Hari-hari yang dilalui Fattah terasa hampa apabila Inara tidak mahu bercakap dengannya. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. Dia benar-benar buntu untuk memujuk hati isterinya itu.
Seperti biasa Fattah akan bersiap ke klinik. Dipandangnya Inara yang sudah bersiap dan mahu beredar. Dia sudah tidak betah menahan diri dari bercakap dengan isterinya itu.
"Inara" panggil Fattah. Langkah Inara terbantut. Dia memandang suaminya tanpa berkata apa-apa.
"Happy birthday" ucap Fattah mendekati Inara. Dia tersenyum sambil menyerahkan kotak hadiah yang berbalut kemas.
"Macam... mana awak tahu?" Soal Inara hairan. Dia sedikit terharu apabila Fattah menyedari tarikh hari jadinya. Dia sendiri hampir lupa perkara itu.
"Saya cuba nak kenal isteri saya, berjaya tak?" Gurau Fattah tersengih. Dia harap pemberiannya dapat membuka hati Inara perlahan-lahan.
Inara menahan senyuman dan menerima kotak itu. Entah apa didalamnya.
"Happy birthday Inara, semoga dipanjangkan umur dan bahagia dengan saya. Saya tetap doakan awak dapat terima saya" kata Fattah sambil membetulkan tali lehernya. Inara tersentak. Tidak sangka Fattah begitu serius untuk mendapatkan kemaafannya. Dalam diam Inara berasa bersalah.
Fattah menunggu jawapan Inara dengan sabar.
"Thanks, susah-susah je" balas Inara pendek. Dia tidak mahu melayan perasaan bahagia. Nanti dia tersakiti.
Fattah hanya membalas dengan senyuman. Kata-kata terima kasih dari mulut Inara pun sudah cukup.
"Saya pergi dulu" ujar Inara teragak-agak. Fattah hanya mengangguk sambil tidak lepas memandangnya.
"Hati-hati tau" pesan Fattah sehingga kelibat isterinya menghilang. Dja tersenyum lebar apabila Inara tidak menolak pemberiannya. Dia berharap ada sinar harapan untuk membaiki hubungan mereka.
***
Sejak tadi matanya mencari kelibat gerangan yang ingin ditemuinya. Sudah setengah jam menunggu kedatangan golongan ternama itu. Dia duduk bersandar sambil menghabiskan minuman.
Jam di pergelangan tangan dikerling lagi sekali. Ni yang dia suka apabila berjanji dengan VIP. Pasti janji Melayu punya.
Tiba-tiba telefonnya berdeting menandakan mesej masuk. Segera dibacanya pesanan dari setiausaha kliennya.
"Pulak cancel last minute, kalau tak dah lama aku balik tau tak? Lebih baik aku buat surprise untuk bini aku" bebel Fattah lantas mencapai kunci kereta untuk beredar. Namun kedatangan Khalida membuatkan dia termati langkah.
"Hai Fattah, boleh kita cakap sikit?" Soal Khalida dengan senyuman. Selamba dia mengambil tempat bertentangan dengan Fattah.
"Awak nak cakap apa Khalida? Jangan buang masa saya" ujar Fattah tiada kuasa mahu melayan. Akhirnya dia duduk kembali. Dipandangnya Khalida yang tersengih-sengih.
"Janganlah balik dulu, macamlah ada bini" kata Khalida selamba.
"Oops, saya lupa awak dah kahwin" kata Khalida menutup mulut. Entah mengapa Fattah rasakan Khalida sudah berubah menjadi seorang yang menjengkelkan.
"Fattah, tengoklah saya. Awak tak rindukan saya ke?" Soal Khalida dengan nada manja. Fattah tetap melarikan pandangan.
"Saya nak kembali dengan awak, kita mula hubungan baru nak?" Soal Khalida seperti tidak sedar realiti. Dia masih mendesak Fattah.
"Kita tak pernah ada apa-apa Khalida, apa yang awak susah terima? Kenapa awak cari saya lagi? Dulu awak kata awak bahagia dengan tunang awak" perli Fattah pedas membuatkan Khalida terkedu. Terasa dengan sindiran itu.
Segera dia menarik tangan Fattah sebelum digenggam. Lantas Fattah menarik kembali tangannya. Dia tidak suka dipegang-pegang. Lagipun haram, dia hanya halal untuk Inara.
"Saya nak kahwin dengan awak, saya mengaku saya salah pilih. Awak je dapat bahagiakan saya Fattah" pujuk Khalida tidak berputus asa. Dia baru sedar bekas tunangnya tidak sempurna seperti Fattah. Bekas tunangnya kantoi bersama perempuan lain. Menyesal dia tinggalkan Fattah.
"Awak cakap apa ni? Dah, jangan kacau saya dengan isteri saya lagi. Saya tak pernah sukakan awak!" Fattah pantas beredar sebelum ada adegan yang tidak sepatutnya. Rimas dengan Khalida yang asyik merayap untuk memegangnya. Dah macam kutu pula.
Khalida memuncungkan bibir apabila beberapa pelanggan memerhati mereka. Merah padam wajahnya menahan malu ditinggalkan Fattah. Dia berjanji akan mendapatkan Fattah semula.
"Siap kau Fattah! Aku takkan biarkan kau dengan dia!"
***
Niat Inara untuk mengucapkan terima kasih buat Fattah terbantut sebaik dia melihat wajah masam suaminya itu. Pada mulanya dia mahu mengajak Fattah makan malam sekali memandangkan moodnya baik.
"Awak nak makan tak?"
Fattah memandang Inara yang baru masuk ke dalam kamar. Fattah baru sahaja menunaikan solat maghrib. Dia masih sebal dengan kehadiran Khalida. Dia dapat rasakan Khalida akan mencetuskan masalah dalam rumah tangganya kelak.
"Takpelah, saya masih kenyang" ujae Fattah tersenyum segaris bagi menjaga hati isterinya. Dia mencapai komputer riba sebelum berjalan naik ke bilik pejabat peribadinya. Setiap malam dia akan meluangkan masa disitu untuk menyiapkan laporan.
Inara hanya memerhati. Dia hairan dengan tingkahlaku Fattah. Seperti ada yang tidak kena. Dia pula geram dengan Fattah. Inara mendengus. Dia terpandang telefon Fattah yang berdeting di atas meja. Segera dia menilik dari skrin terpapar.
Hey Fattah, awak buat apa?
Inara menjegilkan mata membaca teks itu. Ikutkan hati mahu sahaja dilontarnya telefon itu ke dinding. Dia beristighfar.
Esok kita jumpa lagi nak?
Satu lagi teks baru masuk. Terbuntang mata Inara. Sekarang dia tahu sebab Fattah moody. Rupanya rindu kekasih hati ya. Ini buat dia menyampah.
"Kata tak suka, tapi jumpa jugak dengan dia. Dasar lelaki, sama je kau Fattah. Penipu!" Bebelnya dengan hati panas. Hilang kebaikan Fattah yang mengisi hatinya sebentar tadi. Dia kini berpijak di alam nyata.
Dia tergelak sinis mengenangkan kebodohan diri sendiri. Sampai bila-bila Fattah tidak akan membukakan hatinya buat Inara. Dia terlalu bodoh mengejar cinta itu. Cinta itu buta. Inara yang buta.
"Aku yang berangan kau akan berubah untuk aku, tapi aku salah rupanya" bisiknya dalam kekecewaan. Dia terduduk di birai katil sebelum mengesat air matanya yang mengalir perlahan.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...