1

62 1 0
                                    

Sebuah kereta mewah terhenti di hadapan perkarangan blok pentadbiran. Pintu kereta dibuka lalu Fattah keluar. Dia mengeluarkan segala beg pakaian serta beg keperluan. Dia mengucapkan terima kasih kepada Pak Aji.

"Terima kasih, Pak Aji!"

"Kamu tu hati-hati Fattah, nanti hujung minggu Pak Aji ambik kamu" ujar pemandu yang mesra dipanggil Pak Aji. Dia sudah lama bekerja dengan kedua ibu bapa Fattah. Fattah tersenyum sebelum mengangguk.

Kereta dipandu Pak Aji mula menghilang. Fattah memandang sekeliling kampus yang dipenuhi pelajar-pelajar yang akan mendaftar hari ini. Universiti itu terkenal dengan status yang tinggi kerana menempatkan pelajar yang kaya dan pandai sahaja.

"Broo!" Satu suara menyapanya. Terasa bahunya dipeluk seseorang. Dia menoleh ke arah Haziq yang tersengih seperti kerang busuk.

"Everyone's dream university, bangga tak? Kita dapat masuk sama" soal Haziq masih tidak lekang dengan senyuman. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke meja pendaftaran. Ingin mengetahui kedudukan bilik masing-masing.

"Memang bangga, tapi macam jodoh pula kita dua eh, sekolah sejak kecil pun sama, sampai ke zaman belajar. Kau ni bayang aku ke?" Gurau Fattah selamba badak membuatkan Haziq mahu termuntah hijau.

"Tolong sikit, Nisa aku nak letak mana?" Ujar Haziq merujuk kekasih hatinya yang masih bersekolah di tingkatan lima. Umur mereka cuma beza setahun.

"Tu Nisa kau lah, ada aku kisah" balas Fattah usai mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang menjaga kaunter. Sudah diketahui mereka berdua ditempatkan di bilik yang sama. Masing-masing menarik beg pakaian.

"Kadang-kadang aku pelik, kita ni kuat sangat ke jodoh sampai bilik pun dapat sama, course pun sama" bebel Haziq tidak faham. Memang nasib dia lah, mungkin persahabatan yang kukuh sudah terjalin sejak kecil.

"Aku tahulah kita sekolah lelaki, janganlah kau nak jadi kunyit pulak" sakat Fattah selamba meninggalkan Haziq di belakang. Haziq menjerit namanya. Dasar kawan tak guna!

***

"Terima kasih bonda, orang sayang bonda!!" Inara berjejak kasih dihadapan tempat parkir sambil memeluk tubuh Bonda. Dilihatnya wajah Bonda sudah sedih menahan air mata. Dia turut sedih untuk berjauhan dari Bonda dan Izzat.

"Janganlah sedih Bonda, orang pun sedih tau!" Ujar Inara mencebik. Tangannya digenggam erat oleh Bonda.

"Inara belajar rajin-rajin tau, solat jangan tinggal. Pastikan kamu guna kesempatan ini sebaiknya, tak semua orang bertuah macam kamu Inara. Jangan buat yang bukan-bukan" pesan Bonda lembut menusuk jiwa. Inara mengangguk faham.

"Baik Bonda, Bonda doakan Inara ya. Insyaallah orang akan belajar sungguh-sungguh untuk bantu keluarga kita, lain kali tak payah kita pinjam kereta paksu lagi. Kan?" Inara memandang Izzat meminta jawapan. Izzat mengangguk. Dia menyorong beg pakaian milik kembarnya.

"Abang ambik kunci untuk adik ni, Bonda tunggu sekejap ye" ujar Izzat ke arah Bonda. Bonda mengangguk dengan hati yang berat. Sekali lagi dia memeluk erat anak daranya itu. Dia juga tidak mahu menghalang minat anaknya itu.

"Bonda selalu call orang ye, bye Bonda" Inara mengesat air mata yang sudah berlinangan. Dia mengikut langkah Izzat dengan hati yang berat. Dah ini pilihan dia.

Izzat mendekatinya sebaik mendapat kunci bilik. Dia berdiri dihadapan kembarnya itu.

"Ingat apa tujuan belajar dekat sini?" Soalnya.

"Belajar sungguh-sungguh untuk hidup kita bertiga!" Jawab Inara semangat.

"Dan kejar Fattah!" Sambungnya membuatkan Izzat mengetuk kepala Inara menggunakan kunci bilik. Sewel adiknya barangkali.

"Sakitlah!" Adu Inara sebal.

"Kau jangan main-main, aku taknak kau ada kes terlibat dengan mana-mana lelaki, faham? Setiap minggu aku datang, belajar elok-elok, jangan risaukan orang tua" pesan Izzat ikhlas sebagai abang. Dia mahu yang terbaik buat Inara. Dia percaya Inara dapat berjaya mengubah nasib kehidupan mereka bertiga suatu hari nanti.

"Okay boss! Aku akan buat yang terbaik, kau pun sama tau. Jangan usha awek! Aku nak kau jadi businessman berjaya" kata Inara lantas memeluk tubuh kembarnya itu. Dia memang suka bermanja dengan Izzat, Izzat sahaja tempatnya meluah.

Izzat tersenyum dengan sikap manja adiknya. Dia mengusap kepala Inara yang dibaluti tudung. Sungguh dia berharap Inara dapat mengharungi hari di universiti terkemuka ini.

***

Sebaik selesai mengemas katil dan menyusun pakaiannya di dalam almari, Inara terduduk lelah di birai katil. Dia memandang sekeliling ruang biliknya.

Setiap bilik dihuni oleh dua orang pelajar. Setiap pelajar disediakan katil, almari dan meja belajar. Setiap bilik juga disediakan pendingin hawa. Biasalah universiti nombor satu negara. Pasti semuanya lengkap. Dia tertanya-tanya siapakah bakal teman sebiliknya.

"Annyeong!!" Jeritan seseorang sebaik pintu terbuka mengejutkan Inara. Tak pandai ucap salam ke budak ni?

Seorang wanita berkulit putih dan rambutnya diikat satu. Matanya sedikit bundar dan tersenyum manis ke arahnya. Wajahnya tidak seperti pelajar tempatan.

"Hey! Are we a roommate?" Tanya gadis itu menolak beg pakaiannya sehingga ke katil. Dia melabuhkan punggung di atas katil dengan wajah gembira.

"Yes, are you a korean?" Soal Inara pelik dengan loghat gadis itu. Wajah seperti orang Korea. Gadis itu mengangguk tersenyum.

"Aku Seol-a, I was born in Korea. Tapi aku dah tinggal di Malaysia for ten years, jadi aku half Malaysian" terang Seol-a fasih bercakap Melayu. Inara pula tercengang.

"Wah, best nya! Aku Inara, jadi kau major mana?" Soal Inara teruja dengan Seol-a yang peramah.

"Aku business, kau?"

"Law"

Seol-a tersenyum. Dia sedia tahu hanya pelajar yang bijak sahaja layak belajar disini. Dia pasti Inara seorang yang baik, lega hatinya diterima dengan baik.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now