Mata Inara memandang hidangan makanan Indonesia yang terhidang di hadapan mereka. Danial yang duduk bertentangan menaikkan kening. Mereka membaca doa sebelum menjamah makanan. Suasana restoran Indonesia itu dipenuhi pelanggan memandangkan waktu tengahari.
Danial yang mempelawa Inara untuk makan tengahari selepas tamat waktu persekolahan. Walaupun Danial sentiasa sibuk dengan syarikat namun dia tidak pernah lupa meluangkan masa dengan Inara.
"Oh ya, saya ada benda sikit nak bagitahu awak" Danial memulakan bicara. Kunyahan Inara terhenti. Dia fokus memandang tunangnya itu.
"Apa dia?"
"Esok saya kena pergi Jakarta, ada meeting urgent last minute dengan klien, seminggu macam tu saya balik" maklum Danial memandang Inara. Dia juga baru mendapat arahan dari Izzat. Izzat turut bersama dengannya ke Jakarta.
"Oh, sibuk betul awak ya" balas Inara menyambung suapan. Danial tersenyum. Inara terdiam berfikir sejenak.
"Awak dah fikir ke bila nak langsungkan majlis kita?" Tanya Inara membuatkan Danial terkaku. Dia perlahan-lahan memandang Inara.
Seringkali Inara bertanyakan soalan itu. Mereka sudah mengikat tali pertunangan dalam tempoh dua tahun. Pada mulanya Inara tidak kisah jika Danial mahu fokus ke arah syarikat. Namun lama-kelamaan, dia jadi ingin tahu penghujung hubungan mereka.
Melihatkan kebisuan Danial, Inara sudah dapat meneka. Lelaki itu masih sibuk dengan kerjaya.
"Saya tahu awak busy dengan kerja, tapi saya takut kalau hubungan kita sia-sia" kata Inara jujur. Dia sudah mengenali Danial dari zaman belajar lagi.
"Awak tahukan saya memang cintakan awak?" Soal Danial tidak dibalas. Inara melarikan pandangan.
'Lagipun saya tak pasti awak akan terima saya bila awak dah pulih ingatan tentang Fattah, Inara' hati Danial berbisik sendiri. Dia mahu ingatan Inara pulih sepenuhnya sebelum mereka berdua diijabkabulkan.
"Takpelah, sorry sebab bangkitkan pasal ni" kata Inara menyisip straw minuman. Dia dapat lihat Danial seolah-olah tidak peduli pasal hubungan mereka.
Danial tidak menjawab. Dia hanya menatap Inara dengan perasaan bercampur baur. Dia tahu Inara berasa sakit apabila dia menunjukkan sikap tidak kisah. Namun dia tidak mahu mengecewakan Inara suatu hari nanti. Tanpa disedarinya, hidung Danial mengalirkan darah.
"Danial, hidung awak berdarah!" Kata Inara terkejut melihat cecair yang mula menitik. Danial lantas mengambil tisu dan mengelap hidungnya.
"Awak okay ke? Awak sakit ke Danial?" Tanya Inara risau. Tidak pernah dia melihat Danial sakit sebelum ini.
Lantas Danial menggeleng. Dia memasang senyuman.
"Mungkin cuaca yang panas buatkan nose bleeding, jangan risau"
"Nak saya bawa ke klinik?" Pelawa Inara masih khuatir. Gelengan Danial mematikan niatnya.
***
Jam menunjukkan pukul lima petang. Fattah memandu untuk menjemput Hakim memandangkan anak saudaranya itu terlibat dalam perlawanan bola sepak. Dia memang menggalakkan Hakim bergiat aktif dalam sukan mahupun akademik.
Sebaik tiba di perkarangan sekolah, matanya ligat mencari Hakim. Dia bersandar pada pintu kereta sambil melambaikan tangan ke arah Hakim yang sedang berbual dengan rakan-rakannya. Lantas anak saudaranya itu berjalan ke arahnya dengan wajah girang.
"Paksu! Cuba paksu teka Hakim menang ke kalah?" Soal Hakim laju dengan wajah dibuat-buat.
"Hmmm mestilah menang!" Jawab Fattah melayan. Senyuman terukir di wajah anak saudaranya itu.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...