19

36 0 0
                                    

Hari demi hari berlalu. Danial sibuk menyiapkan kerjanya dengan tekun sehinggakan tidak menyedari waktu sudah berganjak larut malam. Dia menanggalkan cermin mata dan diletakkan di atas meja. Matanya digosok perlahan.

Dia mengalih pandangan memerhati ruang biliknya yang besar. Antara semua pelajar, dia yang mendapat keistimewaan sebuah bilik yang besar dan dilengkapi dengan perabot. Dia juga boleh keluar sesukahati dengan menggunakan bike nya. Dato Farid menyediakan segalanya.

Namun jauh di sudut hati, dia merasa kurang kasih sayang dan perhatian. Dia memang mempunyai rakan-rakan namun kebanyakan mereka mengambil kesempatan atas kuasa dimilikinya. Dia lebih suka bersendirian sehingga bertemu dengan Inara.

Sejak bertemu dengan Inara, dia suka membuli dan mengacau Inara kerana Inara suka melawan. Segala kata-kata dihamburkan Inara memang menusuk namun dia suka melihat Inara marah.

Dia tersenyum sendiri teringatkan kekasih palsunya itu. Semakin lama dia mengenali Inara, semakin kuat perasaannya untuk mendekati gadis itu. Sungguh, Inara bagaikan magnet menarik hatinya.

Matanya memandang telefon di atas meja. Dentingan berbunyi menandakan pesanan dari Inara masuk.

Esok jangan pura-pura lupa pulak

Biarlah

Danial! Kau dah janji an

Boleh, tapi aku nak makan asam pedas Bonda kau next week, so aku ikut kau balik

Apa-apa lah, kau tak jemu ke spend time dengan aku hari-hari? Naik muak ke?

Bolehlah, tapi disebabkan kau special, kurang muak

Balasannya tidak dibalas Inara. Pasti gadis itu menahan marah tika ini. Dia tergelak sendiri. Lucu terkenangkan Inara.

"Adohai, aku ni sukakan perempuan ni ke? Tak mungkin" soalnya sendiri. Risau sebenarnya. Lagipula dia sedia tahu Inara sudah lama menyimpan perasaan terhadap Fattah. Namun sekiranya lama-kelamaan berpura-pura, masakan tidak tersuka. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Segera dia menyambung sesi pembelajaran.

Manakala di dorm perempuan, Inara mengenggam erat telefonnya. Ada suatu rasa timbul apabila berbalas pesanan dengan Danial. Sebelum ini,dia sudah biasa berbalas pesanan dengan Danial. Namun kali ini dia rasa berbeza.

"Kenapa Inara? Are you okay?" Tanya Seol-a yang baru mahu masuk tidur. Dia hairan melihat Inara duduk tegak di atas katil.

"Okay, cuma ingatkan Danial pasal kempen esok" balas Inara pantas mencapai kamera di atas meja. Dia sudah menyediakan segala kelengkapan untuk esok hari. Dia hanya bertugas sebagai jurugambar. Malas dia mahu melibatkan diri.

"Lah, dia pun ikut ke? Mana dia nak biarkan girlfriend dia sorang-sorang" balas Seol-a dengan teruja. Dia dapat melihat Inara sering tersenyum dan tertawa apabila bersama Danial.

Inara terdiam. Sudah lama dia menjalinkan hubungan palsu dengan Danial. Lama-lama menjadi kebiasaan pula.

"Betul Inara, aku tak tipu. Kalau kau sukakan Fattah, muka kau asyik masam dan sedih. Tapi aku tengok kau happy bila dengan Danial" terang Seol-a membatalkan hasratnya untuk tidur. Dia mahu rakannya itu menyedari perasaannya.

"Betul ke Seol-a? Tapi kau tahukan aku sukakan Fattah? Bukan Danial" ujar Inara cuba mengambil serius perkara itu.

"Ya, tapi tak semua orang yang kita suka dapat happy kan kita, Inara" jawab Seol-a sekaligus membuatkan Inara terfikir sendiri.

