9

34 0 0
                                    

Majlis minggu Erat Siswa semakin dekat. Semua siswa sibuk membuat persiapan. Seol-a juga sibuk sehingga tidak sempat mereka menghabiskan masa seperti biasa. Mereka cuma bertegur di dalam bilik memandangkan Inara sibuk berlatih untuk persembahannya kelak.

"Wei, aku pergi dulu. Ribon untuk hiasan belum ikat" ujar Seol-a sebaik menghabiskan makanannya di Medan Selera. Begnya dicapai laju.

"Okay, hati-hati Seol-a, jumpa nanti" Inara melambai ke arah Seol-a. Dia menghabiskan makanan sambil membelek kameranya. Tiba-tiba ada suara memanggilnya.

"Inara, awak dah dapat semua gambar persiapan? Awak cover bahagian ragby match kan?" Soal senior yang dikenali sebagai Sara. Dia merupakan pengerusi fotografi.

"Belum siap lagi, harini saya akan siapkan" jawab Inara berjanji. Sara mengangguk. Setiap ahli sudah dibahagi tugas masing-masing.

"Okay, nanti apa-apa email saya gambar tu" Sara pamit pergi meninggalkannya. Pantas Inara mencapai kamera dan berjalan ke padang. Hari ini dia tidak berlatih memandangkan dia mahu menghabiskan tugasnya.

Suasana di padang begitu kecoh dengan sorakan. Dia dapat melihat kebanyakan pelajar perempuan yang menyokong kedua-dua fakulti. Inara mengambil tempat di kawasan pemain.

"Go Sains Go!" Jeritan fakulti sains menyemarakkan lagi Fattah yang di tengah padang. Sasarannya ke arah bola di tangan pihak lawan. Danial tersenyum sinis ke arahnya.

Inara menangkap momen-momen tersebut. Cair dia melihat Fattah yang kelihatan seksi dengan peluh. Rambutnya pun berserabai, alamak hati! Nampaknya kameranya akan dipenuhi dengan wajah Fattah.

"Yayy!" Sekali lagi sorakan kemenangan fakulti sains. Danial di dalam padang segera berehat untuk minum air. Senyumannya melebar sebaik melihat Inara.

"Inara! Kau rindu aku eh?" Sengaja Danial menguatkan suaranya membuatkan hampir semua pelajar mendengar. Kepala Fattah turut tertoleh ke arah mereka.

"Err.. aku kan photographer, saja cari footage" jawab Inara memberi isyarat mata ke arah Danial supaya tidak lebih-lebih. Danial tergelak macho. Okay sejak bila Danial nampak macho?

"Faham sayang" balas Danial selamba. Kedengaran siulan nakal dari geng Aiman.

"Wuuu, bercinta ke nyah" usik mereka. Inara tidak peduli dan berterusan menangkap gambar Danial. Tidak nafikan, Danial seorang yang memukau. Dengan badan tinggi dan tegap, pasti perempuan suka.

Selepas menangkap gambar Danial, dia beralih ke arah fakulti sains. Kelihatan Fattah berehat di bangku sambil meneguk air. Dia berdebar melihat Fattah yang nampak macho. Perlahan dia mendekat.

"Fattah, boleh tak saya nak snap awak? It is for the event" laju Inara menjelaskan. Fattah mengangguk bersahaja. Inara tidak percaya Fattah bersetuju. Mahu menjerit dia melihat gambar yang amat sempurna. Lagi-lagi sebab Fattah!

"Thanks Fattah" dia mahu beredar namun kakinya melekat seketika. Ada sesuatu dia mahu sampaikan. Wajah Fattah dipandang lagi.

"Lusa, saya ada perform. Awak datang tau, and goodluck for your match. I know you will do your best, saya percaya awak pasti akan menang" pesan Inara dengan senyuman sebelum berjalan mendekati Danial semula. Hatinya berdebar kencang.

Fattah tidak menjawab sebaiknya memandang Inara yang bergelak mesra dengan Danial. Dia terdiam.

***

Usai menyediakan segala persiapan untuk esok hari, Inara terduduk di atas katil. Dia mencapai kamera yang diletakkan di atas meja. Tangannya menekan punat bagi menilik hasil tangkapannya hari ini.

