Hari bertukar ke minggu. Tanpa disedari sudah sebulan perkahwinan mereka. Namun Inara masih ragu-ragu untuk menerima Fattah. Dia menganggap Fattah terpaksa berkahwin dengannya. Dia sedar tiada cinta Fattah untuknya.
Suatu petang, Inara sedang mengemas rumah itu memandangkan dia bosan. Fattah masih di klinik, dia saja mahu tahu apa yang terkandung di dalam rumah itu.
Dia sedia tahu rumah Fattah besar. Dia pun kagum melihat gahnya kediaman tiga tingkat ini. Kadang-kadang dia pelik bagaimana Fattah tinggal seorang diri untuk mengemas.
Inara tiba di tingkat tiga. Dia tahu tingkat ini terletaknya perpustakaan, gim dan pejabat peribadi Fattah. Sengaja dia mahu berjalan-jalan mencari benda berbaloi. Mana tahu Fattah sembunyikan sesuatu.
Dia masuk ke dalam perpustakaan, bau buku-buku yang tersusun kemas di rak memang menaikkan semangatnya untuk masuk. Dia seorang ulat buku sejak zaman sekolah. Teringat dahulu dia sering ke perpustakaan kerana mahu mengintai Fattah. Geli hati teringat kegedikannya. Dia tahu Fattah juga mempunyai hobi yang sama iaitu membaca.
"Eish, kenapa lah aku macam tu dulu" bebelnya sambil meneliti buku-buku yang ada. Kebanyakannya buku dunia penerbangan dan perubatan. Dia tidak minat, dia lebih suka dunia politik.
Inara membaringkan tubuhnya di atas sofa yang tersedia sambil memandang siling. Dia tersangatlah bosan sehingga tidak tahu mahu buat apa. Matanya tertancap pada gambar konvokesyen Fattah yang tergantung.
"Apasal aku gila bayang sangat dekat kau eh?" Soalnya sendiri. Tidak dinafikan, hatinya masih mencintai lelaki itu. Namun dia terlalu takut untuk merisikokan hatinya buat Fattah lagi. Dia sudah serik.
"Cubalah kau terima aku dulu, mesti aku tak bencikan kau kan" ujar Inara lagi. Kemudian dia teringat sesuatu. Khalida. Entah mengapa terlintas nama itu di fikirannya.
"Kau tolak aku dulu sebab Khalida, apa yang jadi sebenarnya" lantas Inara turun dari sofa dan mendekati almari kaca yang terletak di penjuru ruang. Dia dapat lihat kesemua barangan lama yang disusun di dalam kotak. Segera dikeluarkannya kotak berdebu itu.
Kebanyakannya majalah sekolah dijumpainya, tidak menarik. Fattah sekolah lelaki jadi tiada komunikasi antara perempuan. Namun cariannya terhenti sebaik terpandang satu gambar. Gambar Fattah bersebelahan Khalida sewaktu konvokesyen. Khalida tersenyum riang di sebelah Fattah. Fattah selamba dengan wajah bekunya.
Hatinya pedih melihat gambar itu. Jadi benar kata Fattah dahulu, Fattah memang sukakan Khalida. Buktinya, sehingga tamat pengajian mereka masih bersama.
"Sampai bila-bila dia takkan terima kau lah Inara" bisiknya sendiri dengan sakit. Dia menahan emosi atau air mata dari mengalir. Segera dikemasnya kotak itu, dia menyimpan gambar itu di dalam poket. Dia harus menerima kenyataan yang pahit ini.
Inara berjalan kembali ke sofa dengan hati yang pedih. Entah mengapa dia berasa kecewa mengenangkan gambar itu. Pasti Fattah menyimpan gambar itu untuk dijadikan memori. Memori yang tak ingin dilupakan mungkin.
Tanpa membuang masa, dia berbaring di atas sofa sambil membaca buku dunia penerbangan. Dia tiada pilihan lain, buku itu sahaja kelihatan menarik daripada buku ubat-ubatan. Dia membelek buku itu sehingga tertidur.
***
Lenanya terganggu apabila badannya disentuh seseorang. Dia dapat rasakan tangan memegang bahunya. Inara menggosok matanya.
"Inara, bangun. Awak tertidur ni" kata Fattah membangunkan isterinya itu. Dia yang baru sahaja tiba di rumah cemas mencari isterinya tiada di bilik. Segera dia menjenguk ke perpustakaan, rupa-rupanya Inara terlelap dengan buku penerbangan. Lahh.
Inara duduk tegak sambil memicit kepalanya. Dia tertidur selepas Asar sehingga Fattah pulang. Agaknya pukul berapa sekarang?
"Saya terlepas maghrib ke?" Soalnya memandang Fattah yang sudah membuka butang lengan baju. Tali leher dilonggarkan.
"Sekejap lagi maghrib, tak elok tidur senja macam ni. Bangun dulu mandi, lepastu kita solat sama-sama" ujar Fattah memandang wajah isterinya yang masih mamai. Inara kelihatan cantik selepas bangun tidur dengan rambutnya yang terurai. Dia harus menahan diri.
Inara tidak menjawab. Dia teringat gambar Fattah bersama Khalida yang ditemuinya tadi. Segera dia bangun dari sofa.
"Saya... saya mandi dulu" kata Inara lantas berjalan turun. Dia menyanggul rambutnya tinggi sebelum menghilang di kamar. Fattah hairan dengan gelagat isterinya itu. Dia mengemas buku yang dibaca oleh isterinya.
Mungkin Inara terlalu bosan sehingga membaca buku kegemarannya. Dalam diam dia tersenyum.
Sebaik sudah siap mandi dan menunaikan solat Maghrib, Fattah mendahului bacaan Yassin. Inara hanya mengikut tanpa bantahan. Dia mula kagum dengan bacaan Fattah yang lancar dan merdu. Boleh cair hatinya lama-lama begini.
Fattah mengaminkan bacaan doanya. Dia perasan Inara asyik memandangnya sejak tadi. Segera dia mendekatkan tangannya ke arah Inara. Inara memandang tidak faham.
"Salam" arahnya. Inara mencebik lalu menarik tangan Fattah sebelum dicium. Sepantas kilat Fattah mengambil kesempatan itu untuk mencium dahi isterinya. Mata Inara terjegil.
"Apasal awak cium saya?!" Marahnya mengesat bekas ciuman Fattah. Fattah tersengih bangga.
"Takkan saya nak cium perempuan lain kot, awak isteri saya. Sukahati lah saya nak buat apa" jawabnya melawan. Dia tahu Inara seorang yang keras kepala, dia juga harus keras.
Inara mencebik. Tidak dapat dilawan atau disangkal kata-kata Fattah. Asal tak cium Khalida je, bisik hatinya.
"Malam ni teman saya tengok movie nak?" Soal Fattah memujuk isterinya. Dia tidak akan berputus asa untuk mencairkan Inara.
"Taknaklah, awak tengoklah sendiri. Saya nak tidur" balas Inara malas. Sibuk nak tengok movie lah.
"Okay, kalau macam tu saya tengok awak je lah" balas Fattah dengan pandangan nakal. Dia tersenyum-senyum. Meremang Inara dibuatnya. Lantas dia berlari masuk ke dalam bilik air. Hatinya berkencang laju.
Fattah tertawa sendiri melihat reaksi Inara. Dia tahu isterinya malu dengan gurauannya. Aduhai Inara.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...