7

31 1 0
                                    

Kelompok pelajar yang mengerumuni papan tanda itu menghairankan Fattah yang tidak sengaja melimpasi koridor Medan Selera. Dia perlahan-lahan mendekati orang ramai.

Pengumuman aktiviti minggu Erat Siswa. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan termasuk pertandingan ragbi antara fakulti. Terdapat juga gerai-gerai siswa yang akan menjual pelbagai jenis makanan. Kelihatan mereka mulai teruja namun tidak bagi Fattah.

"Mari! Mari! Sesiapa nak join boleh hantar nama dekat saya ASAP!" Laung seorang senior berbadan gempal namun ramah. Mesra digelar Bob.

"Apa benda ramai-ramai ni" soal Inara kebetulan dari Medan Selera hairan melihat seperti rusuhan. Pulak dah.

"Inara, jom lah join. Ada perform nyanyi-nyanyi, kau join lah!" Tegur Bob menahan Inara. Inara hanya tersenyum segaris. Deheman seseorang di belakang mengejutkannya.

"Pandai ke Inara nak menyanyi bagai?" Perli Danial selamba. Inara menjegilkan mata ke arahnya.

"Jangan pandang sebelah mata lah!" Marahnya. Danial tersenyum sinis.

"So kau terima lah tawaran papa aku tu?" Soalan Danial membuatkan dia menjauhkan diri dari kelompok ramai. Risau didengari pelajar lain.

"Fine, aku terima. Lagi pun kita fake je pun, and aku buat sebab aku nak belajar free. So jangan nak lebih-lebih" setuju Inara serta amaran. Dia tidak mahu menyusahkan Bonda untuk membayar yuran pengajiannya.

"Bagus, kau pun dapat jeleskan lelaki pujaan kau tu. Kesian kau tak kena pandang, aku juga yang angkat kau jadi girlfriend aku" sindir Danial berbisa membuatkan Inara menjeling tajam. Tiada insurans sungguh mulut!

"Macam aku nak sangat" balasnya. Sekarang dia terpaksa berlakon mesra dengan Danial sehingga tamat tempoh pengajian. Lagipula Fattah pun tidak kisah dia bersama siapa. Tapi di hatinya cuma ada Fattah.

Danial tersenyum poyo sebelum berlalu pergi. Selesai rancangannya. Inara memandang Danial berlalu pergi. Entah apa motif Danial mahu membantunya pun tidak tahu.

"Hai Inara" sapa satu suara. Inara tersenyum lebar sebaik melihat Fattah menegurnya. Sekali dalam seumur hidup!

"Er Fattah, hi. Awak pun ada kat sini?" Soal Inara menggaru kepala tidak gatal. Malu berhadapan dengan si dia.

Fattah mengangguk. Dia hanya memerhati Inara berbual dengan Danial sejak tadi. Selepas Danial beredar, baru dia terniat mahu menegur. Selalunya Inara menegurnya, kali ini dia cuba menegur.

"Awak ada join apa-apa aktiviti ke? Bob dah ready tu nak bagi form" gurau Inara cuba membuatkan perbualan mereka tidak hambar. Okay jujurnya dia tidak pandai mengorat. Dia hanya hebat mengejar.

"Mungkin ragbi" balas Fattah pendek membuatkan Inara tersenyum. Fattah memang aktif dalam ragbi.

"Saya sokong awak! Kalau macam tu, saya nak join performance majlis tu, jangan risau, saya akan datang support awak" janji Inara teruja. Mungkin dia ada peluang untuk berkawan rapat dengan Fattah.

Fattah hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Saya pergi dulu" pamit Fattah. Inara melambai tangan ke arahnya. Dia berdecit gembira apabila Fattah mulai berminat berbual dengannya.

***

"Kau couple dengan Danial sekarang?!" Jeritan Seol-a membuatkan Inara lantas mencubit lengan rakannya itu. Seol-a mengadu kesakitan.

"Janganlah bising Seol-a, nanti orang dengar" katanya memandang sekeliling. Port melepak mereka di hadapan padang. Petang itu, mereka mengambil angin di tepi padang sambil memerhati pelajar-pelajar yang berminat untuk mendaftar mewakili fakulti masing-masing untuk perlawanan ragbi.

