63

49 0 0
                                    

Dia berasa kekok apabila duduk berduaan dengan Fattah di bangku tepi padang. Dipandangnya Fattah yang masih ralit memerhati permainan ragbi sekolah.

Inara berdehem. Dia harus memulakan perbualan bagi mengakhiri kejanggalan ini.

"Awak ikut saya eh? Awak buat apa dekat sekolah ni?" Soal Inara masih mahu tahu. Dia tidak akan berhenti selagi tidak tahu tujuan Fattah yang turut berada di sekolah.

"Ni sekolah saya. Saya sepatutnya tanya awak buat apa kat sini?" Tanya Fattah memandang Inara. Lantas Inara melarikan anak matanya.

"Sukahati saya lah, saya nak tenangkan diri. Awak datang dah tak tenang hati saya!" Balas Inara jelas tak senang. Dia menjeling Fattah. Biar Fattah tahu dia masih sakit hati.

"Oo, awak tenang bila teringat memori kita zaman sekolah dulu? Faham." Balas Fattah sengaja. Dia menahan senyuman. Inara tersentak. Namun dia tidak menjawab atau membangkang.

Suasana kembali janggal. Fattah mengerling ke arah kamera pemberiannya di tangan Inara. Dia pula berdehem.

"Awak betul-betul dah fikir masak-masak ke?" Tanya Fattah serius. Dia sanggup memandu jauh pulang ke Segamat untuk mencari isterinya. Nalurinya tepat apabila terjumpa Inara disitu. Mungkin Inara rindukan kenangan lalu.

"Dah, saya dah hantar surat resign mengajar. Flight saya hujung minggu ni" terang Inara tertunduk. Tiba-tiba hatinya terasa sedih dan sayu. Impian untuk hidup bersama pujaan hatinya tercapai namun dia baru sedar ia menyakitkan.

"Maksudnya.... awak serius nak kita berpisah? Nur Inara, awak pasti dengan keputusan awak untuk berpisah dengan saya, lelaki yang awak cintakan dahulu" soal Fattah lagi sekali. Dia menahan rasa kecewa di dada.

"Fattah, awak mungkin berjaya dalam kerjaya. Pandai, kaya, sempurna. Tapi awak gagal dalam percintaan. Doktor Fattah... awak mampu rawat orang tapi awak tak mampu rawat hati seorang wanita" kata Inara tajam menusuk jiwa. Fattah terpukul dengan kata-kata Inara.

"Dan... awak satu-satunya lelaki yang masih dalam hati saya. Dari dulu... hingga sekarang, Fattah" sambung Inara lemah sambil memandang kosong padang itu. Hatinya seakan-akan hancur berkecai.

"Tak pernah ke awak terfikir nak bagi kesempatan untuk saya kenal awak?" Soal Fattah memandang mata Inara yang sudah dibasahi air mata. Lemah jiwanya melihat mata itu menangis kerananya. Dia kecewa dengan dirinya sendiri.

"Saya cintakan awak"

Dunia Inara seakan terbalik apabila mendengar ungkapan itu keluar dari mulut Fattah. Adakah dia tersalah dengar? Dia memandang Fattah yang berterusan menatapnya.

"Saya mengaku lah saya selalu berangan awak pun sukakan saya, tapi sekarang saya tengah berangan ke?" Soal Inara tidak percaya. Lantas dia menggeleng dengan harapan mimpinya hilang.

Perbuatannya berhenti apabila Fattah memegang kedua bahunya. Fattah menatap anak matanya dalam-dalam.

"Bagi saya peluang sebelum kita berpisah, saya nak betulkan keadaan kita. Boleh?" Soal Fattah lembut. Dia mahu memujuk hati isterinya dengan usaha lebih. Dia berjanji.

Inara hampir menolak tangan Fattah yang mengenggam erat tangannya. Fattah makan apa sehingga berubah aneh? Genggaman Fattah semakin kejap.

"Peluang terakhir"

***

Sejak tadi Khalida memandang skrin telefonnya. Sudah berkali-kali dia menghubungi Fattah namun tidak dapat. Ikutkan hati mahu sahaja dia lempar telefonnya ke dinding.

"Tak guna! Apa hebat sangat perempuan tu? Setakat cikgu je" bebel Khalida mundar-mandir di ruang tamu. Gelagatnya disedari papanya.

"Khalida, papa nak cakap sikit dengan kamu" ujar Papa lalu duduk di atas sofa. Dipandangnya Khalida yang tidak berganjak malah memandangnya tidak puas hati.

"Apa lagi pa? Tak puas ke papa paksa saya bertunang dengan Zakuan tu? Kalau tak mesti saya dah kahwin dengan Fattah!" Jawab Khalida kasar dengan nada tinggi. Dia benci papanya yang sibuk mengurus kehidupannya.

"Khalida.. kamu sendiri yang nak putus dengan Zakuan. Kononnya dia ada perempuan lain, walhal itu sepupu dia sendiri. Kamu tak boleh terima yang kamu takde jodoh dengan Fattah!" Marah papa menahan kesabaran. Anak tunggalnya ini memang berubah sejak kematian arwah isterinya.

"Apa yang kurangnya Khalida, pa? Khalida cukup sesuai dengan Fattah, Khalida pun doktor lah" tengkingnya tidak puas hati. Papa berdiri bercekak pinggang menahan amarah.

"Tengoklah diri Khalida, Fattah takkan terima sikap Khalida ni! Fattah lebih layak dapat yang lebih baik" bela Papa. Dia kenal keluarga Fattah yang berpengaruh dan dihormati.

"Papa tak kira, papa dah uruskan flight Khalida ke Turki. Malam ni Khalida fly, no objection! Kalau tak papa kahwinkan kamu dengan Dato Abu! Nak?" Ugut Papa tegas. Dato Abu ialah rakannya yang berminat dengan Khalida.

Khalida terkejut dengan keputusan papanya. Sanggup Papa menghantarnya jauh?!! Segera dia masuk ke bilik.

"I hate you!"

Papa menggeleng kepala mengenang anaknya itu. Khalida tidak berani menentang kerana risau berkahwin dengan lelaki tua.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now