Dia tersenyum sendiri melihat wajah Fattah yang tersenyum ke arah kamera. Dia seakan-akan terpanah dengan lirikan mata itu. Tanpa disedari, Seol-a berjalan keluar dari tandas memerhatikannya.

"Kau senyum apa, Inara? Tengok Danial ke?"

Inara terus memasamkan wajah mendengar nama itu. Dia meletakkan kamera ke tepi. Wajah Seol-a dipandang.

"Bukanlah, aku tak suka dia pun" jawabnya.

"Iye ke tak suka? Aku tengok dia happy dengan kau, manalah tahu, hater to lover" sakat Seol-a nakal. Dia suka melihat reaksi benci Inara. Kadang-kadang dia rasakan Inara dan Danial sesuai.

"Ish Seol-a, malas lah dengar nama dia. Kau dah ready untuk esok? Datang tau dewan esok" pesan Inara dengan mata bersinar. Dia sudah berlatih keras untuk menyanyikan lagu itu. Inara mengangguk.

"Kau dah makan? Jom pergi makan" pelawa Inara berdiri mencapai dompetnya.

"Sorry Inara, aku masih kenyanglah makan petang tadi" ujar Seol-a dengan wajah serba salah. Kebiasaannya mereka makan berdua.

"Takpe, aku pergi seorang. Bye" Inara pamit usai menyarung tudung sarung dan selipar. Dia berjalan melimpasi koridor ke Medan Selera. Sesekali dia memeriksa pesanan dalam telefon. Dahinya berkerut melihat pesanan dari Danial.

Lepak jom, aku tunggu kau

Dia tidak membalas. Telefonnya ditutup. Sebaik dia tiba di Medan Selera, dia ternampak Danial yang mengangkat tangan ke arahnya. Langkahnya mendekati meja diduduki Danial.

"Hi girlfriend, jom makan" sapa Danial dengan plastik yang berisi jagung bakar. Terdapat juga minuman yang dibelinya di pasar malam. Dia menyeludup keluar menbeli makanan.

Inara pelik melihat jenis makanan tersebut. Tidak pernah dia melihat Medan Selera menjual jagung bakar. Dia mengangkat kening meminta jawapan.

"Makan je lah, nah" dia menyerahkan seketul jagung itu. Inara hanya menyambut lalu menggigit.

Suasana Medan Selera malam itu tidak terlalu ramai memandangkan kebanyakan pelajar sibuk mengurus aturcara untuk hari esok.

"Kau dah ready esok? Jangan buat salah pulak, kau ingat tak apa yang aku ajar kau selama ni?" Tanya Danial menatap Inara. Hari-hari dia menemani Inara berlatih untuk memberi tunjuk ajar. Sebagai balasan, Inara harus menemaninya berlatih ragbi juga.

"Iya, tapi aku nervouslah. Lagipula, Dato pun ada esok" ujar Inara dengan air muka risau. Dah sendiri nak perform sangat.

"Papa aku okay, bersedia ke nak nyanyi untuk laki kau tu?" Sindir Danial selamba. Siapa lagi kalau bukan Fattah kesayangan dia tu.

"Aku menyanyi ke menari ke dia tetap hati batu tau" jawab Inara sedikit kasihan dengan diri sendiri. Apa nasib mencintai lelaki yang hati batu.

"Aku percaya kau dapat buat, Inara. Takkan girlfriend anak Dato pengecut kot?" Sindir Danial sambil menyisip straw minuman. Senyuman sinis terpampang di wajahnya. Saja mahu sakitkan hati Inara.

"Fake girlfriend! Esok kau mesti datang, kau tak datang aku tak nyanyi!" Ugut Inara bersungguh. Dia sudah selesa berkawan dengan Danial. Danial banyak membantu jadi dia mahu Danial menemaninya.

"Wah, kau dah suka aku ke apa ni?" Gurau Danial bersahaja. Inara menjelingnya tajam. Danial tergelak.

"Boleh, tapi kau mesti support boyfriend kau ni main ragbi dengan fakulti laki kau, faham?" Soal Danial membuat perjanjian. Biar adil dan saksama.

"Deal, boyfriend"

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now