29

40 0 0
                                    

Seperti yang dijanjikan, malam minggu itu mereka melepak di kedai mamak. Hampir kesemua bekas rakan sekelasnya ikut serta memandangkan terdapat perlawanan bola sepak yang berlangsung yang menarik lebih ramai para lelaki untuk melepak. Skrin projektor yang tergantung menjadi fokus mereka.

"GOL!!" Jerit Haziq sebaik pemain kegemarannya berjaya meraih skor. Satu kedai mamak bersorak gembira. Kecoh suasana seketika.

"Tu yang aku minat si Safawi ni, gempak gila!" Ujar Firdaus bertepuk tangan seiring dengan rakannya yang lain. Perlawanan sudah tamat. Kini dia memandang rakan-rakannya.

"Okay, sekarang aku nak tahu siapa masih single? Kalau yang dah beristeri confirm hampir semua ni" tanya Firdaus dengan wajah mahu tahu. Dalam kelas dahulu, dia dikenali sebagai penyakat.

Semua mendiamkan diri dan hanya memandang Fattah dan Izzat. Haziq disebelah menyeringai.

"Seperti kita ketahui" ujar Haziq apabila tekaan mereka mengena. Izzat berpura-pura menyisip straw minuman.

"Apa? Haziq pun belum kahwin lah" balas Fattah tidak mahu dipandang serong kerana belum berpunya.

"Epp, kau paling terkenal dengan sikap tak layan perempuan sejak sekolah" kata Haziq lagi. Dia mahu rakannya ini membuka hati yang begitu kuat dikunci. Izzat turut mengerling ke arah Fattah.

"Kau pula Zat? Busy sangat ke?" Tanya Harris yang duduk di sebelah Izzat. Semua mengetahui Izzat seorang usahawan berjaya yang sedang meningkat naik dalam dunia perniagaan.

"Jodoh belum sampai, nak buat macam mana" tenang Izzat menjawab sambil melonggarkan tali lehernya. Kerjanya berakhir lewat malam itu jadi dia tidak sempat menukar baju untuk keluar melepak. Mengenangkan kawan dia terpaksa mengorbankan waktu rehat.

"See, aku setuju" balas Fattah laju. Izzat hanya memandangnya bersahaja.

"Alah kau tu Fattah, dulu masa sekolah ada je perempuan tu syok dekat kau. Kau buat toya je" sampuk Jaafar mendapat persetujuan yang lain. Nampaknya Fattah menjadi mangsa perbualan mereka malam itu.

Izzat tersentak mendengar. Dia tahu perempuan yang dimaksudkan ialah kembarnya, Inara. Namun sekarang dia lega apabila selepas kemalangan beberapa belas tahun lepas, Inara masih gagal mengingati Fattah. Ingatan Inara terhadap keluarga dan Danial sahaja yang kembali selepas beberapa tahun.

"Jual mahal sangat" kutuk Firdaus lagi. Fattah terdiam. Tiba-tiba dia teringat tentang Inara, gadis yang sukakannya dahulu. Yang membuatkannya tertutup hati untuk menerima sesiapa.

"Hoi, boleh kau mengelamun" bebel Haziq menyondol bahu rakannya. Fattah tersedar lalu tersenyum pahit. Masa berjalan sehingga jam menunjukkan pukul 1 pagi. Kesemua mereka berhasrat untuk beredar pulang. Risaukan isteri dirumah gamaknya.

"Apa-apa nanti, kita jumpa lagi. Roger dalam group brotherhood" maklum Firdaus kepada semua. Mereka semua mengangguk. Izzat menjawab telefonnya yang berdering sejak tadi. Nama Inara tertera.

Fattah berjalan ke arah keretanya yang terparkir tidak jauh dari kedai mamak. Hakim pasti sudah tidur di rumah kerana dia sudah memaklumkan untuk tidak menunggunya. Sedang dia membuka pintu kereta, dia terdengar perbualan tidak jauh dari kawasan keretanya terparkir.

Inara berpeluk tubuh sambil bersandar pada kereta. Wajahnya masam sebaik melihat Izzat berjalan ke arahnya.

"Ish, dah sejam aku tunggu kau tau tak. Kalau kereta rosak tu, ambiklah driver ke PA ke , ni aku jugak kau suruh" bebel Inara yang bertudung sarung sudah mengantuk. Dia tahu Izzat melepak dengan rakan-rakan namun tidak pula dia tahu kereta abangnya itu rosak.

"Itulah gunanya kau, janganlah marah kesayanganku" sengaja Izzat buat drama kasihan lalu memeluk bahu kembarnya itu. Sengaja mahu bergurau. Inara meronta-monta minta dilepaskan.

"Ish dahlah, aku nak tidur esok aku ada kelas. Cepat!" Gesa Inara masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Laju Izzat berlari masuk ke bahagian penumpang. Kereta dipecut laju.

