"Biar betul? Kau nak kacau hubungan Danial dengan Inara? Kau gila ke apa?" Soal Haziq setelah mendapat tahu Fattah mahu berjumpa dengan Inara untuk menyerahkan pendrive. Apa yang istimewa sangat pendrive tu?
"Ya, aku nak dia tahu aku je lelaki yang dia gila-gilakan dulu!" Balas Fattah yang sungguh bukan dirinya. Dia terpaksa bersikap sedemikian untuk membantu Danial. Dia sudah berjanji untuk tidak mensia-siakan Inara. Sungguh tidak termasuk dalam skop bidang perubatan ya.
Fattah menolak kerusinya dan meletakkan stetoskop yang melingkari lehernya. Jam sudah melebihi makan tengahari. Pasti Inara berada di kafe seperti biasa.
"Kau kena sampuk hantu ke apa? Nak kena belasah dengan si Danial tu?" Soal Haziq tidak fahan dengan Fattah. Ni sekarang baru nak lebih-lebih. Dulu buat toya aja.
"Apa special sangat pendrive kau tu? Kau ingat Inara nak layan? Dia tak ingat kau lah Fattah!" Kata Haziq lagi. Geram apabila Fattah bertindak meninggalkannya untuk pergi ke kafe.
"Dia ni memang!" Bebel Haziq mengikut langkah rakannya. Risa yang kebetulan berjaga bersama Tiara terkejut melihat adegan itu. Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Dah kenapa doktor kita tu?" Soal Risa hairan. Dengan Haziq terkocoh mengejar Fattah. Merisaukan!
"Aku dah kata! Doktor kita ni mesti ada benda, aku dah agak dah bau pelangi ni!" Sukahati Tiara membuat andaian. Kepala mereka dipukul oleh Aryan.
"Sibuk lah korang, biarlah doktor kita tu" marahnya. Tiara dan Risa mencebik.
Sementara itu, mata Fattah mencari kelibat Inara. Dia terpandang Inara yang baru keluar dari kereta. Segera dia mendekati Inara di kawasan parkir.
"Inara!" Panggilnya. Inara menoleh ke arahnya.
"Ada apa ye doktor?" Soal Inara hairan. Dia memandang Haziq yang tercungap-cungap dibelakang Fattah.
"Sebebarnya... saya nak bagi sesuatu untuk awak. Tapi, saya harap awak dapat maafkan saya" kata Fattah lalu menyerahkan pendrive. Inara menyambut lambat-lambat.
"Saya harap awak tak benci saya, Inara" ucap Fattah lagi sebelum beredar. Itupun jantungnya berdebar sakan, dia mahu Inara membaca segala luahan hatinya sendiri pada suatu masa dahulu. Mana tahu ingatan Inara kembali dengan harapan Inara tidak membenci Fattah.
Mata Inara memerhati Fattah yang sudah melangkah jauh. Dia memandang pendrive itu lagi sebelum memandang Haziq yang tidak berganjak sejak tadi.
"Haziq, kau boleh tolong aku tak?" Soal Inara tiba-tiba membuatkan sel otak Haziq hampir berhenti berfungsi. Dia tidak percaya dengan kata-kata Inara.
"Inara? Kau ingat aku?! Inara!" Jerit Haziq teruja. Sudah lama dia tidak mendengar ayat itu. Inara tidak menjawab.
***
Mulut Haziq ternganga buat kali keberapa. Dia meneguk laju air sirap di dalam cawan sambil mendengar cerita dan penjelasan Inara. Mereka berdua memilih kedai mamak untuk bersembang.
"Kau... kau pura-pura tak ingat?" Soal Haziq susah mahu percaya. Inara berpura-pura hilang ingatan terhadap Fattah. Selama ini Inara menyedari segalanya?!!
Inara mengangguk dengan wajah tiada riak. Dia ada sebab sendiri untuk berlakon.
"Jadi kau memang tak amnesia lah?" Soal Haziq lagi.
"Aku memang amnesia, tapi ingatan aku dah lama pulih. Aku cuma pura-pura tak kenal Fattah sebab..." kata-kata Inara tergantung. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengakhiri segalanya. Dia juga sudah muak untuk menjaga perasaan Fattah.
"Kau... masih suka dia ke?" Soal Haziq lambat-lambat. Dia dapat rasakan Inara seperti berusaha untuk melupakan kesakitan.
"Aku dah ada Danial, jadi aku harap dia tak payah muncul depan aku lagi" kata Inara bertekad. Penat dia mahu melawan kesakitan ini. Boleh pula lelaki itu muncul semula selepas dua belas tahun???
Haziq terdiam. Dia mengeluh perlahan.
"Dia masih rasa bersalah atas apa yang berlaku, dia nak minta maaf dekat kau. Tapi disebabkan kau tak ingat dia, dia tak dapat nak buat macam tu. Kau maafkan je lah dia, dia betul-betul menyesal" pujuk Haziq mewakili sahabatnya itu. Dia turut merasa kegusaran hati Fattah.
Inara terdiam. Dia hanya mendengar tanpa menjawab. Hatinya masih luka berdarah. Dia memandang pendrive dalam genggamannya. Berat hatinya untuk menerima apa yang telah terjadi.
"Inara, aku tahu kau masih sayangkan dia. Manusia tak sempurna, Nara. Kau dulu pernah kata kau akan terima kekurangan dia kan" soal Haziq lagi cuba melembutkan hati Inara.
"Tu dulu, sekarang aku dah ada kehidupan sendiri. Lagipun aku tahu dia mesti dah bahagia, jangan haraplah Haziq. Kau tak rasa apa yang aku rasa" jawab Inara lagi. Sakit. Haziq terdiam dan menundukkan kepala.
"Habistu kau nak aku buat apa?" Tanya Haziq lagi.
"Kau jangan bagitahu sesiapa pasal ni, aku malas nak layan Fattah. Just follow the flow" balas Inara sudah berfikir. Haziq terdiam. Sudahlah dia sahabat sejati dengan Fattah, mana mungkin mahu berahsia. Namun mengenangkan peristiwa terjadi terhadap Inara dahulu, dia terpaksa bersetuju.
"Macam mana kalau Fattah sukakan kau?" Soalan Haziq mematikan lamunan Inara. Dia tersenyum sinis.
"Kau rasa dapat ke kawan hati batu kau tu terima aku? Dalam mimpi" kata Inara tergelak sinis.
"Betul lah Inara, aku tak main-main" bersungguh Haziq mahu meyakinkan rakannya itu. Dia tahu Inara memang berhati lembut.
"Dahlah Haziq, benda dah jadi"
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...