22

29 0 0
                                    

"Beg go green! Saya jual!" Laungan Haziq mempromosikan produknya kedengaran. Jam sudah menunjukkan pukul empat petang. Mereka ditugaskan untuk mempromosikan produk go green mereka kepada orang awam. Namun sudah ramai didekati Haziq, tiada siapa yang berminat dengan beg buatan mereka.

"Aku dah cakap, produk kau tak boleh jalan punya" kutuk Danial sudah penat mencari pembeli. Nasib baik angin sepoi bahasa petang itu. Ni kalau pekena air kelapa mesti cun.

Haziq bercekak pinggang memandang Danial.

"Berguna apa beg go green aku ni, kau kan budak business, buatlah marketing!" Ujar Haziq tidak puas hati. Sudahlah Danial langsung tidak membantunya dalam membina produk. Aish menyesal dia pilih Danial sebagai pasangannya.

"Kau jual lah beg ajaib kau tu" kata Danial selamba.

"Yang kau moody sangat ni apahal?" Tanya Haziq mengambil keputusan untuk duduk di atas bangku. Prof Razak dan Wafi berada di tapak kempen sementara menunggu aktiviti mereka tamat. Mereka akan makan malam sebelum bertolak pulang.

"Kau bijak sangat setkan Inara dengan Fattah" luah Danial turut duduk di sebelah. Wajahnya kelihatan mencuka. Cemburukah dia? Ah biarlah.

"Kau pun bukannya betul-betul dengan dia, kau nak cemburu amende?" Tanya Haziq hairan. Danial lantas memandangnya. Bagaimana Haziq tahu?

"Inara bagitahu kau ke tentang kiteorang?"

Haziq mengangguk. Dia dapat melihat wajah kecewa Danial.

"Dia tu rapat dengan aku sejak sekolah, kau tahu kan dia sukakan Fattah tu sejak sekolah. Aku tak rasa dia tengok lelaki lain lagi" ujar Haziq meluahkan apa di dalam fikirannya. Danial terdiam. Dia sedia tahu perkara itu.

"Tapi, aku tak suka bila kawan kau tu buat tak endah je dengan dia. Dengan Khalida okay je dia berkawan, apasal Inara dia friendzone?" Tanya Danial tidak puas hati. Jika dia jadi Fattah, sudah tentu dia memilih Inara yang setia.

Haziq tersenyum kecil mendengar. Dia faham perasaan Danial.

"Tak semua orang dapat terima orang macam tu je, pandai-pandailah Fattah tu nanti" balas Haziq malas memanjangkan cerita ini. Dia mengeluarkan telefon bimbit untuk membalas pesanan Nisa. Lupa seketika kekasihnya ada menghantar pesanan pagi tadi.

Danial memandang Haziq tidak puas hati. Memang jatuh merudum moodnya. Dia bangun berdiri dan memandang Haziq.

"Fattah yang akan menyesal nanti" Haziq tersentak sambil memandang Danial berlalu pergi.

***

"Pakcik, payung kami istimewa tau. Diperbuat daripada barangan kitar semula, mesti pakcik ingat sampah kan? Bukan pakcik, kami jalankan kempen go green, jadi semua material kami eco friendly" terang Inara dengan bersungguh-sungguh kepada seorang pakcik yang kebetulan menjual air kelapa di tepi pantai.

"Ish, kamu ni. Pakcik tak tahu lah apa benda disebut kamu tu" balas pakcik itu sambil menggelengkan kepala. Dipandangnya payung menjadi produk jualan mereka itu.

"Tolonglah pakcik, kami ni pelajar universiti. Kami sedang jalankan kempen go green" pujuk Fattah pula dengan senyuman sopan. Sudah berapa ramai orang lalu-lalang menjadi mangsa mereka.

"Nah, pakcik sedekah kamu air kelapa. Bawa balik payung ajaib kamu tu, pakcik tak berminat" balas pakcik itu lalu menyerahkan dua buah kelapa. Inara mencebikkan bibir sedih.

"Sampai hati pakcik!" Inara merajuk. Fattah segera menyambut kelapa yang dihulur beserta straw. Dia mengucapkan terima kasih dan menjauhi warung itu.

Inara berjalan ke arah pantai. Kakinya lembut memijak pasir yang putih bersih itu. Dia menarik nafas sambil memerhati laut yang membiru.

"Nantilah kita cari orang lain, air awak ni, kesian pakcik tu bagi" ujar Fattah sudah menyisip strawnya. Lega tekaknya. Dia duduk di atas pasir sambil memerhati panorama laut.

Inara memandang Fattah. Fattah kelihatan menikmati angin petang itu. Dia duduk di sebelah Fattah sambil menyisip straw.

"Sedapnya!" Puji Inara terhadap kemanisan air kelapa. Dia lantas menangkap gambar menggunakan kameranya. Fattah hanya memerhati sambil mendiamkan diri.

Dia tidak berhenti menekan punat kamera. Kali ini lensa dihala ke arah Fattah. Fattah memandangnya pelik.

"Apahal saya pula awak rakam?"

"Saya rakam benda yang saya suka je" jawab Inara selamba. Dia dapat melihat wajah kekok Fattah. Dia tergelak kecil.

"Thanks for today Fattah" ujarnya tiba-tiba. Fattah memandangnya pelik.

"Awak dah bagi saya peluang untuk berkawan dengan awak, walaupun cuma sehari" ucap Inara ikhlas. Jujur dia gembira kerana dapat mengenali Fattah hari ini. Fattah juga melayannya seperti kawan. Itu sudah memadai.

Terkelu lidah Fattah mendengar. Jujur dia selesa bersama Inara hari ini. Dia tidak sangka sikap Inara yang santai membuatkan dia senang.

Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Lantas Fattah membuka payung buatan mereka sebelum merapati Inara. Saiz payung mereka tidak terlalu besar membuatkan mereka perlu merapatkan jarak.

Inara tersentak melihat kedudukannya dengan Fattah yang tidak jauh. Dia memalingkan wajah walhal hatinya ingin meletup. Aduhai Fattah, janganlah masa ni.

"Excuse me, saya seorang photographer. Boleh tak saya ambil gambar korang berdua sebab saya rasakan sesuai tengah hujan renyai ni, tambah pula payung comel ni" tegur seorang lelaki bertopi ke arah mereka. Kebetulan hujan semakin reda.

"Err..."

Kata-kata Fattah dipantas Inara.

"Boleh, tapi encik kena beli payung ni. Baru kami setuju jadi model encik" katanya bijak menjual produk mereka. Akhirnya lelaki itu mengangguk.

Fattah memandang Inara. Inara tersenyum segaris sebelum berbisik.

"Ada juga yang nak beli, tapi awak kena korban muka hensem awak untuk jadi model ye. Senyum" arah Inara setelah memastikan tudungnya dan rambut Fattah kemas.

"1, 2, 3!"

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now