Fattah terpempan apabila melihat wajah gadis itu. Dan nama gadis itu juga sama dengan Inara. Adakah itu Inara? Sungguh dia keliru namun hatinya terdesak mahu tahu. Apa kaitan gadis itu dengan Izzat? Kekasih hati kah? Namun boleh pula mereka bersentuhan seperti tadi.

"Aku ingat kau dah start enjin, menung lagi apahal ni?" Tegur Haziq yang baru tiba setelah pulang dari tandas. Tadi dia menyuruh Fattah menunggu di dalam kereta sementara dia ke tandas. Namun dia pelik sebaik melihat Fattah masih tercegat berdiri.

"Takde, jom ah" Fattah segera memanaskan enjin kereta dengan seribu persoalan di minda.

***

Hari berganti hari, Fattah masih dihujahi persoalan. Dia masih rasa bersalah atas kemalangan yang menimpa Inara dahulu. Itu kali terakhir dia berjumpa dengan Inara. Dia bertekad untuk bertanya dengan Haziq ketika makan tengahari.

"Wei, kau masih contact dengan Inara ke?" Soal Fattah membuatkan Haziq yang menyisip bihun tomyam tersedak. Lantas dia mengelap mulutnya dengan tisu.

"Kau mimpi apa siak tanya pasal dia?"

Fattah menjeling. Haziq tidak menjawab soalannya. Bilik Fattah yang menjadi tempat mereka mengisi perut tengahari itu. Mereka hanya tapau dari luar.

"Tak, aku dah try chat dia guna nombor lama tu tapi takde respon. Lepas accident tu, aku dengar dia drop study and pindah Segamat balik. Aku tak rasa dia ingat kita lagipun dia amnesia lepas accident tu" cerita Haziq membuatkan Fattah terkejut gila. Dia memandang rakannya tidak percaya.

"Amnesia? Kau tak bagitahu aku pun sebelum ni" kata Fattah menyesal. Entah mengapa hatinya berasa kesal. Selepas belasan tahun baru dia tahu Inara alami amnesia.

"Pernah ke kau tanya pasal dia? Lagipun kau dah enjoy dengan Khalida masa tu, kau pun tak sukakan Inara kan? Jadi aku diam lah" balas Haziq tidak mahu dipersalahkan pula. Sudah lama dia tidak menemui Inara.

Fattah terdiam. Dia rasa bersalah tiba-tiba. Kerana dia, Inara sengsara.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal dia? Kau terjumpa dia ke?" Teka Haziq membuatkan Fattah menggigit bibir.

"Masa malam kita lepak tu, aku ternampak seorang perempuan ni jemput Izzat. Muka dia macam Inara, Izzat macam mesra dengan dia peluk bagai. Aku ingat perempuan tu iras je, tapi Izzat panggil dia Inara" cerita Fattah satu persatu. Haziq tekun mendengar.

"Lahh, asal kau tak cerita awal? Bolehlah aku tanya Izzat" ujar Haziq mendapat gelengan Fattah.

"Tak payah lah, nanti dia ingat aku nak caras awek dia pulak"

"Kau yakin ke Inara tu awek dia? Lagipun kita dah lama tak jumpa Inara, entah-entah dia dah bahagia kahwin" balas Haziq membuatkan Fattah terdiam. Fattah memandang kosong nasi dihadapannya. Sudah mati selera dia.

"Tapi kan... sebenarnya aku pun terjumpa Inara minggu lepas" luah Haziq membuatkan Fattah memandangnya.

"Dekat mana? Bila?" Soal Fattah laju. Belum sempat Haziq menjawab, pintu bilik mereka dibuka oleh Aryan dan Tiara. Mereka menjinjit beg kertas.

"Hai doktor! Kami ada tapaukan cupcake untuk doktor berdua" ujar Tiara dengan senyuman lalu meletakkan beg kertas di hadapan majikannya itu.

"Cupcake? Sejak bila ada orang jual cupcake dekat sini?" Tanya Haziq hairan.

"Doktor tak tahu ke? Kedai sebelah kita ni dah rasmikan kedai diorang hari ni, kafe dia jual cupcake dengan pastry. Saya pagi-pagi dah pekena Latte dia, memang cun" jelas Aryan dengan ekspresi wajah berpuas hati.

"Kafe? Sebelah?" Tanya Haziq lagi. Aryan dan Tiara mengangguk laju. Dia teringat perjumpaannya dengan Inara dihadapan kafe tersebut. Jangan-jangan....

"Alamak! Aku lupa nak ambil Hakim, kau ni Haziq, bawa aku mengelamun" bebel Fattah lalu mencapai kunci kereta di dalam blazer tergantung. Dia segera keluar dari klinik untuk menjemput anak saudaranya itu.




Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now