67

50 0 0
                                    

Dua hari selepas itu demam Fattah sudah kebah. Dia kembali ke klinik dan bertugas seperti biasa. Namun tengahari itu dia terpaksa pulang awal memandangkan kedua ibu bapanya mahu makan tengahari bersama. Dengarnya, kedua orang tuanya mahu bercuti di Paris.

"Assalamualaikum" laung Fattah membuka kasut di pintu. Dilihatnya tiada sesiapa di ruang tamu. Mungkin Inara sibuk memasak di dapur. Dia berjalan ke dapur. Benar telahaannya, Inara masih sibuk menyiapkan Asam Laksa.

"Amboi, tak dengar ya saya masuk" kata Fattah berbisik di tepi telinga Inara. Inara yang kebetulan sedang mencedok kuah Laksa, terkejut lalu jatuh senduk di tangannya mengenai tangan Fattah.

"Ya allah, awak! Tengok apa jadi" marah Inara lalu membelek tangan Fattah. Fattah masih tersengih walhal tangannya sudah melecur. Tapi tidak terlalu teruk.

"Hehehe, saya nak surprise kan awak je" ujar Fattah. Inara mengeluh.

"Saya dah kata kan saya penggeli, sekarang ni kan dah melecur tangan awak. Bak sini saya buat" kata Inara masih membebel sambil membasuh tangan Fattah di singki. Fattah hanya membiarkan isterinya sambil menatap wajah yang risau itu. Aik bahagia pula hati ini.

Usai menyapu ubat pada tangan, Inara kembali menyiapkan Laksa yang sudah hampir siap sepenuhnya. Mertuanya akan datang dalam masa setengah jam lagi.

"Mesti awak sayangkan saya kan, sanggup buat Laksa untuk saya" kata Fattah yang sejak tadi bersandar pada dinding. Inara pasang muka geli.

"Untuk mama dengan papa okay. Dah, awak pergi lah tukar baju solat dulu. Asyik tersengih-sengih" kata Inara geram. Dia membawa jag minuman ke meja makan. Fattah membuntuti langkahnya. Dia bercekak pinggang memandang Fattah yang masih berdegil.

"Boleh, tapi saya nak upah dulu" ujar Fattah nakal. Dia menayang wajah tidak tahu malu. Inara memandang geli. Mulalah menggatal. Dia mendapat idea nakal. Inara tersenyum lalu merangkul leher Fattah. Fattah agak kaget namun dia mengawal wajahnya.

"Jangan nak gatal, doktor Fattah" balas Inara lalu memicit hidung Fattah. Dia menolak lembut badan Fattah agar menjauhinya.

"Paksu!" Jeritan Hakim dari tangga membuatkannya terkejut. Dia memandang Inara meminta penjelasan. Buat apa Hakim dirumahnya??

"Hakim, Paksu tak tahu pun Hakim ada kat atas?" Soal Fattah menggosok kepala anak saudaranya. Janganlah Hakim menonton adegan tadi. Buat malu dia sahaja.

"Kak Hana hantar tadi sebab dia ada urusan. Jadi saya setuju je lah" kata Inara selamba. Baru Fattah rasakan.

Fattah tidak menjawab sebaiknya mengetap bibir. Nampaknya tipis harapan mahu bermesra dengan Inara jika anak saudaranya di rumah itu. Lantas dia mengeluh kecewa sebelum naik ke bilik untuk solat Zohor.

"Kenapa dengan paksu tu, maksu?" Tanya Hakim menghampiri Inara. Inara mengangkat bahu.

"Biarlah dia Hakim, Hakim nak makan tak? Maksu sediakan" ujar Inara teruja memandang Hakim. Laju Hakim mengangguk.

"Hakim nak cupcake! Cupcake yang maksu jual dekat kafe tu" ujar Hakim teruja. Inara mengangguk setuju lalu membawa Hakim ke dapur.

***

Suasana meja makan itu sunyi. Hanya kedengaran dentingan sudu dan garfu menguasai ruang itu. Mama dan Papa kelihatan enak menikmati masakan Inara. Hakim pula suka menikmati kek cawan buatan Inara.

"Sedapnya... pandai Inara buat Laksa" puji papa selepas melicinkan Laksa di dalam mangkuk. Memang menyelerakan. Inara tersenyum segaris. Fattah disebelah masih menjamu selera.

"Biasa je papa, Fattah yang suka Laksa ni. Tu yang Inara belajar masak Laksa" jawab Inara jujur mendapat sorakan ibu mertuanya.

"Amboi, kalau untuk Fattah semua laju. Untunglah Fattah ada isteri macam ni" puji mama dengan senyuman. Inara termalu mendengar.

"Mama dengan papa ada ocassion apa pergi Paris?" Soal Fattah menyampuk mahu tahu. Sebelum ini dia kurang mendapat tahu perkembangan keluarganya di luar negara.

"Saja mahu honeymoon, lagipun Mama nak jumpa kawan Mama. Papa ikut je" jawab Papa mengerling isterinya. Dia sebagai suami hanya menemani dan memenuhi kehendak isterinya itu. Mama menarik muncung.

"Papa pun sama lah, jangan cakap saya je" Mama mula bela diri. Terhibur Inara dan Fattah dengan gelagat mereka.

"Ha yang sepatutnya honeymoon diorang, bukan kita. Kita ni dah tua" ujar Papa menggeleng kepala. Nak buat macam mana, isterinya sukakan melancong.

"Fattah dengan Inara bila nak honeymoon, Fattah asyik sibuk dengan kerja. Bawalah sekali-sekala Inara melancong, kesian dia" kata Mama memandang kasihan menantunya yang suka mendiamkan diri itu.

Fattah tersenyum pahit mendengar. Dua tiga hari lagi Inara akan meninggalkannya, selamanya. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya.

"Bukan macam tu, ma, pa. Inara memang suka duduk rumah. Fattah pun kena handle klinik dia" jawab Inara membela suaminya. Walhal ada sebab lain, mereka tidak akan bersama lagi. Berat hati mahu beritahu mentuanya. Biarlah rahsia dahulu.

"Tapi melancong lah, Inara. Tak rugi kamu melancong tempat baru" jawab Mama lagi. Inara mengangguk tersenyum.

"Insyaallah ma"

"Hmmm, Fareez tak balik lagi ke?" Tanya Fattah menukar topik. Risau rahsia mereka terbongkar.

"Papa rasa dia masih dekat Melbourne, Hana pula terpaksa handle company. Kesian Hakim kan" ujar Papa memandang Hakim yang sejak tadi mendengar. Hakim tersenyum manis.

"Hakim dah biasa, tapi lagi best kalau ada kawan" balas Hakim membuatkan senyuman Mama melebar. Dia memandang menantunya.

"Kita tunggu Maksu bagi baby, nanti Hakim main dengan dia tau" ujar Mama membuatkan mata Inara terbuntang. Dia mengawal ekspresi wajahnya agar tersenyum manis. Fattah perasan reaksi isterinya, dalam diam dia mengeluh.



Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now