Pagi-pagi lagi Fattah sudah menghabiskan masa bersenam di gim. Dia mempunyai segalanya di dalam gim. Semua kelengkapan peralatan sudah lengkap disediakannya. Dia lebih selesa mempunyai gim sendiri berbanding di luar. Di sini dia dapat lakukan apa sahaja.
Peluhnya mula merecik di dahi. Fattah mengelap dahinya dengan baju sebelum dilempar ke tepi. Dia hanya berseluar pendek dengan dadanya yang berotot dan bidang itu. Itulah rutinnya hujung minggu.
Inara yang kebetulan mencari Fattah, terpandang Fattah yang sedang berlari di atas treadmill. Matanya terbuntang melihat badan sasa si suami. Sungguh dia tidak percaya melihat keindahan di pagi hari.
Fattah yang sedar Inara yang sejak tadi memerhatinya di pintu, segera menghentikan lariannya. Dia menyeru nama isterinya itu.
"Dah puas mengintai saya?" Fattah bercekak pinggang memandang isterinya. Inara gagap untuk menjawab. Dia mengetap bibir apabila matanya asyik menjamah badan Fattah. Gatal betul dia!
"Bila.. masa sa...ya mengintai? Saya nak panggil awak breakfast" cover Inara laju. Dia melarikan pandangan dari menatap Fattah. Matanya asyik memandang ke situ. Naik panas wajah dia melihat.
Fattah tersenyum nakal. Dia tahu pandangan isterinya itu. Dia berjalan meninggalkan Inara dan menuju ke meja makan. Inara mengetap bibir apabila ditinggalkan.
Dia menuang air susu di dalam gelas dengan wajah muncung. Dia tidak menyedari Fattah asyik menatapnya sejak tadi.
"Susu awak" kata Inara menolak cawan ke arah Fattah. Baru dia tahu Fattah hanya minum susu setiap pagi.
Fattah tidak menjawab sebaliknya tersenyum. Sudah tersedia roti bakar dengan mihun goreng di atas meja. Dia jatuh cinta dengan masakan Inara. Selama ini dia hanya makan di luar, namun sejak berkahwin dia hanya makan masakan Inara.
"Awak tak breakfast sekali ke? Takkan saya sorang je?" Soal Fattah apabila Inara berura mahu beredar.
"Saya dah makanlah, takkan makan sorang pun takut" ejek Inara geram. Mengada betul sikap Fattah. Fattah tersenyum nakal.
"Lagipun, saya tak selesa tengok awak tak pakai baju. Saya gelilah!" Kata Inara jujur. Dengan ketulan six pack, boleh pengsan dia menghadap Fattah.
"Geli? Bukannya awak suka ke?" Sakat Fattah membuatkan wajah Inara merah. Dia mahu pamit namun Fattah menariknya ke dalam dakapan.
"Saya tak tayang dekat perempuan lain tau, awak lah yang pertama tengok" bisik Fattah di sebelah telinga Inara. Dia dapat rasakan badan isterinya menjadi sejuk akibat gementar.
Inara menahan debaran. Dia lantas menggigit tangan Fattah yang gatal memeluk pinggangnya. Fattah menjerit kesakitan.
"Aduh! Sakitlah Inara!"
"Padan muka, kacau saya lagi" marah Inara lalu beredar ke bilik. Geram pula bila disakat Fattah. Fattah hanya tersenyum sambil mengerang kesakitan. Nampaknya Inara memang ganas.
***
Buat pertama kali, Fattah duduk di rumah seharian pada hujung minggu. Selalunya dia akan sibuk di klinik dan berjumpa pesakit. Namun dia lebih gemar untuk menatap wajah Inara.
Selepas menunaikan solat Zohor, mereka berdua menonton televisyen di ruang tamu. Fattah hanya melayan Inara yang menonton drama Korea. Perempuan sangat!
"Amende lah lelaki ni, punyalah perempuan tu suka dekat dia" marah Fattah yang terbawa-bawa emosi. Dia pula terlebih layan. Inara mencebik ke arah Fattah. Alamak dia pula lebih.
"Itulah lelaki, perempuan dah suka pun tak hargai" kata Inara sengaja menyindir. Dia sambung mengunyah popcorn di dalam mangkuk.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...