47

48 0 0
                                    

Setelah jenazah selamat dikebumikan, ahli keluarga yang menghadiri pengebumian itu segera beredar. Masing-masing pergi dengan hati yang pilu. Bonda dan Izzat setia menemani Inara yang sejak tadi mengalirkan air mata. Dato Farid mengenakan cermin mata hitam bagi mengelakkan para wartawan menangkap gambarnya. Dia kasihan melihat Inara yang masih bersedih. Dia juga sedih.

"Bonda, kita balik dulu. Kita bagi ruang dan masa untuk Inara bersendirian" kata Izzat berbisik dengan Bonda. Dia dapat lihat air mata Bonda juga gugur sewaktu bacaan talqin.

Bonda mengangguk perlahan. Dia tahu Fattah sentiasa menemani Inara. Dia dan Izzat berjalan meninggalkan kawasan perkuburan.

"Danial.... sampai hati awak tinggalkan saya..." rintih Inara sendiri. Hanya dia dan Dato Farid yang tinggal. Hatinya masih hancur atas apa yang berlaku. Sekelip mata Danial meninggalkannya.

"Inara...Danial pasti sedih tengok Inara menangis. Dia nak Inara bahagia, bukankah tidak elok kita meratapi orang yang dah pergi?" Soal Dato Farid cuba memujuk Inara yang dianggap seperti anak sendiri itu.

Inara terdiam. Dia tertunduk sambil memerhati tanah yang masih merah itu.

"Papa tak sedih ke Danial pergi?" Soal Inara sejenak.

"Mestilah papa sedih, Danial satu-satunya anak papa. Dia lebih tenang di sana bersama arwah Mama. Lagi sekali Allah tarik orang yang papa sayang" kata Dato Farid dengan nada menahan emosi. Dia tidak mahu Inara melihatnya bersedih. Dia harus berpura-pura kuat agar Inara tidak terusan bersedih.

"Lagipun Danial dah amanatkan Fattah untuk jaga Inara, Danial betul-betul sayangkan Inara. Dia pasti keputusan yang dia buat tu tepat, nak" sambung Dato Farid sambil melirik ke arah Fattah yang sejak tadi berdiri menunggu di kereta.

Inara membisu. Akhirnya dia bangkit sambil memeluk yasin. Ya dia harus kuat untuk Danial. Dia tersenyum pahit di hadapan Dato Farid.

"Papa pasti, Inara pasti bahagia dengan Fattah. Ada sebab semua ini berlaku, Allah uji hambanya yang kuat" pesan Dato Farid lagi. Memberi semangat.

"Inara minta maaf pa, kalau Inara buat Danial sedih selama ni" ucap Inara dengan mata berkaca. Laju Dato Farid menggeleng.

"Danial tak pernah sedih, dia lah orang paling gembira sejak kamu datang dalam hidup dia. Ingat Inara, kamu dah bersuami"

Kata-kata Dato Farid membuatkan Inara termati kata. Dia segera meminta diri dengan hati yang berat. Pasti Dato Farid mahu bersendirian di kubur anaknya.

Sebaik tiba di kereta, Fattah setia tercegat menunggunya. Lupa pula dia sudah berkahwin.

"Jom, kita balik rumah Bonda" kata Fattah membuka pintu untuk Inara. Inara hanya masuk tanpa bicara.

Sepanjang perjalanan, Inara hanya mendiamkan diri. Fattah sesekali mengerling wajah sembap isterinya itu. Dia faham perasaan Inara masih berbelah bagi. Bukan mudah untuk melepaskan orang tersayang.

"Saya tahu agak susah untuk awak terima saya, tapi saya tak sampai hati abaikan permintaan arwah" kata Fattah sambil fokus memandu. Namun dia pelik dengan dirinya sendiri, macam mana dia boleh senang-senang bersetuju? Ini keputusan yang melibatkan masa depannya.

"Dahlah, saya taknak cakap benda ni. Bagi saya ruang dan masa" kata Inara lalu melentokkan kepala di tingkap. Sengaja dia memejamkan mata agar Fattah tidak berbual dengannya. Hatinya masih sedih.

Fattah tidak menjawab. Dia faham. Biarlah Inara berehat terlebih dahulu.

***

Sebaik menghantar Inara pulang, Fattah memandu ke rumahnya untuk mengambil beberapa barang keperluan. Dia akan menginap di rumah keluarga Inara untuk beberapa hari. Tidak sampai hati mahu membiarkan isterinya sendiri.

Dia sudah memaklumkan kepada Bonda. Bayangan Izzat tidak ditemui, yang pasti dia ada sesuatu mahu dibincangkan dengan iparnya itu.

Dia menuju ke almari pakaiannya dan mengemas apa yang patut. Dia juga tidak percaya bahawa dirinya sudah menjadi suami orang. Segala barang mandian turut disumbat. Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Pasti Haziq yang datang.

Fattah turun ke ruang tamu. Dilihatnya Haziq yang sudah duduk di sofa menunggunya. Wajah Haziq seperti cemas.

"Wei, betul ke Danial dah takde?" Soal Haziq. Dia baru mendengar berita kerana sibuk di klinik. Dia tahu pun melalui televisyen.

Fattah tidak menjawab sebaliknya melabuhkan punggung dihadapan Haziq.

"Setiap yang hidup pasti akan pergi, Allah lebih sayang dia. Aku dah cuba yang terbaik untuk dia" kata Fattah bermadah. Haziq tidak faham.

"Kau tak pernah cakap pun kau doktor peribadi Danial, kau seorang je yang tahu pasal dia? Inara pun tak tahu ke?" Soal Haziq lagi terkejut. Tidak sangka sahabatnya itu sudah tahu awal-awal.

"Aku cuma ikut permintaan arwah" balasnya. Haziq mengeluh. Sungguh gempar satu ibukota sebaik berita pemergian Danial.

Dia hairan melihat beg pakaian Fattah di atas sofa.

"Kau dengan beg bagai ni nak pergi mana?"

"Aku dah kahwin, Ziq"

Kata-kata Fattah mengejutkan Haziq. Dia memandang Fattah tidak percaya. Laju dia duduk bersebelahan rakannya itu.

Tanpa membuang masa, Fattah menceritakan perkara yang terjadi. Semuanya dengan jujur. Haziq sudah ternganga.

"Jadi kau dah kahwin dengan Inara?!" Jerit Haziq mendapat anggukan Fattah. Dia faham itu permintaan arwah Danial, tapi...

"Family kau tahu?" Fattah menggeleng. Haziq berdecit.

"Kau tahukan ayah kau tu orang ternama, dia tak marah ke kalau kau buat keputusan mendadak" ujar Haziq risau. Dia kenal sangat dengan ayah Fattah. Satu keluarga Fattah sangat berpengaruh.

"Mungkin ini masanya untuk aku buat keputusan sendiri, selama ni keluarga aku yang tetapkan" balas Fattah yakin. Dia yakin dengan perkahwinannya walaupun tidak dirancang itu.

Haziq menggelengkan kepala. Dia tumpang gembira namun tidak percaya lelaki sehati batu Fattah sudah berkahwin. Mahu-mahu dengan Inara pula tu? Perempuan yang tidak disukainya dari dahulu. Dia cuma berdoa agar rumah tangga sahabatnya itu berkekalan sehingga ke syurga.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now