18

34 0 0
                                    

Renungan Danial terhenti sebaik terasa dirinya ditegur seseorang. Suasana padang petang itu agak meriah apabila ramai siswa meluangkan masa untuk beriadah. Seperti biasa padang mereka mengadakan pelbagai jenis aktiviti.

"Danial kan?" Tegur Khalida dengan senyuman sopan. Danial mengangguk. Khalida menyerahkannya sehelai poster kempen Green Day.

"Tak lama lagi fakulti kami akan adakan kempen green day, jadi semua pelajar dari pelbagai fakulti digalakkan untuk join pada hari Sabtu ni. Hanya tiga puluh orang yang terpilih. Segala perbelanjaan akan ditanggung pihak universiti" terang Khalida dengan segala info yang perlu disampaikan. Dia dan rakan-rakannya yang lain ditugaskan untuk mempromosikan kempen itu.

Danial tidak menjawab. Dia berfikir sejenak. Fakulti sains?

"Kau kawan Fattah kan?" Tanyanya mendapat anggukan balas dari Khalida.

"Korang semua memang wajib ke join?" Tanya Danial lagi.

"Ya, saya dengan rakan-rakan sekelas. Awak pun boleh ikut kalau tak keberatan" pelawa Khalida lagi.

Danial tidak menjawab. Kemudian dia perasan Inara yang baru tiba di padang yang sedang mencarinya. Segera dia melambai. Khalida segera meminta diri.

"Lah, try junior ke" sindir Inara perasan Danial berbual dengan Khalida sebentar tadi. Apabila melihat Inara, berasa terluka pula dihatinya.

"Jealous ke?" Sakat Danial mendapat jelingan dari Inara. Inara sudah berpakaian sukan dan membawa kamera kesayangannya. Dia pura-pura sibuk dengan kameranya.

"Kau je junior yang aku try tau tak" kata Danial jujur. Kata-katanya menyentakkan Inara. Entah mengapa hatinya tiba-tiba berdebar bersama Danial. Lantas dia ketawa mengejek.

"Kau ingat aku nak percaya semudah itu?"

Danial mencebik. Dia sudah berkata jujur. Hanya Inara perempuan pertama didekatinya.

"Well, Khalida promote kempen apabenda entah, laki kau pun ada sekali" sindir Danial berjalan beriringan dengan Inara. Mereka mengelilingi padang sambil menghirup udara.

Inara lantas tersenyum memandang Danial. Tangan Danial semakin sembuh, balutannya juga sudah dibuka. Maksudnya Danial sihat sepenuhnya.

"Apakata kau join sekali, aku kena ikut diorang sebab ditugaskan untuk rakam aktiviti diorang. Tapi aku takde geng lah, jom lah Danial" pujuk Inara mencuba nasib. Sebelum ini, Danial sering menyuruhnya macam-macam. Kali ini Danial harus membantunya.

"Apasal aku pulak? Kau pergi lah seorang, mana tahu chance kau rapat dengan Fattah? Ajaklah kawan Korea kau tu" balas Danial tidak berminat. Dia harus mengulangkaji memandangkan minggu peperiksaan akan berlangsung tidak lama lagi.

Langkah Inara terhenti membuatkan Danial berhenti mendadak.

"Seol-a busy minggu ni, dia kena siapkan assignments dia. Tolonglah aku, please Danial kesayanganku" pujuk Inara mula menayang wajah comel. Ala mana tau menjadi. Dia menarik muncung dengan mata dibesarkan.

Lantas Danial mengalihkan wajahnya dari memandang Inara. Dia menahan senyuman melihat kecomelan Inara. Lah jantung berdebar pula. Segera dia berdehem.

"Aku... aku busy lagipun aku senior. Bukan junior macam korang boleh enjoy" kata Danial membuang gagap. Ini kali pertama dia gagap bercakap dengan Inara. Dah mengapa wajahnya seperti membahang pula.

"Oh, takpe lah" balas Inara sedikit kecewa. Dia lebih selesa dan kuat jika Danial menemaninya berhadapan dengan Fattah. Dia tidak kuat jika berseorangan.

Melihat wajah sedih Inara, hati Danial menjadi lembut. Dia merampas kamera di tangan Inara. Boleh pula Inara pura-pura bermain kamera sedangkan dia disebelah tidak dipandang.

"Fine aku ikut, tapi make sure muka aku yang paling banyak kau rakam" ujar Danial selamba sambil membelek kamera. Mata Inara terbuntang.

"Eww, kau ingat kau hensem sangat" kutuknya mahu muntah. Sekurang-kurangnya Danial bersetuju mengikut kempen itu.

"Oo tapi kau tetap pilih aku berbanding Fattah kan?" Balas Danial geram. Dia segera mengambil gambar Inara yang kebingungan. Haha segala gambar buruk berjaya dirakam.

"Danial! Bagi balik kamera aku!" Danial menjelirkan lidah lalu berlari meninggalkan Inara dibelakang. Inara geram lalu berlari mengejar Danial yang sudah jauh.

Dari kejauhan, Haziq memandang gelagat Inara dan Danial yang kejar-mengejar. Bukan dia sahaja, Fattah turut menyaksikan aksi mereka berdua. Dia berpeluk tubuh sambil memandang Fattah.

"Sweet pula aku tengok diorang" kata Haziq sengaja mahu mencabar kesabaran Fattah. Sumpah, hati Fattah tidak dapat dibaca.

Fattah terasa mendengar. Dia memandang Haziq pula.

"Baguslah, tak payah dia tunggu aku lagi" balas Fattah senada lalu berjalan meninggalkan kawasan riadah. Pantas Haziq mengejarnya.

"Kau serious ke dengan Khalida? Aku rasa dia sukakan kau" soal Haziq membuatkan langkah Fattah terhenti. Dipandangnya wajah Haziq.

"Aku anggap dia kawan je, memanglah aku selesa dengan dia. Tapi.." kata-kata Fattah tergantung. Bahunya ditepuk Haziq perlahan. Faham.

"Apa-apalah Fattah, tapi ingat peluang tak datang sekali" pesannya membuatkan Fattah terkelu. Notifikasi telefonnya berbunyi. Pesanan ringkas dari bapanya membuatkan dia mengeluh. Segera dia kembali ke bilik untuk membersihkan diri serta mengulangkaji.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now