16

34 0 0
                                    

Usai menunaikan solat, Fattah melipat sejadahnya dan duduk di meja belajar. Seperti biasa, hujung minggu dia akan duduk di dorm untuk mengulangkaji. Rumahnya di Johor namun keluarganya menetap di Kuala Lumpur dan sibuk dengan kerja. Abangnya pula sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Jadi dia sudah biasa bersendiri.

Sejak kecil lagi kedua ibu bapanya memaksanya dan abangnya untuk belajar bersungguh. Sehinggakan setiap hari Fattah menghadiri pelbagai jenis kelas agar tidak membuang sedikitpun waktu. Mungkin disebabkan tabiat itu, dia sudah terbiasa belajar pada setiap hari.

Dalam diam, Fattah mengeluh. Selama ini dia hanya meluangkan masa untuk menuntut ilmu tanpa meluangkan masa untuk diri sendiri. Dia tidak memikirkan perasaannya ataupun perasaan sesiapa. Yang penting dia mahukan kedua ibu bapanya bangga dengan pencapaiannya.

Kedengaran pintu bilik ditolak. Haziq berjalan masuk sambil menjinjit beg plastik berisi makanan. Dia baru pulang dari pasar malam. Kelihatan Haziq tersengih sambil berjalan ke arah katilnya.

"Aku belikan apam balik, makanlah. Kalau lapar ilmu tak masuk" ujar Haziq membuatkan Fattah memandangnya. Fattah tanpa banyak bunyi mencapai apam balik. Doa dibaca.

"Mmm sedap, kau tak cakap pun nak pergi pasar malam"

"Eleh, aku bagitau pun bukannya kau nak ikut" ejek Haziq menjeling. Macam tidak kenal sikap Fattah yang malas bersosial.

Fattah malas menjawab. Dia kembali fokus ke arah buku dihadapannya. Haziq sering sahaja menganggunya.

Haziq sibuk bermain Instagram sambil mengunyah apam balik. Matanya ligat menonton story rakan-rakannya. Kunyahannya terhenti sebaik melihat story Inara.

"Danial? Pergi rumah Inara?" Soalnya tidak percaya. Matanya digosok untuk meyakinkan apa dilihatnya di dalam telefon.

Video yang dimuat naik Inara di Story itu memang menunjukkan Danial sedang enak menikmati makan tengahari di rumah Inara. Haziq segera memandang Fattah.

"Wei, Danial pergi rumah Inara lah"

Fattah tersentak namun tidak menoleh. Dia kembali menulis nota.

"Kau dengar tak apa aku cakap?" Soal Haziq tidak puas hati. Apa boleh buat bodoh sahabatnya ini.

"So? Kau nak aku buat apa? Lantak dia lah nak keluar dengan siapa" balas Fattah kedengaran kasar. Haziq terdiam dan memandang Fattah.

"Kau memang tak nak berkawan dengan dia ke? Memang lah dia sukakan kau, tapi dia tak ajak kau bercinta pun kan... dengan Khalida okay je kau berkawan" rungut Haziq tidak puas hati. Sudah bermacam cara dia menasihati Fattah, namun hati lelaki itu degil.

"Tak berminat, aku dengan Khalida kawan je. Kita kan satu kelas, selalu jumpa. Dia selalu minta tolong aku ajar dia" terang Fattah jelas. Dia tidak mahu Haziq salah faham. Walhal dia sendiri masih terfikir hubungan Inara dengan Danial.

"Lagipun kalau Inara sukakan aku, apasal dia sibuk keluar dengan Danial?" Soal Fattah lagi. Dia mahu tahu apa yang dimahukan Inara sebenarnya.

"Dah kau tak layan dia, Danial layan dia baik je aku tengok. Pembuli pun tetap kalah juga dengan orang yang dia suka" balas Haziq dengan perasaan sebal. Hati batu betul Fattah ni. Pasti tersiksa perasaan Inara.

"Biarlah dia bercinta dengan Danial, aku takda masa" balas Fattah sebelum menyumbat earphone ke dalam telinga. Lebih baik dia tenangkan fikiran daripada bertelingkah dengan Haziq.

Haziq menggeleng kepala tidak puas hati. Lagi elok jika Inara bersama Danial nampaknya!

***

Malam itu, Danial duduk bersendirian di bangku yang disediakan di halaman rumah. Dia menikmati bulan dan bintang yang menghiasi langit malam. Sungguh dia berasa tenang saat ini. Bajunya sudah ditukar dengan baju dan kain pelikat milik Izzat. Inilah bahana tidak membawa pakaian sendiri. Esok mereka sudah bertolak pulang.

"Kau bercinta dengan Inara ke?" Satu suara menyoal. Izzat berdiri statik sambil memandang Danial. Danial mengurut dada akibat terkejut.

"Lebih kurang macam tu lah" balas Danial tidak tahu jawapan terbaik. Izzat mengetahui segalanya kerana Inara sudah bercerita rancangan mereka.

Izzat berjalan dan duduk di sebelah Danial. Dia mahu memastikan Danial tidak akan mengambil kesempatan ke atas adiknya.

"Aku kembar dia, jadi kau tak dapat tipu aku. Dia dah cerita pasal kau dan offer ayah kau" ujar Izzat mengejutkan Danial.

"Tapi, kau pasti ke kau tak suka dia?" Tanya Izzat masih menyoal. Dia dapat membaca air muka Danial yang gelisah. Seperti menyorok perasaan.

"Kiteorang kawan je, bercinta pun palsu. Takde maknanya dia nak sukakan aku, dia dah ada orang lain" balas Danial sedikit perlahan apabila teringat Inara sukakan Fattah sejak zaman sekolah. Fattah sahaja tidak melayan.

"Kalau macamtu, asal dia letak gambar kau untuk wallpaper dia? Selama ni muka Fattah je tau yang dia simpan, mungkin ini tandanya Inara cuba buka hati untuk kau" kata Izzat dengan senyuman senget. Matanya melirik ke arah Danial yang seperti tidak percaya mendengar.

"Tak mungkin lah, Inara suka gila dekat Fattah. Kalau aku suka dia pun, mesti dia gelakkan aku" balas Danial tidak mahu berharap. Jujur dia selesa berkawan dengan Inara. Namun adakah berkawan dimaksudkannya? Ataupun terselit perasaan lain.

Izzat menggeleng kepala mendengar. Dia kenal benar kembarnya itu. Hatinya lega apabila mengenali Danial yang memendam perasaan terhadap Inara. Biarlah kembarnya sendiri menyelesaikan perkara itu. Dia cuma tidak mahu Inara tersakiti.

"Sekurang-kurangnya kau lindungi dia, jangan biarkan dia tergapai dalam kesakitan" pesan Izzat membuatkan Danial tersentak. Mendalam sungguh ayat itu, dia berfikir sejenak.





Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now