15

34 0 0
                                    

Matanya melilau mencari Inara sejak tadi. Telefon ditangan di pandang sekali lagi. Menunggu pesanan dari Inara. Izzat baru tiba di parkir berhadapan blok pentadbiran. Dia mengambil Inara pada hari Sabtu memandangkan kelasnya berakhir lambat semalam.

"Izzat!" Sergah Inara tersenyum lebar. Izzat lega melihat Inara sihat walafiat. Dia menarik beg di tangan adiknya.

"Lambat pula kau hari ni" ujarnya.

"Mana ada lambat, selalunya kau ambil aku hari Jumaat" kata Inara sambil memandang wajah Izzat yang kelihatan kurang semangat.

"Aku kena jumpa lecturer semalam, lagipun paksu baru pulang dari Perak" balas Izzat mendapat anggukan dari Inara. Dia menarik lengan kembarnya.

"Jomlah, Bonda dah tunggu kau kat rumah" belum sempat mereka berdua berjalan beriringan ke arah kereta, nama Inara diseru seseorang.

"Inara! Balik ke?" Tegur Danial dengan senyuman. Dia memandang Izzat di sebelah Inara. Izzat memandangnya tajam.

"Kau siapa?" Laju Izzat menyoal ke arah lelaki berbadan tegap itu. Wajahnya putih kemerahan.

"Ni Danial, kawan aku" terang Inara memberi isyarat mata. Izzat seperti cam wajah Danial.

"Danial? Yang kau cerita tu ke?" Soal Izzat mahu kepastian. Laju Danial memandang Inara. Inara pernah menyebut pasalnya?

Mahu tidak mahu Inara mengangguk. Kebetulan pula Danial menegurnya di hadapan Izzat. Memang disoallah nampaknya.

"Danial, kau abang Inara?" Tanya Danial berjabat tangan dengan Izzat. Wajah Izzat tidak memberi reaksi.

"Haah, kembar dia"

"Okay, Danial aku balik dulu. Bukannya dekat Segamat tu, bye" Inara laju menamatkan perbualan. Malas dia mahu Danial bermesra dengan Izzat.

"Ikut boleh? Bosanlah weekend duduk dorm je" tanya Danial selamba membuatkan mata Inara terbuntang. Berani betul Danial.

"Err tak payah lah, kita bukannya rapat pun" tolak Inara menjegilkan mata ke arah Danial namun Danial buat bodoh. Dia memandang Izzat.

"Jangan risau, aku bukannya jahat pun" ujar Danial tidak mahu Izzat berfikir dia mahu mengambil kesempatan. Akhirnya Izzat bersetuju. Dia masuk ke tempat pemandu. Danial bersorak gembira.

"Kau memang kan!" Marah Inara sebal. Dia memandang benci Izzat yang selamba duduk di sebelah bahagian pemandu. Sekarang dia yang duduk di belakang!

***

"Assalamualaikum!"

Laungan salam di luar rumah membuatkan Bonda yang sedang menghidangkan ikan asam pedas menoleh. Dia berjalan ke arah pintu dan membuka pintu. Terpacul Izzat dan Inara bersama seorang jejaka. Jejaka itu tersenyum manis memandangnya.

"Waalaikumussalam, masuk. Rindu Bonda dengan Inara" lantas Inara yang menyalaminya dipeluknya erat. Inara membalas pelukan erat Bondanya.

"Orang pun rindu Bonda, macam bau sesuatu je. Mesti Bonda masak asam pedas kan" teka Inara dengan wajah ceria. Bonda mengangguk tersenyum. Gembira melihat wajah anak daranya dalam keadaan sihat. Izzat pula hanya diam memerhati.

"Tu mak, marka Inara" gurau Izzat selamba. Danial hanya tersenyum memandang Bonda Inara. Masih awet muda dan mempunyai hidung yang mancung. Patutlah Inara turut cantik, mewarisi kecantikan Bondanya.

"Saya Danial, makcik. Kawan Inara" kata Danial.

"Orang tak ajak dia pun, Danial sendiri yang nak ikut" terang Inara tanpa dipinta. Semua mata memandangnya.

"Apa lah Inara ni, biarlah dia nak datang rumah kita. Tetamu bawa rezeki" tegur Bonda tidak suka cara Inara menerima Danial. Inara terdiam.

"Dah jom, Izzat dah lapar ni Bonda" pelawa Izzat berjalan ke arah meja makan. Segala makanan sudah tersedia. Perutnya bernyanyi sejak tadi.

"Jom Danial, kita makan dulu. Makcik masakkan asam pedas, Danial pernah datang Johor ke sebelum ni?" Rancak Bonda berbual dengan Danial sehingga meninggalkan Inara dibelakang. Dia pula terasa dianaktirikan.

Sepanjang makan tengahari, Inara hanya mendengar perbualan Bonda yang lebih mesra dengan Danial. Danial ke dia anak Bonda sekarang ni? Izzat pun kelihatan suka melayan gurau Danial. Eloklah tu.

"Danial ni anak tunggal ke? Bapa kamu kerja apa?" Sampai ke soal peribadi disoal Bonda. Inara tidak senang mendengar namun Danial ramah pula melayan.

"Ya saya anak tunggal, ayah saya Pengarah Tertinggi universiti"

"Ayah dia Dato Farid, yang selalu muncul dalam tv tu" sampuk Izzat turut tahu latar belakang Danial. Bagi memastikan Inara berkawan dengan orang yang diketahui asal-usul.

Mulut Bonda ternganga mendengar. Tidak disangkanya Danial yang gemar bergurau ini anak Dato. Tambah segan dia duduk semeja di rumahnya yang kecil ini.

"Dato Farid? Kenapa kamu tak bagitahu awal-awal? Segan makcik kamu datang rumah makcik yang tak seberapa ni, kalau macam tu Izzat hantar Danial dekat hotel lepasni. Takkan nak tidur rumah makcik yang kecik ni, bilik pun tak cukup" cadang Bonda bersungguh-sungguh. Dia merasakan itu yang terbaik.

"Pulak dah" kata Inara.

"Takpe makcik, saya okay je dengan rumah makcik. Saya boleh kongsi bilik dengan Izzat, takpun saya tidur atas sofa je" ujar Danial menolak cadangan Bonda. Lagipula dia tidak pernah datang ke Segamat sebelum ini.

"Tu lah nak ikut sangat" kutuk Inara mendapat cubitan ketam dari Bonda. Dia mengaduh sakit.

"Izzat tak kisah nak kongsi bilik" balas Izzat dengan kening terangkat. Inara mendengus perlahan. Nampaknya dia akan dianaktirikan sepanjang Danial berada dirumahnya.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now