20

39 0 0
                                    

Selama satu jam perjalanan, Inara merasakan perutnya mencucuk pedih. Mungkin salahnya kerana lupa bersarapan akibat terlewat bangun. Ini semua salah Danial.

Sebaik bas berhenti, para siswa sudah teruja sebaik pemandangan laut sudah terpapar. Mereka semua sudah menjerit suka.

"Go kempen green day!" Jerit mereka sebelum berjalan turun. Haziq sibuk bagi memastikan semua siswa berkumpul mengikut rancangannya. Selepas ini mereka akan disambut oleh pegawai yang bertugas.

"Selamat tengahari semua" tegur Prof Razak yang sedia menanti semua siswa turun dari bas. Dia memandang kesemua siswa yang sudah berdiri dihadapannya.

"Memandangkan kamu semua dari fakulti berbeza, saya berharap kamu semua dapat bekerjasama dalam aktiviti yang akan diadakan sempena green day, sila beri kerjasama dengan fakulti sains untuk menjayakan program mereka" ucap prof Razak dengan senyuman menghiasi wajah berusianya.

"Memandangkan prof Razak dah explain, aku kenalkan Wafi yang merupakan pegawai yang bertugas hari ini. Jadi aku nak korang kerjasama, jangan merayau tanpa inform. Korang punya sesat, pandai-pandai balik KL sendiri" tegas pesanan diucap Haziq membuatkan mereka takut untuk membantah.

"Saya Wafi, jadi pertama sekali jangan berpecah. Memandangkan program korang dekat tempat awam, jaga tingkah laku ya demi nama baik kolej kamu semua" ujar Wafi yang kelihatan tegas memandang mereka dengan wajah bengis.

"Faham encik Wafi" sahut mereka. Mereka semua mengambil beg masing-masing sebelum diarahkan untuk menikmati makan tengahari.

Inara sibuk merakam dan menangkap gambar sesi taklimat yang baru dijalankan sebentar tadi namun perutnya yang pedih membuatkan dia berjalan di belakang sekali. Danial yang sejak tadi memerhatinya segera menegurnya.

"Kau okay tak Nara? Macam tak sihat aku tengok" dia mahu memapah Inara namun kelihatan tidak sopan memandangkan Inara bukan mahramnya.

Inara yang tersandar pada bas memandang Danial. Dilihatnya semua siswa sudab bergerak meninggalkan mereka.

"Aku rasa aku gastrik lah, tapi jangan risau. Aku okay" kata Inara tidak mahu Danial risau.

"Kenapa ni? Inara kau tak sihat ke?" Tegur Haziq kebetulan baru turun dari bas bagi memastikan tiada siswa tertinggal. Fattah turut menemaninya dan memandang Inara yang sedikit pucat.

"Nah, makan ni. Lain kali jangan lupa makan, bagitahu aku awal-awal. Aku boleh belikan makanan untuk kau, kau risaukan aku Nara" bebel Danial menghulur sandwic di dalam bekas. Terlupa kewujudan Haziq dan Fattah yang memandang mereka.

Inara tidak menjawab sebaliknya mengunyah sandwic Danial. Kesakitan perutnya mula beransur hilang. Danial menghulurnya pil gastrik.

"Air" Fattah menghulurkan air ke arah Inara. Danial hanya memandang apabila Inara menyambut huluran itu.

"Kalau kau tak okay, aku bagitahu prof Razak" ujar Haziq masih risau dengan Inara. Manatahu pengsan rakannya nanti.

"Aku dah okay sikit, lagipun kita nak pergi makan kan?" Kata Inara tersenyum kelat. Haziq mengangguk.

"Korang pergi jelah dulu, nanti prof Razak dengan Khalida cari pulak. Jangan risau, Danial ada" ujar Inara mahu Fattah beredar. Tidak selesa dia melihat kebisuan lelaki itu.

Akhirnya mereka berdua melangkah pergi meninggalkan bas. Fattah terasa berat hati namun egonya menghalang untuk mengambil berat tentang Inara.

Inara hanya memandang Danial di hadapannya. Mahu sahaja dia memarahi Danial kerana membuatkan hatinya porak peranda. Hampir sahaja tergugat tempat Fattah di hatinya.

"Aku boleh call driver aku kalau kau nak balik sekarang" pelawa Danial bersedia dengan telefon di tangan. Laju Inara menggeleng.

