24

36 0 0
                                    

"Apa yang jadi semalam? Kau cakap apa dekat dia?" Soal Haziq pagi itu ketika bersiap mahu ke kelas. Kelas mereka bermula lambat hari ini. Sempatlah mereka bangun lambat akibat kepenatan semalam.

Fattah yang mengemas begnya terhenti. Dia memandang Haziq seketika.

"Dia..."

"Dia apa?" Gesa Haziq mahu tahu. Semalam dia lihat Inara terus masuk ke dalam bas sehingga barbeku berakhir. Fattah pula mendiamkan diri sejak malam tadi.

"Dia luah kat aku yang perasaan dia tersiksa sebab aku berkawan dengan Khalida" balas Fattah membuatkan Haziq mendekati rakannya itu. Haziq memandang tidak percaya.

"Habistu? Kau cakap apa?"

"Aku diam je" balasnya. Haziq terduduk di atas katil. Patutlah Inara tidak menjawab pesanannya semalam. Dia juga tidak menyangka Inara akan bertindak begitu. Namun dia faham jika Inara cemburu melihat keakraban Khalida dan Fattah. Wajah sahabatnya itu dipandang.

"Kau dah bagitahu dia kau tak sukakan dia? Dia tunggu kau tau bro, bertahun. Atleast appreciate dia sikit" ujar Haziq memberi pendapat. Dia percaya memang Inara bersungguh meminati Fattah. Inara juga setia terhadap Fattah.

"Kalau dia sukakan aku, dia takkan bercinta dengan Danial tau, kau ingat aku nak percaya cakap dia?" Soal Fattah kembali. Dia tahu Inara menyukainya namun dia tidak pasti jika Inara benar-benar setia dan menunggunya.

Haziq mengeluh kasar. Susah menasihati orang hati batu ni.

"Aku kenal Inara tu lama, dah memang dari zaman sekolah dia syok kat kau. At least kau bincang lah elok-elok, cakap kat dia untuk lupakan kau. Pasti Inara ikut sebab dia sayangkan kau, dia mesti nak terbaik untuk kau" nasihat Haziq lagi membuatkan Fattah terpukul. Dia memang bijak dalam akademik namun dalam perasaan dia paling ke belakang. Disebabkan itu dia tidak mahu bercinta.

"And lagi satu, dengan Khalida kau okay pulak berkawan. Takkan sebab Inara sukakan kau, kau terus friendzone dia? Khalida tu terang lagi bersuluh syok dekat kau" kata Haziq tidak dapat memikir masalah Fattah dengan lebih luas. Memang memeningkan.

"Aku cuma tak selesa dengan Inara" ujar Fattah.

"Sebab kau tak kenal dia lagi, Fattah. Ingat Fattah, kau lukakan hati perempuan ibarat kau lukakan hati ibu kau sendiri" ujar Haziq lagi sebelum mengambil beg berjalan keluar dari bilik. Sia-sia sahaja menasihati Fattah.

Fattah terdiam. Dia terasa dengan nasihat Haziq. Dalam diam dia bersetuju dengan kata-kata Haziq. Matanya memandang patung pemberian Inara suatu ketika dahulu yang menjadi penghuni begnya. Dia melepaskan keluhan.

***

Mata Seol-a teliti memandang wajah Inara. Wajah Inara tidak bermaya dan tidak ceria seperti selalu. Inara berteleku di taman mini sambil menyelak buku. Dia kelihatan stres.

"Inara, kau okay tak ni?" Tanya Seol-a risau. Inara hanya mengangguk.

"Apa yang jadi? Semalam kau kempen kan? Best tak?" Seol-a cuba mencuri perhatian rakannya dari memandang buku.

"Takde benda jadi, okay je" balas Inara malas. Dia cuba melupakan perkara yang terjadi semalam. Dia mahu melupakan Fattah!

Seol-a tidak menjawab. Inara benar-benar tiada mood hari ini. Kemudian dia ternampak Danial berjalan ke arah mereka.

"Aku nak jumpa Inara sekejap boleh" ujar Danial kelihatan serius memandang Inara. Seol-a merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia lantas mengemas barangnya dan meminta diri untuk beredar.

Inara yang sibuk melihat gambar-gambar yang ditangkapnya semalam terganggu apabila Danial menarik kameranya.

"Kau buat apa?" Tanya Danial duduk bertentangan. Dia dapat melihat mata Inara yang memerah. Pasti menangis sepanjang malam namun Inara tetap tersenyum palsu.

"Buang gambar Fattah" jawab Inara membuatkan Danial memandangnya tidak percaya.

"What? Aku buat benda yang betul" soal Inara sarkastik. Hatinya masih berdarah. Luka yang tidak dapat disembuhkan sesiapa.

"Fattah nak jumpa kau dekat parkir" ujar Danial membuatkan Inara memandangnya hairan.

"Sejak bila kau kamcing dengan dia?"

Danial mengeluh. Dia tidak sengaja terserempak dengan Fattah tadi. Ikutkan hati dia tidak mahu Inara bertemu Fattah lagi namun Fattah kelihatan bersungguh.

"Kau jumpa je lah dia, settle benda semalam supaya kau dapat lupakan dia" nasihat Danial merasakan masalah Inara belum selesai. Dia tidak suka melihat Inara sedih.

"What? Aku dah bagitahu dia semuanya? I'm done" balas Inara tidak mahu berjumpa Fattah lagi. Takut hatinya goyah.

"Nara... for the last time, mungkin dia ada benda nak cakap dengan kau. Face it, Inara" pujuk Danial. Dia mahu Inara melupakan Fattah dan hidup gembira.

Inara terdiam. Dia memandang Danial dengan pandangan dalam.

"Janji dengan aku, kau akan sentiasa dengan aku susah senang kan?" Tanya Inara membuatkan Danial tersentak. Dia berdebar melihat anak mata Inara. Wajahnya membahang.

"Ye Inara, aku bukannya hati batu macam Fattah" janji Danial membuatkan Inara tersenyum lebar. Sikap Danial membuatkan dia berasa selamat dan disayangi.

Danial memandang Inara yang tersenyum ke arahnya sebelum melangkah pergi. Entah mengapa hatinya berasa tidak enak.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now