Waktu berjalan dengan cepat, kuliah berjalan seperti biasa. Minggu ini, Inara terlalu sibuk menyiapkan projek pembentangan yang diberikan oleh Prof. William, otaknya agak bercelaru kerana perlu berjaga lewat malam untuk menyiapkan kerja-kerjanya.
Seperti biasa, dia duduk di meja belajar menyiapkan tugasnya. Matanya sudah memerah kerana tidak cukup tidur. Segala benda yang ditaip dalam komputer riba sudah siap sepenuhnya. Dia menggeliat senang hati, crakk! Berbunyi tulang belakangnya.
Kopi yang sudah sejuk itu disisip sehingga habis. Nampaknya beginilah kehidupan sebagai pelajar. Dia harus bekerja keras untuk meraih keputusan cemerlang agar biasiswanya tidak ditarik. Dia sudah berjanji dengan Bonda dan Izzat. Dia teringat tentang kembarnya itu. Tiba-tiba notifikasi telefonnya berbunyi. Dari Izzat.
"Alamak, dia ni nak datang tak bagitahu aku" Inara terkejut membaca pesanan kembarnya yang sudah tiba di pagar. Malam-malam tidak boleh masuk, cukup di pagar utama. Terpaksa dia berjalan kaki. Tudung sarung segera dicapai.
"Inara, kau nak pergi mana?" Seol-a yang sudah bersiap mahu tidur hairan melihat Inara mencapai jaket dan tudung sarung. Disampukkan rakannya itu?
"Mahu jumpa family kejap, aku pergi tak lama. Kau tidurlah dulu" balas Inara sebelum menghilang di sebalik pintu. Seol-a tidak banyak bunyi lalu merebahkan badan di atas katil.
Langkah Inara semakin laju sebaik mendekati pondok pengawal. Dia dapat lihat kereta Proton Saga milik paksu. Pasti Izzat memandu kereta itu. Bibirnya tersenyum lebar.
"Izzat!" Inara menjerit gembira apabila melihat Izzat berdiri bersebelahan kereta. Pengawal yang berjaga hairan melihat Inara memeluk Izzat.
"Haa apa ini peluk? Mahu saya lapor kah?" Ugut pengawal itu menyuluh ke arah mereka berdua.
"Apa pakcik ni, ni kembar saya lah. Cuba tengok, muka banyak sama kan" Inara menarik wajah Izzat. Pengawal itu mengangguk lalu memohon maaf.
"Izzat! Asal kau datang malam-malam macam ni? Bonda mana" soal Inara masih teruja.
"Aku pergi sorang, nak jumpa member. Bonda dekat rumah, kau kan tak balik minggu ni" kata Izzat berpeluk tubuh memandang kembarnya.
"Haah, banyak assignments la, kau pulak macam mana?" Inara mahu tahu perkembangan Izzat. Sungguh dia rindu mahu bergaduh.
"Okay, penat sikit"
Inara mengangguk faham. Izzat menghulurkan beg kertas yang berisi bekalan yang disiapkan oleh Bonda sebelum dia bertolak.
"Bonda bagi, dia takut kau kurus. Kongsilah dengan roommate kau" ujar Izzat. Inara mengangguk tersenyum.
"Ini yang aku sayang kau ni, kembar!" Inara memeluk badan Izzat. Rindu sungguh dengan masakan Bonda. Mereka berbual ringkas sebelum Inara kembali ke bilik. Dia berharap dapat menghabiskan masa berborak dengan Izzat namun dia perlu kembali ke bilik.
Lambaian diberi. Kereta dipandu Izzat menghilang. Inara memeluk beg kertas berisi makanan dan berjalan menuju ke blok kediaman.
"Oo, jumpa boyfriend eh, aku lapor dekat prof" ugut satu suara. Mata Inara terbuntang melihat Danial bersandar pada tiang. Sudah lama ka lelaki ini mengintai?
"Kau sibuk apahal? Ada aku kacau hidup kau?" Balas Inara sebal.
"Biar biasiswa kau kena tarik sebab kena tangkap dengan lelaki, nak?" Danial masih mahu mengugut Inara. Inara mendengus kasar. Dia berpeluk tubuh memandang Danial yang tersenyum jahat.
"Dia kembar aku lah! Apa masalah kau?" Marah Inara sudah muak dengan Danial. Tidak dapat biarkan dia tenang ke?
Danial terdiam. Dia meneguk air liur, salah membuat tuduhan rupanya. Dia termalu seketika. Inara menjeling tidak puas hati.
"Aku nak balik! Jangan kacau aku" jerit Inara lalu berlari meninggalkan Danial bersendirian. Danial berdecit geram.
***
Bibirnya tersenyum sambil membalas pesanan dengan Nisa. Haziq melayan perasaan sehingga tidak melayan perbualan Fattah di sebelah.
"Aku tahu lah kau dilamun cinta, cuba jawab soalan aku" ujar Fattah geram. Inilah tabiat orang bercinta. Haziq tersengih malu. Dia menutup telefon bimbitnya. Mereka berjalan beriringan ke dewan perperiksaan. Sebentar lagi mereka akan menduduki peperiksaan semester. Segala info sudah tersedia di dalam kepala.
"Kau tanya apa tadi?" Soal Haziq. Fattah menarik nafas.
"Assignments yang kita hantar minggu lepas tu, Prof Raudah dah approve kan?"
Soalan Fattah dibalas anggukan oleh Haziq. Dia memegang bahu rakannya itu.
"Prof Raudah suka assignments kau, chill lah. You always did great in your tasks" kata Haziq mahu menenangkan Fattah. Dia tahu Fattah risau jika kerja mereka tidak bagus dan kurang markah.
Fattah mendengar lalu tersenyum lega. Dia berharap segala penat lelahnya terbalas suatu hari nanti.
"Hai!" Langkah mereka terhenti sebaik Inara datang menegur. Wajahnya manis seperti selalu, sinar matanya juga ceria.
"Inara, hai" balas Haziq tersenyum. Fattah disebelah hanya memasang telinga.
"Dah ready for exam? Ala you guys confirm full mark punya, don't worry Fattah" ucap Inara memberi semangat kepada lelaki pujaan hati. Dia pasti Fattah dapat membuat yang terbaik.
"Thanks" ucap Fattah sebaris. Inara menghulur coklat ke arahnya. Dia memandang tidak faham.
"Dark chocolate is good for memories, hilangkan nervous" balas Inara masih tersenyum. Dia pernah membaca tentang fakta itu.
Haziq berdehem. Sengaja memecah perbualan mereka berdua. Dia dapat melihat wajah teruja Inara berbual dengan Fattah. Memang suka benar Inara dengan rakannya itu.
"Okay, saya pergi dulu. Goodluck Ziq, Fattah! Bye!" Inara segera berlalu apabila merasakan wajahnya berbahang. Ish apa comel sangat Fattah hari ini.
Fattah perasan renungan Haziq disebelah. Haziq tersenyum senget.
"Apa?"
"Uuu, dapat coklat ya. Go Fattah!" Usik Haziq sengaja. Fattah mencebik lalu berjalan masuk ke dalam dewan. Sempat dia menyimpan coklat pemberian Inara di dalam beg.
YOU ARE READING
Peluang Terakhir
RomanceBukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan se...