Selepas perasmian di dewan, gerai-gerai para siswa sudah dibuka. Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual termasuklah makanan, buku dan baju. Aksesori hiasan turut ada mengikut kreativiti masing-masing.
Seol-a yang sibuk melayan pelanggan dengan ramah tidak sedar Inara mendekati gerainya. Perlahan-lahan Inara mengejutkan Seol-a dari belakang.
"Seol-a!"
"Aargh! Inara! Terkejut aku!" Marah Seol-a mencucuk perut Inara kerana mengacaunya kerja.
Inara tergelak besar melihat Seol-a. Sudahlah pelanggan ramai, dia buat hal pula. Lantas dia membantu Seol-a melayan pelanggan.
"Aku suka lagu kau tadi! So sweet!" Puji Seol-a sambil memasukkan tteokboki di dalam plastik sebelum diserahkan kepada pelajar yang membeli.
"Ish kau ni, mesti orang ingat aku couple dengan Danial" adu Inara risau. Dia pun tidak dapat menolak pertolongan Danial sebentar tadi, namun pasti berita mereka berdua tular di antara pelajar. Pasti Fattah juga mengetahui gosip itu!
"Ala biarlah, kau pun match dengan dia. Aku suka kau dengan dia" puji Seol-a sambil menerima bayaran dari pelanggan. Dia mengucapkan terima kasih.
Inara tidak menjawab. Dia menyerahkan plastik kimchi kepada Candy.
"Inara, kau memang couple dengan Danial ke? Danial dahlah anak Dato" soal Candy mahu tahu. Dia ada dengar desas-desus Inara bercinta dengan Danial. Selama dia belajar disini, tidak pernah dilihatnya Danial bersama mana-mana perempuan.
"Hahaha menyibuklah Candy ni" jawab Inara tidak tahu harus bereaksi bagaimana.
"Okaylah Seol-a, aku pergi padang dulu nak tengok match diorang. Bye" Inara meminta diri apabila rakan Seol-a sudah kembali membantu. Seol-a mengangguk tersenyum. Inara berjalan ke arah padang dengan kamera. Dia sudah bersedia untuk merakam gambar-gambar perlawanan ragbi.
Kedengaran sorakan-sorakan siswa menyokong fakulti masing-masing. Perlawanan antara fakulti sains dengan fakulti perniagaan akan bermula tidak lama lagi. Inara mendekati pasukan Danial.
"Dah ready dah?" Soal Inara memandang Danial sudah siap mengenakan jersey. Saat dia terpandang nama jersey dipakai Danial, matanya terbuntang.
"Danara? Apa bende siak" komen Inara. Jangan cakap gabungan nama mereka pulak. Mahu muntah dia dengar.
"Danial and Inara!" Jawab Danial selamba. Ah sudah dia dapat melihat wajah muak Inara. Rasa mahu tergelak besar dia. Aduhai.
"Kau jangan merepek lah Danial, kau memang kan" marah Inara geram. Namun ia tidak memberi kesan kepada Danial. Danial tersenyum sinis. Hebat sungguh Danial berpura-pura.
"Jom sayang, ambil gambar team I sebelum kami menang" sengaja Danial menguatkan suara agar kumpulan Fattah disebelah dengar. Inara mengetap bibir sambil tersenyum plastik. Dia mengangguk lalu menangkap gambar kumpulan Danial.
Kumpulan mereka bersorak semangat. Inara segera mendekati kumpulan Fattah. Kelihatan Fattah duduk di atas bangku bersendirian. Ragu-ragu Inara mahu menegur.
"Hai Fattah, goodluck. Saya sure awak mesti menang punya lah" Inara cuba memberi kata semangat untuk lelaki pujaannya itu. Nampak gelisah di wajah Fattah. Fattah mengangkat kepala memandangnya.
"Awak memang sukakan lelaki main ragbi ke, Inara?" Soal Fattah tiba-tiba. Inara pelik dengan soalan Fattah. Tanpa hujan ribut??
"Yes, sebab lelaki tu awaklah" jawab Inara jujur berani. Fattah memandangnya tidak percaya.
"Bukannya Danial?"
Inara semakin tidak faham dengan Fattah. Tiba-tiba bertanya pasal Danial. Belum sempat dia menyoal lebih, tiupan wisel kedengaran. Fattah berlalu ke tengah padang tanpa sepatah kata.
"Seriously?" Suara yang dia kenali tiba-tiba muncul di belakang. Inara menoleh memandang Haziq yang duduk di atas bangku sambil memandangnya.
"What?" Inara mengambil tempat sebelah Haziq. Dia sering menghubungi Haziq sahaja, risau diketahui Fattah bahawa dia selalu bertanyakan tentang hidup Fattah.
"Kau memang bercinta dengan Danial tu ke? Kau tak bagitahu pun kau dah moveon dari Fattah" ujar Haziq tidak percaya. Dia pernah mendengar khabar angin itu, namun dia tahu Inara memang sukakan Fattah sekian lama. Tidak mungkin semudah itu Inara berpatah hati.
Inara mengeluh mendengar soalan Haziq. Matanya menangkap aksi Fattah di tengah padang yang lincah.
"Aku masih sukakan Fattah la, tapi.."
"Kalau macam tu tak payah aku jadi orang tengah lagi" potong Haziq. Dia tidak mahu usahanya merapatkan Inara dengan Fattah sia-sia.
"Bukan, tapi... its just a fake relationship" jujur Inara. Dia percayakan Haziq. Haziq ternganga mendengar. Wajah Inara dipandang tidak percaya.
"Serius ah wei? Kau tahu tak Danial tu anak Dato Farid? Kau memang lah Inara" balas Haziq terkejut beruk. Hampir satu universiti tertipu dengan hubungan mereka.
"Jangan risau, Danial pun berlakon. Tapi kau jangan bagitahu Fattah, dia bukannya nak ambil tahu pasal aku pun" pesan Inara dengan sedikit sedih. Sedih apabila Fattah buat tidak endah dengan perasaannya. Mungkin salah dia terlalu berharap.
"Kali ni aku taknak masuk campur, pandai-pandai kau ngorat dia. Kau tahukan dia takkan layan mana-mana perempuan?" Soal Haziq buat kali keberapa topik yang sama. Inara mengangguk lemah.
Perbualan mereka terganggu apabila jeritan di tengah padang kedengaran. Inara terbangun melihat ramai orang berkumpul di tengah padang. Dia berlari mendekati mereka. Tiupan wisel kedengaran.
Erangan Danial kedengaran. Mata Inara terbuntang sebaik melihat Aiman memapah Danial untuk berdiri.
"Apa jadi ni? Aiman?!" Soal Inara panik melihat Danial mengerang kesakitan memegang tangan kanannya.
"Aku pun tak sure tapi tangan Danial terhentak kuat tadi, mungkin ada pergelutan" jelas Aiman yang menjadi salah seorang saksi. Dia menonton sejak tadi.
"Kita bawa dia ke bilik sakit" ujar Inara disetujui rakan-rakan kumpulan Danial. Mereka memapah Danial ke bilik sakit. Inara memandang Fattah yang berdiri tanpa membantu. Adakah Fattah turut terlibat? Tanpa banyak bunyi Inara meninggalkan padang mengikut Danial.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...