Minggu memakan minggu, bulan memakan bulan kandungan Inara sudah mencecah sembilan bulan. Dia memandang perutnya yang semakin sarat itu. Pagi itu, macam biasa dia akan mengemas rumah apa yang patut walaupun dia mudah berasa penat kebelakangan ini.
Fattah yang baru sahaja membersihkan halaman rumah terpandang isterinya yang sibuk menyapu lantai. Lantas dia mendekati isterinya sebelum menarik penyapu di tangan Inara.
"Sayang, awak tu tak larat nak kemas rumah. Hujung minggu macam ni biar saya yang kemas, lagipun due awak pun tak lama lagi" nasihat Fattah lembut di tepi telinga Inara. Inara tersenyum sambil mengelap peluh di dahinya. Dia menarik kembali penyapu di tangan Fattah.
"Fattah, saya ni isteri. Biar saya kemas rumah, saya masih kuatlah. Janganlah risau" balas Inara yakin membuatkan Fattah menggeleng laju.
"Nope! You are pregnant and you are not allowed to do chores. Saya ni kerja perempuan lelaki saya dapat buat, saya suami awak paling berkebolehan tau" ujar Fattah memimpin Inara duduk di atas sofa. Akhirnya Inara mengalah. Dia tidak suka dimanjakan dalam bab mengemas rumah. Dia kasihan melihat Fattah yang sudah penat bertugas di klinik dan terpaksa membuat kerjanya. Lagipula dia hanya menganggur.
Fattah lega apabila Inara tidak menghalang. Dia segera menyapu dan mengemop lantai sambil diperhati isterinya itu. Dia sudah terbiasa membuat semua ini memandangkan dia tinggal bersendirian sewaktu bujang. Membantu Inara bukanlah masalah besar.
"Sayang" panggil Inara yang sejak tadi berehat menonton televisyen. Sejak tadi dia mendengar Fattah sedang bermasak di dapur. Fattah pantas mendekati isterinya dengan apron tersarung.
"Hahaha doktor Fattah sekarang dah jadi cef?" Perli Inara tergelak.
"Amboi, saya kan berkebolehan. Saya hanya jadi cef untuk awak tau. Saya nak pastikan makanan awak makan tu sihat ikut jadual pemakanan" nasihat Fattah bersungguh-sungguh. Dipandangnya Inara yang mengarahnya duduk di atas sofa bersebelahan.
"Inara, saya ni busuk tau belum mandi. Takkan awak nak peluk saya dalam keadaan sekarang ni?" Soal Fattah membuatkan Inara menggeleng lagi. Mahu tidak mahu diturutnya kehendak isteri itu. Dia mencabut apron sebelum duduk di sebelah Inara. Inara dengan senang hati baring di atas ribanya sambil mata menonton televisyen.
Fattah mengusap kepala isterinya perlahan. Dia perasan Inara suka bermanja dengannya sejak mengandung. Lagi-lagi jika dia belum mandi, boleh pula Inara peluk cium. Dia cuma risau membawa penyakit dari klinik kepada isterinya yang sarat mengandung.
"Sayang tak suka ke kalau saya dah mandi?" Soal Fattah mahu tahu. Inara tersenyum memandangnya.
"Saya memang suka awak yang wangi, tapi baby kita ni suka papa dia yang masam. Pelik kan?" Kata Inara selamba sambil tergelak. Fattah memicit hidung Inara geram. Dia mengusap perut isterinya yang buncit. Dia dapat rasakan pergerakan anak kecilnya.
"Assalamualaikum anak papa, princess papa sihat tak?" Tanya Fattah mendekatkan telinganya ke arah perut. Dia tersenyum sebaik anaknya menendang.
"Lepas ni dah ada princess baru, kita pun dilupakan" gurau Inara. Fattah kembali fokus terhadap isterinya.
"Mana boleh macam tu, awak je cinta hati pertama dan selamanya dalam hati saya" balas Fattah jujur. Inara tersenyum bahagia mendengar. Tidak salah pilihannya kali ini.
"Tapi kan sayang... kalau umur saya tak panjang, pastikan awak layan anak kita sama macam awak layan saya tau. Jaga dia macam awak jaga saya, janji?" Soal Inara penuh berharap memandang Fattah. Anak matanya penuh sinar harapan.
"Sayang, kenapa awak cakap macam tu? Awak tak nak besarkan anak kita sama-sama ke?" Soal Fattah tidak suka topik itu dibahas. Dia tidak sedia kehilangan Inara. Inara ibarat sebahagian jiwanya. Cukuplah dia hampir hilang Inara dahulu.
