"Masa ni kau nak pancit!" Jerit Inara menyepak tayarnya yang sudah kempis. Dia pulang lambat hari ini kerana ada mesyuarat. Suasana perkarangan sekolah sudah sepi sejak sesi persekolahan tamat.
Dia membuka telefon bimbitnya untuk memohon pertolongan. Izzat tiada di Malaysia jadi dia mencari nama lain. Fattah. Dia ragu-ragu untuk menekan. Namun dia tiada pilihan.
Berkali-kali mencuba masih tiada jawapan. Inara berdecit geram. Baik buang ke laut je telefon tu.
"Ni yang aku tak suka bab kereta ni" bebel Inara sambil berfikir. Dia mahu menelefon teksi namun sukae untuk nendapatkan teksi pada waktu ini.
"Assalamualaikum , cikgu. Buat apa tercegat lagi? Tak balik ke?" Soal Syah yang kebetulan melimpasi kereta Inara. Dia tersenyum manis memandang guru pujaan hati murid-murid.
"Er.. waalaikumussalam cikgu. Tayar saya ada problem" kata Inara jujur. Dia berharap Syah dapat membantunya.
"Oh, tayar pancit rupanya. Nak saya hantarkan cikgu pulang?" Pelawa Syah bersungguh-sungguh. Dia tidak kisah tumpangkan gadis pujaannya itu.
"Tak payah, cikgu. Susah-susahkan je, saya nak minta tolong cikgu tukarkan tayar saya boleh?" Pinta Inara lembut. Kena ada taktik untuk minta tolong.
Syah kelihatan terdiam sebelum memandang sekeliling.
"Boleh ke cikgu?" Soal Inara lagi.
"Saya bukannya apa cikgu, saya tak reti nak tukar tayar ni. Takut kotor kan, comot pula muka saya yang kacak ni. Tapi takpe... saya boleh call mekanik untuk tukar. Sementara tu, saya hantarkan cikgu balik, boleh?" Tanya Syah memberi jalan penyelesaian. Inara terdiam berfikir. Aik kata lelaki sejati, takkan tak pandai tukar tayar.
"Jomlah cikgu, saya ikhlas nak bantu. Saya takkan apa-apakan cikgu lah, jangan risau kereta cikgu, saya akan pastikan tayar cikgu siap esok pagi" janji Syah dengan senyuman machonya. Akhirnya Inara bersetuju. Dia tiada pilihan lain lalu masuk ke dalam pacuan empat roda Syah.
***
"Dia nak kau balik?" Soal Haziq tidak percaya dengan cerita Fattah tentang Khalida. Mereka menghabiskan masa bercerita di dalam bilik memandangkan tiada pesakit.
"Seriouslah Khalida jadi macam tu? Apa bekas tunang dia dah buat dekat dia?" Soal Haziq mundar-mandir sambil berfikir. Khalida yang dikenalinya seorang yang lemah lembut.
"Kau ingat aku ada masa nak tipu kau? Aku takutlah Khalida tu buat pelik-pelik" luah Fattah dengan wajah runsing. Rambutnya juga berselerak.
"Aku dapat rasakan kehadiran Khalida boleh buatkan kau berperang dengan Inara" kata Haziq sekadar membuat tekaan. Dia tahu rumah tangga sahabatnya itu masih diusahakan.
Fattah bersetuju dengan Haziq. Dia juga dapat merasakan perkara yang sama.
"Itulah kau, suka bagi harapan dekat dia. Dia tunggu kau, tapi kau tak layan. Mana dia tak panas hati bila tengok kau kahwin dengan Inara? Kau sepatutnya friendzone Khalida dari dulu lagi" kata Haziq lalu duduk di atas kerusi. Fattah menjeling tajam.
"Betul apa cakap aku, kau bagi peluang dekat Khalida untuk berkawan dengan kau. Tapi dengan Inara kau buat tak tahu je" bebel Haziq lagi. Memang patut Inara belum dapat menerima Fattah. Dia pun makan hati apabila dilayan oleh pujaan hati sedemikian.
"Aku... aku masih tak pasti masa tu. Aku takut aku lukakan dia" jawab Fattah jujur. Haziq menggeleng. Ada saja alasan.
"Tapi kau memang lukakan dia kan?" Sindir Haziq. Akhirnya Fattah mengeluh. Dia setuju dengan pendapat Haziq.