"Aku okay, thanks tau Danial" ucap Inara tidak sedar tersenyum. Danial turut tersenyum apabila melihat senyuman Inara.

***

U

sai makan tengahari, Haziq mengarahkan para siswa berkumpul di pesisiran pantai. Nasib mereka baik kerana cuaca tidak begitu panas dan sedikit mendung. Beberapa aktiviti akan dijalankan sebelum mereka bertolak pulang.

"Baik, aku dah discuss dengan Prof Razak, jadi aku akan setkan korang secara berpasangan. Kesemua aktiviti kita hari ini digerakkan dalam berpasangan, jadi jangan berpisah" pesan Haziq sambil meneliti kertas yang sudah dipenuhi dengan nama siswa.

Danial yang turut berbaris di belakang sekali hanya memasang telinga walhal matanya memerhati Inara yang fokus merakam segala aktiviti dan menangkap gambar. Hatinya risau jika Inara masih tidak sihat seperti tadi. Namun Inara kelihatan lebih bertenaga selepas makan tengahari sebentar tadi. Dia mengucapkan rasa syukur apabila Inara dapat mengutuknya seperti biasa.

"Danial?" Seru Haziq kali ketiga. Danial tersedar lalu memandang Haziq. Dilihatnya sudah setengah siswa beratur bersama pasangan masing-masing.

"Kau partner dengan aku, faham?" Tanya Haziq mendapat anggukan kecil dari Danial.

Inara sibuk menangkap gambar para siswa yang kelihatan fokus mendengar arahan. Dia cuba melakukan yang terbaik agar tiada satu pun rancangan aktiviti tertinggal.

"Inara kau partner dengan Fattah" arah Haziq membuatkan jantung Inara berdetak laju. Serentak mereka berdua memandang sesama sendiri. Lantas Inara mendekati Haziq dengan wajah tidak rela.

"Haziq, aku kan photographer jadi aku tak join korang punya aktiviti, tak payahlah. Aku tengok korang je eh" pujuk Inara berharap Haziq bersetuju. Bukan dia tidak mahu, cuma mengapa perlu berpasangan dengan Fattah?!

"Mana boleh Inara, nama kau dah ada sekali. Lagipun lagi senang kalau kau join kempen kiteorang, kau dapat express feels kau sebagai peserta dalam artikel tu nanti" cadang Haziq dengan selamba. Sengaja dia meletakkan Inara bersama Fattah. Fattah sejak tadi tidak berkata apa-apa.

Mahu tidak mahu terpaksa Inara menurut. Dia meneguk air liur kesat. Dipandangnya wajah Danial meminta pertolongan namun Danial menggeleng. Nampaknya dia harus berpasangan dengan Fattah. Pasti rancangan Haziq!

Dia berdiri di sebelah Fattah sambil berpeluk tubuh. Sengaja dia memalingkan wajah dari memandang Fattah. Kembali berdebar hatinya apabila berdiri berdekatan dengan Fattah. Fattah pula buat tidak tahu di sebelah.

Memandangkan semua siswa sudah lengkap bersama pasangan masing-masing, Haziq segera bersuara.

"Aktiviti pertama kita, setiap pasangan kena mengutip sampah-sampah disekitar pantai dengan bilangan yang banyak serta rakam video selama tiga puluh saat bagi promosikan Green Day kita hari ini" terang Haziq dengan jelas memandang wajah mereka satu persatu. Kebanyakan mereka mengangguk.

"Ingat, kita berkempen bukan buat Tiktok" pesan Prof Razak menyindir sekumpulan siswa perempuan yang asyik mahu merakam video Tiktok sejak tadi. Mereka tersipu-sipu malu apabila disindir begitu.

"Memandangkan kamu semua berkempen, kamu boleh libatkan orang awam. Tapi kalau mereka taknak, jangan nak paksa pulak. Tak pasal-pasal kena viral kamu nanti" sampuk Wafi dengan amaran. Dia tahu generasi muda sekarang sukakan populariti.

"Kamu ada satu jam untuk kutip sampah dan rekod video, pilih tempat yang korang nak. Tapi ingat jangan berpisah dari partner, faham?!" Agak lantang suara Haziq ketika itu.

"Faham!" Jawab mereka serentak. Maka bermulalah aktiviti pertama mereka. Inara menggaru kepala yang tidak gatal melihat kebisuan Fattah.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now