50

62 0 0
                                    

Loceng berbunyi menandakan kelas pagi itu sudah bermula. Inara yang sedang menyemak buku pelajarnya, mengemas apa yang patut. Dia ada kelas pagi ini. Belum sempat dia menarik beg, ada suara memanggilnya.

"Cikgu Inara!" Panggil Puan Bedah, penolong kanan pentadbiran. Inara segera mendekati Puan Bedah yang tercegat di pintu bilik guru.

"Ada apa puan?" Soalnya hairan. Jarang penolong kanan datang ke bilik guru pagi-pagi begini.

"Macam ni, saya ada kursus pagi ni. Boleh tak cikgu guide cikgu PJ baru? Dia akan melapor hari ni" ujar Puan Bedah berharap guru wanita ini dapat membantunya.

"Insyaallah boleh, puan" balas Inara bersetuju. Dia tiada masalah membantu. Puan Bedah mengucapkan terima kasih sebelum pamit.

Inara kembali ke mejanya untuk mengambil beg tangan. Namun telinganya menangkap suara guru-guru perempuan yang bergosip.

"Ye cikgu Odah! Saya sendiri nampak cikgu baru tu, hensem! Badan pun on!" Puji seorang guru sambil berbual dengan rakannya yang lain.

"Nampaknya segaklah cikgu baru kita tu!" Puji guru yang digelar Cikgu Odah. Inara menggelengkan kepala lalu berjalan keluar dari bilik guru. Namun secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang.

"Maafkan saya, cikgu. Saya tak sengaja" ujar gerangan yang melanggarnya. Inara segera meminta maaf.

"Saya pun tak sengaja, encik" kata Inara memandang wajah itu. Wajah baru. Dia tidak pernah melihat lelaki itu.

"Takpe cikgu, saya yang salah" lebar senyuman lelaki itu memandang Inara. Terpukau dengan kemanisan guru ini.

"Boleh saya tahu dekat mana bilik pengetua?" Tanyanya sambil memandang sekeliling.

"Encik ni.... guru PJ baru ke?" Teka Inara mendapat anggukan. Dia tersenyum senang.

"Nama saya Syah, Cikgu Syah. Saya ditugaskan melapor pagi ni" kata Syah dengan senyuman yang mampu mencairkan para gadis namun bukan Inara. Inara hanya tersenyum segaris.

"Mari saya bawa cikgu ke bilik pengetua, saya diarahkan untuk bimbing cikgu" kata Inara mahu bergerak ke bilik pengetua namun ditahan Syah yang bertubuh kekar.

"Apa kata cikgu Inara bimbing saya ke syurga?" Amboi manis ayat Syah tidak dijawab Inara.

"Mari cikgu, saya ada kelas pagi ni" kata Inara selamba meninggalkan Syah. Tiada masa dia mahu melayan.

***

Inara memandang jam di pergelangan tangan. Sesi persekolahan sudah tamat. Dia membawa payung dan berjalan ke kawasan parkir. Namun langkahnya terbantut apabila melihat Hakim duduk bersendirian. Rindu pula dia dengan Hakim yang banyak mulut itu.

"Hai Hakim, tak balik lagi?" Soal Inara sengaja duduk bersebelahan. Selama ini dia menghindar dari Hakim, namun tiada gunanya. Dia sudah berkahwin dengan Fattah. Salahnya juga melibatkan anak kecil dalam masalahnya.

"Cikgu Inara! Hakim rindu cikgu!" Kata Hakim teruja dengan wajah gembira. Inara tersenyum.

"Cikgu pun rindu Hakim, cikgu sibuk sebelum ni" kata Inara dengan senyuman. Dia terpandang Fattah yang sudah tiba untuk menjemput Hakim.

"Paksu!" Jerit Hakim. Fattah menghampiri anak saudaranya lalu tersenyum kepada isterinya. Hakim belum mengetahui status mereka.

"Cikgu Inara pun ada? Ingatkan cikgu Inara taknak kawan dengan Hakim?" Sengaja Fattah menyoal dan mengerling ke arah Inara yang berdiri tercegat.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now