Malam itu Fattah terjaga dari tidurnya. Dia tidak dapat tidur nyenyak kerana Inara asyik meracau sejak tadi. Dia terbangun memandang Inara yang bercakap seorang diri.
"Awak okay tak Inara?" Soal Fattah lalu menekap tangannya ke dahi Inara. Panas. Dia pantas menolak selimut dan mencapai tuala basah untuk ditekap pada dahi.
Inara yang meracau kini sudah nyenyak tidur. Dia tidak sedar tangannya merayap pada leher Fattah.
"Fattah, awak jangan tinggalkan saya!" Kata Inara masih meracau. Fattah ditariknya dalam pelukan dengan mata tertutup. Fattah tersentak apabila Inara memeluknya erat seperti tidak mahu dilepaskan. Dia dapat menghidu wangian rambut Inara. Hatinya berdetak laju.
"Ye saya takkan tinggalkan awak" balas Fattah lalu meleraikan pelukan. Dia risau jika demam Inara melarat. Fattah melakukan apa yang patut bagi menurunkan suhu Inara. Semalaman dia menjaga isterinya itu yang sudah hampir kebah.
Azan subuh yang berkumandang membuatkan Inara terbangun apabila menyedari dirinya dipeluk seseorang. Lantas dia terduduk. Terbuntang matanya melihat posisi tidurnya yang rapat dengan Fattah. Fattah pula nyenyak tidur sambil memeluk Inara.
"Fattah! Kenapa awak peluk saya?! Bukannya saya dah letak bantal antara kita ke?!" Soal Inara cemas. Setiap malam dia akan membuat sempadan antara mereka. Adakah dia terlalu penat sehingga terlupa malam tadi?
Fattah memisatkan mata sambil memandang wajah cemas isterinya. Dia tergelak kecil.
"Fattah, jawablah! Kenapa baju saya lain? Awak buat apa dekat saya?!" Soal Inara lalu menarik tangan Fattah yang hendak berjalan ke bilik air. Fattah yang masih mamai gagal menyeimbangkan diri, dia terjatuh di atas Inara. Inara terkejut melihat Fattah yang betul-betul memandangnya tepat ke mata dengan posisi agak menggerunkan.
"Arghhhh!" Jerit Inara lalu menolak Fattah dengan kuat. Laju Inara masuk ke dalam tandas dan mengunci sekuat hati. Hatinya berdetak laju, dia mengerang kesakitan apabila pinggangnya masih berasa ngilu.
"Ha ha ha! Takut ke tu?" Kedengaran Fattah menyakatnya dari belakang pintu. Inara mencebik.
"Awak memang tak malu, mesti awak buat bukan-bukan dekat saya kan?!" Tuduh Inara geram. Dia hairan kerana baju tidurnya elok terpasang pada badan. Walhal dia baring pakai baju lain semalam.
"Cik Inara, semalam awak demam meracau. Jadi saya baik hati tukar baju awak yang lebih baik pengudaraan supaya demam awak kebah, awak ingat saya nak ambil kesempatan ke?" Jelas Fattah disebalik pintu dengan geram. Ingat dia suka paksa-paksa tanpa rela ke?
Inara terdiam. Dia termalu sendiri, memang dia rasa kurang sihat semalam. Tak sangka pula melarat, rajin pula suaminya menjaganya. Dia berasa sedikit terharu namun segera tersedar.
"Ha yang tadi peluk-peluk tu kenapa?! Kenapa tidur rapat-rapat?" Soal Inara tidak puas hati.
"Awak tak ingat ke semalam Inara? Awak yang meracau nak peluk saya, nak pegang six pack saya pulak tu" balas Fattah membuatkan Inara ternganga. Inara pantas membuka pintu untuk mencari kebenaran di sebalik wajah Fattah. Fattah tersenyum menampakkan giginya.
"Nasib baik awak tak minta bukan-bukan tau!" Kata Fattah lagi. Inara termalu sendiri. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memang sering meracau dalam tidur, tapi agak memalukan kerana minta yang bukan-bukan dengan Fattah. Mana dia nak letak muka lepas ni?!
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...