65

52 0 0
                                    

"Sedapnya awak masak!" Puji Fattah selepas menghabiskan nasi goreng buatan Inara. Tersandar dia di meja makan.

"Awak belum kenal saya ni masterchef!" Balas Inara selamba. Dia mula mengumpul pinggan mereka untuk dicuci. Boleh pula Fattah sendawa. Pengotor betul.

"Agaknya apa lagi yang awak hebat?" Soal Fattah mahu tahu. Dia mahu mengenali isterinya itu. Dia tidak mahu sia-siakan masa ini. Inara pun kelihatan tidak kisah dengan sikapnya mengada-ngada.

"Saya hanya manusia biasa, saya hebat dalam menunggu cinta yang tidak pasti" perli Inara dari dapur. Dia mendengar langkah Fattah menuju ke dapur.

"Amboi, perli saya ke, sayang?" Bisik Fattah di tepi telinga Inara. Inara berasa geli lalu menjauhkan diri dari Fattah. Dia memang sensitif dengan sentuhan fizikal ni.

"Saya tak suka la pegang-pegang. Saya geli!" Kata Inara bersiap sedia jika Fattah bertindak mendekatinya lagi. Fattah tersenyum nakal.

"Oo geli, saya tak kisah juga" laju Fattah memerangkap Inara di dinding. Dia tersenyum sinis memandang isterinya yang buntu mahu mengelak. Inara berdecit geram.

"Fattah! Tepi lah, saya takda masa nak layan awak" kata Inara geram. Nanti terjadi kekerasan, lain pula jadi.

"Not today, Inara" bisik Fattah disebelah telinga Inara. Bulu roma Inara meremang. Fattah ni memang gatal kan.

"Awak tanya saya kan apa yang saya hebat?" Soal Inara tiba-tiba mendapat idea. Dia mengawal ekspresi wajahnya agar kelihatan yakin. Dia tersenyum manis ke arah Fattah.

"Apa dia?" Soal Fattah hairan dengan mood Inara berubah mendadak itu.

Inara tidak menjawab sebaliknya memeluk leher suaminya dengan pandangan menggoda. Dia mengenyitkan mata ke arah Fattah.

"Saya boleh goda awak" bisiknya lembut membuatkan Fattah berdebar. Dia dapat mencium wangian rambut Inara yang membuatkan jiwa lelakinya kacau. Inara memandang tepat anak matanya.

"Awak ingat awak je dapat kacau saya? Saya pun dapatlah!" Kata Inara lalu menolak Fattah yang masih leka itu. Fattah segera berdehem menghilang rasa malu. Wajahnya berona merah terkenang perbuatan Inara tadi.

"Okay! War has begin!" Balas Fattah berjalan keluar dari dapur. Boleh sesak nafasnya dengan godaan Inara. Itu baru sedikit. Inara tersenyum sinis mendengar. Ni Inara lah!

***

Malam itu, Inara turun ke bawah bagi mencari kelibat Fattah. Sejak tadi dia tidak nampak bayang suaminya itu. Perpustakaan dan pejabat peribadi Fattah juga sudah digeledah. Masih tiada bayang.

"Fattah?" Seru Inara di sekitar ruang tamu. Sunyi. Dia mengintai tingkap. Masih sunyi. Akhirnya dia berjalan ke kolam renang yang terletak di sebelah ruang tamu.

"Mana laki aku ni? Dah kena sorok hantu ke?" Soalnya hairan. Dia mencari-cari di kawasan kolam renang yang sunyi itu.

"Sayang!" Jerit Fattah tiba-tiba muncul dibelakang Inara. Inara terkejut lalu menolak Fattah agar menjauhinya. Namun Fattah tersilap langkah lalu tergelincir ke dalam kolam.

"Ya allah Fattah!" Jerit Inara cemas apabila suaminya itu sudah terkapai-kapai meminta pertolongan.

"Inara! Tolong saya!" Jerit Fattah tenggelam timbul. Inara tanpa berfikir panjang terus membuka selipar sebelum terjun ke dalam kolam. Dia mendapatkan Fattah yang sudah tidak cukup udara.

"Fattah, saya selamatkan awak" kata Inara panik lalu memaut badan suaminya itu. Dia memimpin Fattah dan dibaringkan di atas simen. Mata Fattah terpejam rapat membuatkan Inara risau.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now