Buat pertama kali, dia tidak dapat tidur dengan lena kerana memikirkan perkara itu. Lantas dia mengusir perasaan itu dan cuba menutup mata. Wahai hati, bantulah!

***

Kehadiran bas di hadapan blok pentadbiran membuatkan para siswa sudah teruja. Masing-masing sudah menjinjit beg masing-masing. Tidak sabar mahu bertolak ke Port Dickson. Haziq yang mengetuai rombongan kali itu mula menyemak nama siswa yang terlibat.

"Yang dah lapor tu pergi ambik tempat dalam bas! Cepat!" Arah Haziq lantang membuatkan semua siswa yang penat menunggu teruja untuk memilih tempat duduk.

"Dah complete ke?" Soal Fattah yang sudah lengkap dengan seluar trek serta baju jersey. Haziq menggeleng.

"Ada dua tiga orang lagi belum, mana prof Razak?" Tanya Haziq hairan apabila ketua rombongan mereka tidak kelihatan dimana-mana.

"Kan dia dah gerak dulu, kita-kita je naik bas ni" kata Fattah yang sudah berjumpa dengan prof Razak pagi tadi.

Haziq memandang Danial yang duduk di atas bangku menunggu seseorang. Dia asyik memandang telefon sejak tadi.

"Danial, mana Inara?"

Danial mengangkat muka memandang Haziq dan Fattah bersilih ganti.

"Dia cakap kejap lagi sampai, aku tengah tunggu dia lah" ujar Danial sudah berdiri bercekak pinggang. Rasanya dia yang paling senior menyertai rombongan itu.

"Hi Fattah, awak dah sarapan?" Tegur Khalida turun dari bas bersama sebungkus roti dan air mineral.

"Hi, saya tak sempat sebab rushing pagi tadi" balas Fattah ke arah Khalida yang tersenyum manis. Roti dan air mineral dihulur oleh Khalida.

"Nah, ambil lah untuk alas perut. Nanti masuk angin pulak, saya naik dulu tau. Apa-apa awak boleh cari saya" pesan Khalida dengan senyuman. Dia segera kembali ke tempat duduk.

"Untunglah" sindir Haziq sengaja berdehem. Danial mencebikkan bibir melihat Fattah. Dengan Inara tak nak pulak kau bagi peluang, bisik hatinya.

"Sorry, aku tak lambat kan?" Inara muncul dengan nafas tercungap. Dia terbangun lambat akibat tidak dapat tidur lena semalam. Danial pula risau melihat Inara.

"Tak, kau okay kan?" Soal Danial prihatin membuatkan Fattah menjeling ke arah mereka.

"Jom Inara, kita dah nak gerak ni" kata Haziq di tangga bas. Inara mengangguk. Inara tersentak apabila Danial menarik beg pakaiannya.

"Biar aku bawa, jom sayang" kata Danial tersenyum manis. Berdebar pula dia melihat senyuman manis itu. Dia mengangguk perlahan.

Fattah memekakkan telinga apabila Danial kelihatan ambil berat terhadap Inara. Dia cuba tidak memasang telinga namun dia mahu tahu perbualan mereka berdua.

Inara mengambil tempat duduk di bahagian tingkap. Dia meletakkan beg di sebelah kanannya agar tiada sesiapa duduk di sebelahnya termasuklah Danial. Dia mahu bersendirian.

Danial tidak berkata apa-apa apabila melihat Inara sudah melentokkan kepala pada tingkap. Matanya melilau mencari tempat kosong.

Dia mencebik apabila tempat kosong cuma disebelah Fattah. Ni buat dia hilang mood ni. Mahu tidak mahu dia duduk di sebelah Fattah. Fattah pula buat bodoh.

"Bas kita akan bertolak, jadi tiada sesiapa dibenarkan singgah di mana-mana kecuali RnR nanti, faham?" Lantang Haziq menyoal mendapat anggukan semua siswa. Maka bermulalah perjalanan mereka.




Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now