Keesokan harinya, Inara berhasrat untuk menjenguk Danial di pejabat. Dia mahu membuat kejutan agar dapat melupakan perkara yang berlaku semalam. Dia juga mengambil keputusan untuk tidak ke kafe bagi mengelak terserempak dengan Fattah. Memang sebal hatinya.
Sebaik pintu lif terbuka, dia berjalan ke koridor yang menghubungkan ke bilik-bilik yang memegang jawatan tertinggi. Dia sering ke pejabat untuk mencari Izzat dan Danial. Jadi dia tidak kekok lagi.
"Hai cik Inara, nak jumpa dengan Tuan Danial?" Sapa Dayang yang bertugas sebagai setiausaha. Inara mengangguk sambil tersenyum.
"Dia ada klien ke sekarang?"
"Takde, Tuan Danial free sekarang. Masuklah" balas Dayang tertunduk sopan. Dia tahu Inara dan Danial sudah bertunang. Inara mengucapkan terima kasih sebelum menolak daun pintu.
"Assalamualaikum sayang!" Ucap Inara. Danial terkocoh-kocoh mengelap bibirnya dengan tisu. Laju dia melontar tisu berdarah itu ke dalam tong sampah.
"Awak okay tak Danial? Kenapa macam pucat je?" Soal Inara risau setelah mendekati Danial yang duduk di ruang kerjanya. Danial berdiri lalu menggelengkan kepala. Terpampang senyuman pada bibirnya yang merekah.
"Mimpi apa cik tunang saya ni pergi office, selalunya saya yang menjenguk dia di kafe" soal Danial kelihatan senang dengan kedatangannya itu. Walhal dia tahu Inara mahu mengelak dari Fattah.
"Kalau cik tunang ni tak jenguk yang seorang tu, sampai bila-bila lah dia tu taknak jumpa kita" balas Inara sengaja mahu merajuk.
"Mana ada taknak jumpa, cuma saya banyak kerja sikit" kata Danial duduk di sofa. Inara mengambil tempat bertentangan dengannya.
"Awak busy ke?" Soal Inara prihatin. Dia dapat lihat wajah Danial selalu pucat kebelakangan ini.
"Busy sikit, tapi saya dapat handle" Danial memicit dahinya akibat pening. Janganlah dia pengsan depan Inara pula.
"Awak janganlah sampai abaikan kesihatan awak, Danial. Awak buat saya risau" luah Inara jujur. Dia tidak mahu kesihatan Danial terjejas akibat sibuk dengan kerja. Tersenyum Danial memandang wajah tunangnya itu.
"Sayang juga ye awak kat saya?"
"Mestilah, awak selalu ada masa saya susah senang" balas Inara laju. Dia tidak sanggup kehilangan Danial. Danial terdiam. Andaikata Inara tahu kebenaran, dia tidak sanggup menjatuhkan air mata gadis kesayangannya itu.
"Awak dengar tak apa saya cakap ni?" Soal Inara apabila Danial hanya mengelamun memandangnya. Danial tersedar.
"Apa awak cakap tadi?" Tanya Danial.
"Awak free sekarang kan? Saya buatkan kopi untuk awak?" Pelawa Inara teruja. Sekali-sekala menyemak di pejabat tunang apa salahnya.
Danial hanya mengangguk. Dia hanya tersenyum memandang Inara menghilang ke pantri. Namun dia tersedar semua ini sementara. Hayatnya semakin pendek. Keluhan dilepaskan.
***
Hari itu, Fattah tidak fokus terhadap kerjanya. Dia asyik mengelamun dan banyak mendiamkan diri. Selebihnya dia hanya memandang skrin komputer sehingga tembus. Aryan perasan kelainan majikannya itu.
"Doktor, tadi Encik Danial ada call kata dia tak dapat datang temujanji petang ni, dia tunda malam. Dia suruh doktor datang rumah dia" maklum Aryan disebelah meja Fattah. Namun Fattah tidak mendengar.
"Doktor Fattah!" Seru Aryan buat kali keberapa. Fattah tersentak.
"Maaf, saya tak dengar" balas Fattah menyedari kekhilafannya.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...