Hari demi hari berlalu. Sesi persekolahan sudah bermula seperti biasa. Inara tiba di sekolah seperti biasa pagi itu. Dia lebih banyak mendiamkan diri kebelakangan ini kerana asyik berfikir.
"Selamat pagi cikgu!" Sapa Hakim kebetulan melimpasi koridor ke kelas. Dia tersenyum memandang gurunya itu.
"Selamat pagi, Hakim. Kamu nak ke mana ni?" Soal Inara tersenyum manis.
"Nak jumpa cikgu lah, saya nak bagi sesuatu" ucap Hakim dengan sengihan. Dia mengeluarkan coklat yang disembunyikan sejak tadi.
"Ni untuk cikgu, cikgu jangan sedih ya. Saya suka tengok cikgu tersenyum macam selalu" kata Hakim sambil tersengih malu. Dia perasan wajah gurunya seperti bermasalah.
Tersentuh hati Inara apabila anak muridnya ambil berat tentangnya. Dia mengambil coklat itu dan mengucapkan terima kasih.
"Aik macam pernah tengok je coklat ni" soal Inara sambil berfikir. Dia teringat ini jenama coklat yang sering dihadiahnya buat Fattah ketika zaman belajar. Terus dia terdiam.
"Tu semua paksu bagi kat Hakim, dia kata dia sedih bila tengok coklat ni" cerita Hakim sekaligus membuatkan Inara terkejut.
"Okay cikgu, saya balik kelas dulu" Hakim segera tertunduk hormat dan pamit. Inara hanya tersenyum kecil sambil memandang coklat di tangannya. Sekarang hatinya terasa libu. Segera dia berjalan masuk ke dalam bilik guru dan menyambung tugasnya dengan harapan tidak berfikir pasal Fattah.
Namun semua itu hanya harapan apabila tiba waktu pulang, kepalanya mencari kereta Fattah yang sering menjemput Hakim. Dia melihat kereta lain yang menjemput Hakim petang itu. Hampa pula terasa hatinya.
"Apa masalah aku ni?" Soalnya sendiri sambil berpeluk tubuh di tangga. Dipandangnya Fareez iaitu bapa Hakim yang menjemput.
"Bye cikgu!" Laung Hakim sebaik melihat Inara yang berdiri tidak jauh darinya. Inara membalas dengan lambaian. Fareez memandangnya tersenyum.
"Ni cikgu Inara ke? Cikgu yang mengajar Hakim?" Soal Fareez beramah. Inara hanya mengangguk.
"Ya, encik. Hakim memang aktif di sekolah, dari aspek sukan dan akademik. Dia memang bijak" kata Inara memberitahu tentang prestasi Hakim sedikit sebanyak. Hakim hanya tersenyum malu.
"Terima kasih cikgu, saya bersyukur dia terlibat aktif. Adik saya yang selalu beri dorongan untuk Hakim selama ni" cerita Fareez teringat Fattah yang sentiasa menggalakkan Hakim menghadiri macam-macam kelas.
Inara tersenyum pahit mendengar. Wahai Fattah kau memang menghantui hidupku.
"Fattah selalu sebut pasal cikgu semasa saya outstation haritu" maklum Fareez membuatkan dia tersentak. Namun perbualannya terhenti apabila telefonnya berdering. Inara dapat mengagak Fareez mempunyai urusan penting.
"Baiklah cikgu, saya dengan Hakim balik dulu" pamit Fareez sopan lalu masuk ke dalam kereta. Inara hanya memandang tanpa riak. Sesungguhnya, semakin dia cuba melupakan Fattah, semakin banyak perkara mengingatkannya terhadap Fattah.
Tanpa membuang masa, dia menghantar pesanan ringkas kepada seseorang.
***
Seperti yang dijanjikan, Fattah memandu ke taman permainan yang terletak tidak jauh dari kliniknya. Dia mendapat pesanan dari Inara mahu ketemu. Walaupun dia berasa gembira, dia tetap berasa takut. Dia takut untuk menghadap Inara kerana dia yang bersalah. Inara masih belum memaafkannya.
Dia duduk di sebuah bangku sambil memerhati kanak-kanak yang bermain di taman permainan. Para ibu ligat memerhati anak masing-masing memandangkan kes culik sering terjadi kebelakangan ini.
Derap langkah seseorang membuatkan kepalanya terangkat. Inara mengambil tempat di sebelahnya namun masih menjaga jarak. Dia menyilangkan kaki namun tidak memandang Fattah. Mungkin mengumpul kekuatan.
"Saya akan berkahwin dalam dua minggu akan datang" ujar Inara memulakan bicara. Fattah memandangnya sambil tersenyum pahit.
"Tahniah" ucapan yang membuatkan hati Inara pedih. Sedarlah Inara, dia memang takkan buka hati untuk kau.
"Kenapa awak muncul lagi Fattah, tak cukup ke apa awak dah buat dulu?" Soal Inara menahan emosi. Dia memandang Fattah dengan mata berair. Sungguh dia mahu lari sekarang.
"Saya betul-betul tak sengaja Inara, saya mengaku saya bersalah" kata Fattah dengan penuh sesalan. Jikalau hati ini dapat dirobek, pasti dia tunjuk bahawa dia begitu menyesal.
"Awak sendiri yang cakap awak sukakan Khalida, itu dah betul-betul lukakan hati perempuan yang ikhlas cintakan awak" balas Inara menahan tubir matanya pecah. Sengaja dia melarikan pandangan dari memandang Fattah.
Fattah tertunduk. Dia sudah buntu untuk meminta maaf, Inara tidak akan mempercayai semua kata-kata yang keluar dari mulutnya.
"Awak tak pernah bagi saya peluang"
"Maafkan saya Inara..." ujar Fattah kesal.
"Tujuan saya nak jumpa awak ialah... saya nak awak jauhkan diri dari saya. Saya taknak awak munculkan diri depan saya, saya juga dah buat keputusan untuk tukar kelas mengajar. Saya takkan mengajar Hakim lagi" luah Inara jujur. Dia sudah berfikir masak-masak.
Fattah memandang tidak percaya. Mengapa anak saudaranya pula terjerumus?
"Kenapa Hakim pula terlibat? Dia tak buat salah dekat awak" kata Fattah tidak puas hati.
"Ye bagi awak memang, tapi saya dapat lihat diri awak yang dulu dalam Hakim. Sifat dia sebiji macam awak, saya penat nak sakitkan diri bila tengok awak, Fattah. Awak tak faham ke?" Terang Inara tanpa penipuan. Setiap kali bersama Hakim, dia dapat merasakan Hakim ialah Fattah versi kanak-kanak. Yang membawa kesakitan kepada dirinya.
"Sampai macam tu sekali awak bencikan saya" kata Fattah perlahan. Dia menandang langit petang itu yang cerah. Namun tidak secerah hatinya.
Inara tidak menjawab. Dia memandang sekumpulan kanak-kanak bermain di taman.
"Act like we never met, cukup-cukuplah awak sakitkan saya. Insyaallah saya akan cuba maafkan awak suatu hari" bilang Inara lalu berdiri bangun. Dia memandang Fattah lagi. Lama pandangannya.
"Awak cinta pertama yang banyak beri kemanisan dan kepahitan dalam hidup saya"
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...