"Baik kau buat sesuatu Fattah, sebelum dia makin hilang kepercayaan dekat kau. Kau kena ambil hati dia" arah Haziq memberi semangat. Dia harus menjadi pendorong buat kawannya yang tiada pengalaman dalam bercinta.
Fattah tidak menjawab. Dia mencari telefon bimbitnya di dalam poket namun tiada. Segala ceruk meja digeledahnya. Hampa tiada. Kemudian dia teringat telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta sejak pagi tadi. Lupa pula dia mahu ambil.
"Phone aku tertinggal, alamak" bebel Fattah sebelum berlalu ke kereta bagi mendapatkan telefon bimbitnya. Matanya terbuntang melihat panggilan dari Inara yang banyak. Segera dia menelefon kembali isterinya itu. Tidak dijawab.
Tanpa buang masa, dia lantas menghidupkan enjin kereta sebelum memecut ke rumah. Hatinya menjadi risau apabila panggilan telefon tidak dijawab. Fattah berdoa dalam hati.
***
Tangannya menolak pintu sebaik membuka kasut. Inara berjalan masuk sebelum terpandang Fattah yang duduk di sofa memandangnya tajam.
"Pergi mana balik lewat?" Soal Fattah dengan nada risau. Dia ingatkan Inara sudah tiba di rumah, rupanya tiada sesiapa.
"Awak balik dengan siapa?" Soal Fattah sambil berjalan ke arah tingkap. Mengintai kereta yang menghantar Inara tadi. Mana kereta Inara?
"Kereta saya rosak, cikgu Syah yang hantar saya balik" jawab Inara jujur. Dia bergerak ke tangga. Dia mahu berehat dan mandi. Namun Fattah menahan lengannya sepantas kilat.
"Cikgu Syah? Cikgu mana pulak ni? Kenapa awak tak balik sendiri?" Soal Fattah berbaur cemburu. Dia memandang Inara tidak puas hati. Sejak bila isterinya pandai keluar dengan lelaki lain? Adakah Inara curang?
Inara segera menepis tangan Fattah. Dia memandang Fattah.
"Tayar saya pancit, dia mengajar satu sekolah dengan saya. Dia offer nak hantar saya, takkan saya nak tolak" ujar Inara selamba. Sengaja mahu menyakitkan hati Fattah. Fattah dengan Khalida boleh pulak.
Fattah terpempam mendengar jawapan Inara. Inara benar-benar menguji kesabarannya.
"Takkan awak nak saya ajar macam mana nak tolak pelawaan dia? Tayar pancit tak semestinya awak kena balik dengan dia!" Suara Fattah sedikit tinggi. Dia menahan marah di dada.
"Lah, saya dah call awak banyak kali. Tak pulak awak nak angkat call saya, suami ke biarkan isteri dia dalam kesusahan sendiri?" Perli Inara berani sambil berbalas pandangan dengan Fattah. Dada Fattah sudah berkocak menahan amarah.
"Phone saya tertinggal dalam kereta, tapi tu tak bermakna awak tak boleh ambil teksi kan?" Soal Fattah lagi tidak puas hati. Geram apabila isterinya seakan mencabar kesabarannya.
"Dahlah Fattah, awak tak faham saya. Saya penat" ujar Inara mengalah. Dia mahu solat.
"I'm not done talking to you Inara!" Keras suara Fattah membuatkan Inara bercekak pinggang memandangnya.
"Apa yang awak kisah kalau saya keluar dengan cikgu Syah? Awak boleh pula melayan Khalida?" Tempelak Inara berani dengan wajah tegang.
"Sejak bila saya melayan Khalida? Saya tak pernah layan mana-mana perempuan pun" kata Fattah menjelaskan kebenaran. Adakah Inara tahu Khalida bertemu dengannya siang tadi?
"Tak payah nak cover lah Fattah, saya nampak dia hantar text dekat awak" balas Inara lalu berlari naik ke bilik. Sakit hatinya apabila ditipu Fattah. Dia pasti Fattah masih menyimpan hati terhadap Khalida.
"Inara! Saya tak habis cakap lagi!" Laung Fattah dibalas dengan bunyi kasar pintu bilik. Dia terduduk di tepi tangga dengan hati sebal.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...