2

45 1 0
                                    

Minggu orientasi sudah bermula. Semua pelajar dikerah untuk menyertai program-program bagi membuka ruang untuk mengenali rakan-rakan baru serta mengetahui kedudukan bangunan-bangunan yang terdapat di dalam kampus.

Usai melabuhkan punggung, Fattah dan Haziq membaca doa sebelum menjamu selera. Suasana medan selera itu riuh dengan kehadiran pelajar-pelajar yang ingin mengisi perut. Lagi-lagi siswa yang selesai menyudahkan orientasi. Tidak ketinggalan juga para senior yang beratur membeli makanan.

"Wei, kau tahu tak Inara pun belajar sini. Aku ingatkan dia dekat Segamat, sebab haritu dia bagitahu aku dia belajar dekat-dekat je" Haziq memulakan perbualan memandangkan beberapa hari ini mereka terserempak dengan Inara. Namun Inara tidak menyapa, cuma tersenyum.

Dia memandang Fattah yang masih fokus mengisi perut.

"Oh ye ke?" Soalnya acuh tak acuh. Dia pun perasan kerana Inara sering menegurnya mesra.

"Ish kau ni, mesti dia belajar sini sebab kau pun dekat sini. Tapi, sekurang-kurangnya dia perempuan yang pandai. Sesuailah, kau pun pandai" balas Haziq cuba membuka hati sahabatnya itu. Apa punya sempurna lah Inara tu, Fattah masih tak pandang?

"Kau tahu kan aku ke sini bukan sebab semua tu, aku nak belajar. Nanti papa aku ingat aku nak menjoli pulak" jawab Fattah jujur sambil memandang sahabatnya. Dia memang tidak berminat untuk menyukai ataupun mencintai sesiapa pada masa ini. Perjalanannya masih jauh.

Haziq mendengus. Alasan yang sama. Sudah beberapa kali dia menerangkan perasaan Inara terhadap Fattah. Lagipula dia memang rapat dengan Inara memandangkan dia pengantara antara Inara dan Fattah.

Fattah terdiam. Dia menyisip straw minuman sambil matanya terpandang Inara yang sedang berbual dengan rakannya di singki. Ingatannya teringat kembali peristiwa tahun lepas.

"Congrats Fattah!" Ucapan satu suara membuatkan Fattah yang sedang berbual dengan rakanna terhenti. Dia mengarahkan rakannya untuk berlalu pergi.

Majlis kecemerlangan yang diadakan pada peringkat daerah itu gilang-gemilang bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang. Semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dijemput hadir termasuklah Inara. Dia tersenyum manis ke arah pujaan hati.

"Thanks Inara" balas Fattah membalas senyuman. Masing-masing terdiam menyebabkan suasana janggal seketika. Tiba-tiba suara Haziq kedengaran.

"Inara nak ambil gambar dengan kau, meh aku ambilkan" ujar Haziq ke arah Fattah. Inara tertunduk malu apabila Fattah berdiri rapat disebelahnya.

"Okay, 1, 2, 3, smile!" Haziq menekan punat kamera. Inara tersenyum ceria, Fattah tersenyum menampakkan matanya yang sepet.

"Okay kita orang gerak dulu, Inara. Bye!" Haziq meminta diri memandangkan majlis sudah berakhir. Inara mengangguk sambil tersengih gembira mengenangkan gambar yang sangat cantik dijadikan sebagai memori. Terasa mahu menangis melihat dia berpeluang menangkap gambar pada hari gemilang.

"Bye Fattah!" Kata Inara masih dengan mata bersinar ceria. Fattah menunduk kepala tersenyum sambil melambaikan tangan. Dia dan Haziq berlalu dari dewan.

Inara terasa mahu mengetuk kepala sendiri. Sungguh dia gembira pada saat ini.

PANG!

Lamunan Fattah terhenti apabila suatu bunyi berdesing kedengaran. Kelihatan pinggan yang dipegang salah seorang lelaki tinggi lampai terbalik di atas lantai. Seluruh medan selera memandang insiden itu.

"Aku suruh kau hantar pinggan makanan ni kan? Apa yang susah sangat kau ni?!" Tengking Danial, anak pemilik universiti ternama itu. Sesiapa tidak boleh mencari pasal dengannya, sekelip mata pelajar tersebut akan dibuang.

Inara memandang geram ke arah Danial. Danial ingat dia ni kuli ke? Dia mahu mara ke hadapan namun tangannya ditahan Seol-a.

"Jangan, nanti kau yang susah" ujar Seol-a berbisik. Semua mata sudah memandang mereka. Bila-bila masa mereka dapat dilapor ke arah pihak atasan.

"Asal kau diam? Tak faham bahasa?" Soal Danial sengaja memprovok. Dia perasan jelingan tajam Inara.

"Maaf ya Encik Danial, saya tahu bapa awak punya kolej ni, tapi tak bermaksud awak boleh layan orang macam sampah" balas Inara berani dengan kening terangkat. Ikutkan hati mahu sahaja dia menarik rambut Danial.

Semua pelajar terdiam mendengar. Masing-masing terkejut dengan sikap berani Inara melawan Danial.

"Kau memang nak..."

"Dahlah! Prof Zaidi dah on the way!" Sampuk Haziq berdiri. Kesemua mereka bersurai dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Danial memandang tajam ke arah Inara. Inara menjelirkan lidah apabila nasib menyebelahinya. Dia dan Seol-a berjalan melintasi meja Fattah dan Haziq.

"Memang berani mati awek kau, Fattah" sakat Haziq. Dia pula kecut perut melihat wajah tegang Danial sebentar tadi. Memang cari nahas si Inara ni.

"Awek kepala otak kau! Dah cepat, aku nak solat" Laju Fattah menghabiskan makanan. Dia pun agak terkejut dengan aksi Inara tadi, ada juga sisi berani gadis itu.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now