Izzat berpeluk tubuh sambil menggigit bibir memerhati Danial yang terbaring di atas katil rawatan. Dia memerhati Fattah yang sedang membuat pemeriksaan terhadap Danial. Danial tidak sedarkan diri.
Pada mulanya, dia mendapat panggilan dari Danial. Jadi dia memandu ke kediaman Danial yang kebetulan sedang bersiap, namun dia terkejut sebaik mendapat tahu Danial sudah pengsan. Langsung dia menghantar Danial ke hospital. Dato Farid membuat panggilan dengan Fattah yang merupakan doktor peribadi Danial. Dia sendiri baru mengetahui perkara itu.
Fattah mengarahkan jururawat yang bertugas untuk beredar terlebih dahulu. Dia mahu berbincang dengan ayah Danial. Keadaan Danial sungguh tenat ketika ini.
"Apa yang jadi ni Fattah? Danial sakit apa?" Soal Izzat tidak sabar mahu tahu. Walaupun dia rapat dengan Danial, dia tidak pernah melihat Danial sakit sebelum ini.
"Macam ni lah, aku harap kita tunggu ayah dia sekali untuk aku jelaskan. Aku risau kalau..." belum sempat Fattah menghabiskan ayat, pintu wad ditolak kasar. Inara tiba dengan wajah cemas.
"Danial! Apa yang jadi dekat dia?!" Soal Inara mahu tahu. Dia memandang Danial yang terkujur di atas katil. Sayu hatinya melihat. Terkejut dia melihat Fattah yang merawat Danial.
"Danial, bangun Danial. Awak nak kahwin dengan saya kan?" Soal Inara di sebelah Danial. Dia dapat melihat mata Danial terbuka perlahan. Matanya tepat memandang wajah Inara.
"Maafkan....saya... Inara..." ucap Danial sepatah-sepatah. Inara menggelengkan kepala. Air matanya mengalir perlahan.
"Doktor Fattah, apa yang terjadi dengan anak saya" Dato Farid tiba dengan wajah kusam. Mungkin terlalu risaukan anak tunggalnya.
"Maafkan saya untuk semua pihak, Encik Danial menghidapi kanser hati tahap empat. Sebenarnya dia pernah hidap kanser sebelum ini tapi dah berjaya dirawat. Namun dia baru dapat tahu kanser tu datang balik dan di tahap kritikal" maklum Fattah sedikit berat. Dia dapat melihat ekspresi terkejut yang terpampang pada wajah masing-masing.
"Ya allah" rintih Izzat terkejut. Air mata Inara semakin mengalir deras. Ikutkan hati mahu sahaja dipeluknya tubuh itu namun mereka bukan mahram.
"Sampai hati awak Danial" rintih Inara menarik tangan Danial. Danial hanya memandangnya.
"Doktor tolong selamatkan anak saya, apa pun bayaran saya sanggup. Yang penting anak saya selamat" pinta Dato Farid mendekati Fattah. Dia berharap doktor muda ini dapat membantu.
"Pa.... maafkan Danial pa.... mungkin sudah tiba masanya untuk Danial pergi jumpa mama" kata Danial dengan mata berkaca. Dato Farid tersentuh, dia sedaya upaya menahan emosi.
"Inara... awak layak bahagia tanpa saya" ujar Danial namun mendapat gelengan dari Inara.
"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya pasal penyakit awak??" Soal Inara mahukan jawapan. Dia pasti Danial dapat sembuh dari awal.
"Saya taknak risaukan awak, Inara"
Inara tersentak. Dia memandang sayu wajah Danial yang lemah. Fattah hanya terdiam menyaksikan sandiwara itu.
"Fattah, aku nak minta tolong boleh" pinta Danial memandang Fattah. Fattah segera mendekatinya.
"Jagakan Inara untuk aku, aku tahu dia sayang gila kat kau" kata Danial membuatkan Fattah membisu. Terlalu besar tanggungjawab itu untuk digalasnya.
"Awak cakap apa ni Danial?!" Marah Inara. Dia tidak mahu terlibat dengan Fattah.
"Masa saya dah tak lama Inara, lakukan untuk saya... kahwin dengan Fattah. Saya tahu dia kebahagiaan yang awak cari selama ni" pujuk Danial dengan nada tersekat. Inara terduduk membungkam di sebelah katil.
"Kau yakin ke dengan keputusan kau Danial?" Soal Izzat di hujung katil. Jika itu permintaan Danial, dia sanggup penuhi. Dato Farid tidak mahu menyampuk. Perlahan Danial mengangguk. Tangisan Inara semakin lebat.
Fattah terbisu. Dia tidak tahu keputusan yang bakal dibuat akan menjamin kebahagiaan mereka, lagi-lagi Inara. Namun dia tidak sampai hati untuk mengecewakan Danial.
***
"Saya terima nikahnya Nur Inara binti Ghaffar dengan mas kahwinnya RM2,600 tunai" dengan sekali lafaz, Inara sah menjadi isteri Fattah. Entah mengapa dia berasa sedih namun berasa lapang. Walhal dia masih belum memaafkan Fattah.
Semua saksi di dalam wad itu mengucapkan kesyukuran termasuklah Danial. Danial tersenyum melihat permintaannya telah tercapai. Dia yakin Inara akan bahagia bersama Fattah.
Fattah mengaminkan doa yang dibaca tok kadi. Dia memandang Inara yang sudah sah bergelar isterinya yang duduk di sebelah Bonda. Dia diarahkan untuk mendekati Inara bagi upacara pembatalan air sembahyang.
Inara hanya memandang Fattah yang menyarung cincin di jarinya. Siapa sangka lelaki yang dikejarnya dahulu kini sah menjadi suaminya. Dia terpaksa tersenyum plastik apabila mendapat cubitan dari Bonda.
"Senyumlah Inara, laki kamu tu" bisik Bonda. Dia pada mulanya agak terkejut mendengar khabar Danial, namun dia lantas bersetuju apabila doktor Fattah yang menjadi suami Inara.
Inara menyalami tangan Fattah. Fattah tersenyum memandang wajah masam Inara. Entah mengapa terselit rasa bahagia.
"Doktor! Pesakit kritikal!" Jerit jururawat yang memantau. Fattah segera meninggalkan Inara dan mendekati Danial. Mata Danial semakin kuyu.
"Terima kasih Fattah" ucap Danial sebelum matanya terpejam. Fattah cuba memeriksa tekanan nadinya namun hampa. Danial sudah pergi.
"Danial!" Jerit Inara sebelum terduduk dengan air mata membasahi pipi. Suasana wad itu bertukar syahdu. Dato Farid terduduk kecewa.
Fattah sempat membimbing bacaan dua kalimah syahadah sebelum Danial pergi. Nampaknya Danial kalah dalam penyakitnya.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...