Hari yang ditunggu para siswa sudah tiba. Semua pelajar sudah berkumpul masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan perasmian Minggu Erat Siswa oleh Dato Farid. Seawal lapan pagi acara sudah bermula.
"Hari ini kita dikunjungi Pengarah Tertinggi Universiti iaitu Dato Farid bagi majlis MES kita tahun ini, selamat bergelar siswa kepada siswa-siswi tahun pertama" Candy sebagai jurucakap kelihatan petah berbahasa Melayu. Dia berucap dengan yakin di atas pentas.
Sebaliknya di belakang pentas, Inara sudah mundar-mandir gelisah. Dilihatnya begitu ramai tetamu sehingga menggigil badannya. Janganlah dia anxiety disini!
"Inara? Kau okay tak ni? Kejap lagi perform tau, kau sorang je solo" soal Bob yang sibuk mengurus giliran persembahan. Dia menegur Inara yang kelihatan gelisah.
Dia tersenyum pahit. Bob beredar. Dalam hati dia berselawat banyak kali. Dahinya juga sudah dibasahi peluh. Dia memandang mencari kelibat Danial.
"Nara, aku dah setkan giliran kau yang pertama! Kau dah ready?" Tegur Danial dengan wajah teruja. Namun Inara menjegilkan mata ke arahnya.
"Hah?! Pertama? Kau gila ke apa? Taknak lah!" Tolak Inara. Danial tidak tahu dia ada Anxiety. Perlu ke lelaki ini tahu?
"Why? Aku siap specialkan persembahan kau, papa aku dah tunggu tu" ujar Danial tidak faham mengapa Inara menolak. Dia juga sudah menyiapkan segala props bagi menjadikan persembahan Inara istimewa.
Inara tidak menjawab. Dia cuba menarik nafas untuk bertenang. Danial pula risau melihat keadaan gadis itu.
"Aku... aku.. ada anxiety, aku rasa aku tak dapat lah" kata Inara bersandar pada dinding. Selama ini hanya dia dan Izzat yang tahu tentang perkara itu.
Mata Danial membulat mendengar. Dia sungguh terkejut. Dia tahu apa yang dialami Inara mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri.
"Cancel lah Danial, aku tak dapat lah" ulang Inara lagi. Paniknya itu menyerang sekali lagi. Danial menarik lengannya dengan lebih dekat.
"Sekarang kau tarik nafas pelan-pelan, tengok aku. Lupakan sekeliling" Danial memberi arahan sambil menatap anak mata Inara. Inara menurut arahan. Dia dapat rasakan nafasnya sudah teratur.
"Kau nak ngorat Fattah kan? You can do this, kita nyanyi duet. Okay?" Cadang Danial merasakan perkara itu dapat menyelamatkan keadaan. Dia juga mahu menunjukkan bakatnya di hadapan seluruh warga universiti dan ayahnya.
Inara terdiam sebelum mengangguk. Danial tersenyum. Lega apabila Inara dapat melawan paniknya.
"Dah ready? Inara?" Tanya Bob meminta kepastian. Inara mengangguk tersenyum.
"Aku duet dengan dia, so.." kata-kata Danial mengejutkan Bob. Tidak sangka Danial mempunyai bakat dalam menyanyi.
"Serious ah? Hebat kau" puji Bob. Danial sudah bersedia dengan gitarnya. Dia mengerling ke arah Inara di sebelah.
"Jangan pandang diorang kalau kau takut, pandang aku. Kau nyanyi macam kita selalu practice" pesan Danial mendapat anggukan Inara. Dia pasti boleh!
***
"Persembahan kita dibuka dengan nyanyian siswa baru kita, beri tepukan semua!" Kata Candy diiringi tepukam gemuruh. Lampu di atas pentas digelapkan. Semua perhatian beralih di atas pentas.
Haziq menyendol Fattah di sebelah. Fattah seperti biasa tidak beriak.
"Mesti Inara nyanyi untuk kau kan, kau memang hati batu lah Fattah" ujar Haziq berbisik. Dia dapat lihat Inara di atas pentas dengan senyuman lebar. Namun dia terkejut apabila Danial mula memetik gitar di sebelah.
"Untuk aku? Ke untuk Danial?" Soal Fattah kembali. Dua-dua terdiam. Masih terkejut melihat kemunculan Danial bersama Inara.
Kan kucuri hatimu
Menyamun senyummu
Kan kuculik cintamu, wo-wo
Macam kularikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi, kau simpan hatiku
Dari darjah satu, darjah satu
Nyanyian Inara membuatkan Fattah terpaku. Dia menatap Inara yang kelihatan ralit menyanyi. Danial disebelah tersenyum sambil menyanyi bahagiannya pula. Entah mengapa ada satu perasaan terselit di dalam hatinya, Fattah cuma mampu terdiam.
Dato Farid juga tidak menyangka Danial sangat berbakat dalam nyanyian. Selama ini dia hanya menghantar Danial kuliah sehingga tidak berkesempatan meluangkan masa bersama anaknya. Dia berasa kecewa dengan sikapnya.
Tepukan gemuruh bergema apabila persembahan berakhir. Maka bermulalah MES tahun ini.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...