Inara tersenyum pahit mendengar. Bukan itu dia maksudkan, dia cuma mahu menyedarkan suaminya tentang kehidupan yang bakal dilalui semua manusia.
"Saya sayang awak sejak sekolah kot, takkan saya nak tinggalkan awak. Awak lah lelaki paling susah saya nak kejar tau!" Balas Inara lagi. Fattah tertawa kecil mendengar. Dia sedar perkara itu.
"Sorry sayang, saya buta masa tu. Tapi saya janji saya takkan sia-siakan awak" janji Fattah ikhlas.
***
Peluh merecik di dahinya. Dia berdebar-debar menunggu isterinya yang sedang berperang di dalam wad bersalin. Fattah meraup wajahnya kasar sambil menenangkan diri. Hatinya gelisah sejak setengah jam yang lalu. Sewaktu tidur, Inara mengadu bahawa perutnya sakit. Tanpa membuang masa Fattah segera membawa isterinya ke hospital. Dia tahu isterinya mahu bersalin tidak lama lagi.
"Ya Allah kau permudahkanlah segalanya" doanya dengan tangan menggigil. Dia sudah solat tahajud di surau hospital sebentar tadi. Hatinya tidak putus berdoa buat isterinya di dalam wad. Bonda dan Izzat sudah dihubungi.
Fattah menundukkan kepala sambil menggigit bibirnya. Berapa kali dia mundar-mandir di hadapan wad sambil menunggu doktor yang bertugas keluar.
Bonda dan Izzat yang baru melangkah keluar dari lif segera mendekati Fattah yang terduduk di atas kerusi.
"Macam mana keadaan Inara, Fattah?" Soal Bonda dengan wajah risau. Gugur jantungnya mendapat tahu bahawa anak perempuannya itu sedang bertarung nyawa di dalam wad. Segera dia mengajak Izzat ke hospital.
"Doktor ada bagitahu apa-apa?" Tanya Izzat duduk bersebelahan iparnya. Fattah menggeleng tiada jawapan. Izzat dapat lihat kerisauan terpancar pada wajah Fattah.
"Kita sama-sama doa untuk Inara" ujae Bonda cuba bertenang. Dia turut risau namun bukankah berdoa kepada sang pencipta lebih baik?
Setelah sejam menunggu, seorang doktor berbangsa India keluar mendekati mereka. Doktor tersebut merupakan kenalan Fattah.
"Doktor, macam mana isteri saya?" Laju Fattah menyoal. Izzat dan Bonda turut berdebar menunggu jawapan.
"Tahniah, you dapat anak perempuan. But your wife kehilangan banyak darah, dia masih lemah sekarang" bilang doktor itu membuatkan hati Fattah hancur seribu.
"Alhamdulillah, anak saya baik-baikkan doktor?" Tanya Bonda mahu kepastian. Asalkan Inara masih bernafas, dia bersyukur. Doktor itu mengangguk.
"Boleh saya jumpa isteri saya?" Soal Fattah tanpa melengahkan masa masuk ke dalam wad tersebut. Dipandangnya si kecil di dalam dakapan Inara. Mata Inara terpejam dengan air mata.
"Sayang.... anak kita Inara...." ucap Fattah bersyukur tidak terhingga. Dia mencium dahi Inara sebelum menggendong anak perempuannya yang putih kemerahan.
"Thank you sayang" ucap Fattah dengan rasa terharu apabila dapat melihat anak kandungnya sudah selamat dilahirkan. Bibir pucat Inara merekah sebaik tersenyum.
"Sayang, maafkan saya kalau saya tak sempurna untuk awak" ujar Inara membuatkan Fattah menarik tangan isterinya sebelum dicium lama. Inara tetap sempurna di matanya.
"Sayang awak dah lahirkan anak pun saya bersyukur sayang. Pengorbanan awak sebagai seorang ibu lagi besar" ujar Fattah menahan emosi. Dia tidak mahu menangis di hadapan isterinya. Biarlah dia berpura-pura kuat.
"Saya sayangkan awak sampai bila-bila, Fattah" ucap Inara sebelum matanya terpejam perlahan-lahan. Genggaman tangannya terlepas membuatkan Fattah menggoncang lengan isterinya itu.
"Inara! Sayang!" Jerit Fattah panik. Dipandangnya dada isterinya sudah tidak lagi berombak. Fattah memeluk erat isterinya yang sudah menghembuskan nafas terakhir.
"Sampai hati awak tinggalkan saya Inara" air mata jantannya mula mengalir laju. Bonda terduduk sebaik melangkah masuk ke dalam wad itu. Air matanya pecah.
"Inara..." rintih Fattah lagi. Izzat terkedu lalu menanggalkan kaca matanya. Dia mengesat air mata perlahan.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...