hujan, merasa juga kami dengan ketam fresh dari laut" kata Prof Razak dibalas tawa oleh siswa.
"Lagipun ni bukan musim tengkujuh, prof dengan budak-budak ni merasalah nak makan tepi pantai" jawab Wafi yang ketika itu sibuk memastikan makanan panggang sudah tersedia di atas meja.
"Best lah encik Wafi! Kalau macam ni, bolehlah kiteorang datang berkempen lagi" sahut Haziq membuatkan sesetengah pelajar tidak setuju.
"Haish taknak aku! Segan aku nak promote barang" jawab seorang siswa dengan wajah serik.
"Eh sudah! Makan! Pukul lapan kita gerak pulang" arah Prof Razak dengan tegas. Setiap siswa makan di meja yang disediakan di persisiran pantai. Makan sambil mendengar hempasan ombak sungguhlah mengasyikkan.
Danial yang mendengar malas ikut campur. Dia mencedok mee goreng bersama ikan bakar sebelum berlalu mencari tempat. Dia terpandang Inara yang sibuk dengan kamera di salah sebuah meja.
Inara tersentak apabila Danial meletakkan segelas air merah dihadapannya. Dia memandang Danial tidak faham.
"Minumlah, asyik dengan kamera je" bebel Danial duduk bertentangan dengan Inara. Inara sibuk memastikan semua rakaman dan gambar diambil dengan sempurna.
"Aku nak make sure semuanya perfect" balas Inara.
"Yelah, tapi jangan lupa makan. Nanti kau gastrik lagi" ujar Danial yang sudah menyuap makanan sambil membebel. Inara terhibur melihat telatah Danial.
"Baiklah sayangku, comel je risaukan girlfriend dia" gurau Inara dengan gelak tawa. Wajah Danial bertukar merah mendengar. Dia tersedak lalu meneguk air rakus.
"Kau okay ke Danial, tiba-tiba je" soal Inara risau. Danial menunjukkan syarat bagus.
"So macam mana? Kau dengan Fattah" tanya Danial setelah mendiamkan diri. Sejak tadi dia mahu bertanya Inara soal itu. Selepas aktiviti tadi, mereka diarahkan untuk mandi sebelum berkumpul untuk barbeku.
Inara mendiamkan diri. Dia memandang Fattah yang sedang berbual dengan Haziq di meja hujung. Keluhan dilepaskan.
"Entahlah, dia tak sukakan aku"
Danial simpati melihat wajah sedih Inara. Dia tidak suka melihat Inara versi ini. Dia sukakan Inara yang melawan.
"Tak semua orang sukakan kita, Inara" ujar Danial serius membuatkan hati Inara terobek. Sungguh pedih dirasanya ketika itu.
Dia mengeluh lagi. Dilihatnya Khalida yang turut berbual dengan Fattah dan Haziq. Fattah kelihatan bergelak tawa berbual dengan Khalida.
"Aku rasa aku nak move on lah, lupakan dia" kata Inara membuat keputusan. Dia sudah penat menanggung perasaan ini.
Danial terkejut mendengar. Nampaknya Inara betul-betul berputus asa.
Inara lantas berdiri bangun dan berjalan mendekati meja yang diduduki Fattah dan rakan-rakannya yang lain. Dia berdehem membuatkan semua mata memandangnya.
"Fattah, boleh tak saya nak bercakap dengan awak sekejap" pinta Inara membuang rasa segan walaupun dipandang hairan. Dia tak kira, dia harus berbicara dengan Fattah malam ini juga.
Fattah agak terkejut namun diangguknya. Dia meminta diri sebelum berjalan mengikut Inara mengambil angin di pantai.
Setelah memastikan mereka jauh dari tapak barbeku, Inara yang berpeluk tubuh memandang Fattah yang berdiri tidak jauh darinya. Bersungguh dia menatap anak mata Fattah. Fattah berdiri tegak memandangnya.
"Awak sukakan Khalida?"
Soalan Inara mendapat kerutan di dahi Fattah. Dia pelik dengan soalan Inara.
"Dia kawan saya" balas Fattah membuatkan Inara tersenyum tidak dapat ditafsir.
"Awak anggap saya macam kawan awak tak, Fattah?" Soal Inara membuatkan Fattah terkedu. Dia melarikan matanya dari memandang anak mata Inara. Dia dapat lihat sinar kekecewaan.
"Awak tahu saya sukakan awak, awak ada cuba tak nak bagi saya peluang untuk berkawan dengan awak?" Tanya Inara cukup menahan rasa. Dia cuba tidak menggugurkan air mata dihadapan Fattah. Dia tidak mahu dicop lemah.
Fattah terkelu. Dia tidak faham mengapa Inara tiba-tiba beremosi malam itu. Selama ini semuanya baik.
"Okay, saya tahu saya takde hak nak tentukan awak berkawan dengan siapa atau bercinta dengan siapa. Tapi... tak boleh ke awak bagi saya peluang untuk kenal awak? Salah ke saya sukakan awak?" Tanya Inara dengan nada mendatar. Dia membelakangkan Fattah. Kebisuan Fattah lagi menyiksa jiwanya. Dia mengesat matanya yang berkaca. Wajah Fattah dipandang kembali.
"Awak tahukan saya tak sedia nak bukakan hati untuk sesiapa?" Balas Fattah membuatkan Inara tersenyum sinis.
"Nampaknya memang salah saya, salah saya sukakan awak, Fattah! Makin saya tengok awak, makin pedih hati saya, tahu tak?!" Hambur Inara dengan kecewa. Kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat menanggung perasaannya. Bertemu dengan Fattah setiap hari membuatkan kesabarannya menipis.
Fattah terdiam. Dia hanya memandang gadis dihadapannya yang memandangnya kecewa. Inara pura-pura tersenyum gembira. Dia berpeluk tubuh menatap Fattah.
"Jangan risau, saya bukannya nak merayu atau pujuk awak terima saya.... benda tu tak berguna bagi awak kan, saya mengaku salah saya sebab sukakan awak, tunggu awak, minat awak. Saya pun terasa bodoh sebab setia tunggu awak sedangkan saya boleh lupakan awak, Fattah" luah Inara jujur dengan pandangan sukar ditafsir.
Danial yang mendengar dan memerhati perbualan Inara dan Fattah dari jauh hanya terdiam. Dia dapat rasakan Inara tidak mampu memendam perasaannya. Dia turut kasihan melihat Inara. Mahu sahaja ditariknya Inara agar meninggalkan Fattah.
"Jangan seksa perasaan saya, Fattah. Reject saya sekejam yang mungkin, buat saya benci awak" pinta Inara berharap. Dia memandang Fattah dengan mata berkaca. Cuma penolakan dan kata-kata kejam Fattah dapat mematikan perasaannya.
Fattah masih membisu sambil menatap mata itu. Entah mengapa lidahnya terkelu untuk mengikut kemahuan Inara sedangkan itu yang dia mahu. Dia sepatutnya memberitahu Inara untuk lupakannya dan berhenti berharap.
"Danial lagi layak dengan awak, Inara" ujar Fattah membuatkan Inara memandangnya sinis. Dia turut tersenyum sinis. Dia mengangguk kecewa.
Tanpa sebarang kata, Inara pantas meninggalkan Fattah bersendirian di pantai. Dia berjalan laju dengan hati yang lara. Segera dia mengesat air matanya yang mengalir laju. Danial segera mengejar Inara.
"Inara!" Danial mengejar manakala Fattah memerhati. Dia terdiam sambil memerhati bulan di dada langit. Ada perasaan yang menyebabkan dadanya pedih.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...