"Aku terkejut lah, bukannya kau benci dia ke" tanya Seol-a hairan bin pelik. Dia mengunyah kacang yang dibeli dari Medan Selera. Wajah Inara ditatap lagi.

"Memanglah, tapi ada benda jadi sampai terpaksa aku berlakon. Bukannya betul-betul pun, lagipula mana tahu Fattah jealous aku rapat dengan Danial" katanya sudah merancang sesuatu. Jika tiada cara lain, dia harus mengikut rentak Danial. Fattah terlalu sukar untuk dimenangi. Cukuplah dia mahu memporak-perandakan perasaan Fattah.

Seol-a mengangguk faham. Ada benar kata rakannya itu.

"Aku pun join perform tau, aku nak nyanyikan satu lagu untuk dia. Biar dia tahu aku sukakan dia" sambung Inara mula berangan. Dia takkan biarkan Fattah menolaknya sebarangan selagi dia belum mencuba.

"Wah! Terer you! Aku pun ada jual kimchi nanti, kau datang tau!" Sempat Seol-a mempromosi gerai yang bakal berlangsung pada hari pertama minggu Erat Siswa.

"Set!" Inara bertepuk tangan.

"Apa yang happy sangat ni" tegur Danial tiba-tiba muncul dari mana. Inara memasamkan muka. Mula dah.

"Boyfriend kau datang" senggol Seol-a menyakat. Inara menjelingnya.

Mata Inara memandang Danial yang siap mengenakan pakaian sukan. Siap dengan kasut sukan lagi.

"Kau nak pergi mana ni?" Tanya Inara tidak dapat membendung rasa hairan. Danial tersenyum bangga.

"Aku wakil fakulti perniagaan untuk ragbi, amacam? Biar kita tengok, aku atau bakal jodoh tak jadi kau tu yang hebat" kata Danial menunjuk ke arah Fattah yang berbual dengan rakannya di meja pendaftaran. Inara tercengang.

"Kau jangan nak mengarut lah, Danial" Inara mula berdiri bercekak pinggang.

"Aku serious, jom teman aku" Danial segera berjalan ke meja pendaftaran. Mahu tidak mahu, Inara terpaksa mengikut. Dia memberi isyarat kepada Seol-a. Seol-a mengangguk faham.

Sebaik tiba di meja pendaftaran, Danial disapa rakannya yang bertugas sebagai penjaga.

"Danial, kau buat apa kat sini? Tak tahu pulak kau berminat nak join ragbi tahun ni" sapa Aiman yang merupakan rakan sefakulti Danial. Beberapa pelajar memandang sambil memasang telinga, termasuklah Fattah.

"Saja je, Inara kata dia suka lelaki main ragbi. Jadi aku join lah, confirm menang fakulti kita" balas Danial yakin dengan muka poyo. Inara disebelah sebal mendengar. Fattah yang terdengar perbualan itu segera memandang Inara yang berdiri di sebelah Danial.

"Alamak, Fattah dengar ke" soalnya sendiri risau. Nanti Fattah ingat dia kaki lelaki pula.

Terdengar siulan mengusik apabila Danial menjawab begitu. Siapa tidak kenal anak Dato Farid ini? Semua pelajar tidak berani mencari pasal.

"Kira jadi lah ni?" Soal Aiman memandang Inara meminta jawapan. Inara buat tidak tahu.

"Dahlah, aku balik dulu" pamit Inara namun ditegah Danial. Danial menariknya ke tepi untuk berbual.

"Esok kau free? Teman aku practice" tanya Danial membuatkan Inara pelik.

"Asal aku pulak? Aku ada kerja lah esok" tolaknya.

"Kan pelik kalau laki kau tu tengok kita tak mesra, kau nak cemburukan dia kan?" Soal Danial teringat agenda Inara. Inara terdiam. Ya tak ya jugak. Dia dapat melihat wajah Fattah berubah sebentar tadi.

"Memang, tapi aku ada taklimat untuk persembahan aku, aku belum berlatih lagi" adu Inara sedikit risau. Dia sudah lama tidak memetik gitar, lagi-lagi dia mahu bernyanyi untuk Fattah.

"Takpe, nanti aku ajar kau. Lepas practice, aku ajar kau. Okay?" Cadang Danial dengan kening terangkat. Inara terkejut apabila Danial mahu membantunya. Dia hanya mengangguk setuju.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now