6

42 0 0
                                    

Ruang di dalam bilik pejabat yang besar itu cukup membuatkan Inara hampir sesak nafas. Bayangkan, dia duduk menghadap Pengarah Tertinggi universiti. Merangkap bapa Danial. Entah mengapa dia pun terjebak sekali di dalam perbincangan dua beranak itu.

"Danial" suara Dato Farid kedengaran. Danial memandang wajah ayahnya.

"Papa dengar aduan, Danial buli one of the scholars. Is it true?"

Soalan Dato Farid membuatkannya tercengang. Lantas dia memandang Inara di sebelah. Pasti kerja Inara!

"Mana ada Danial buli sesiapa, everything is fine, the scholars as well" jawab Danial yakin. Mata Dato Farid menikam memandangnya.

Inara tidak berani menyampuk kerana dia yang menganggu kepada pihak kolej bahawa Danial sering menganggunya. Ingatkan Danial akan diberi amaran, namun ayahnya sendiri yang bersuara. Dia mulai tidak senang duduk.

"Jangan buli anak orang Danial, we are same human" nasihat Dato Farid berharap anaknya tidak mencalarkan imej baiknya sebagai orang ternama.

"And who is this?" Mata Dato Farid tertala ke arah gadis yang bertudung disebelah Danial.

"Ni Inara, dia lah scholar yang papa terima aduan Danial buli tu" jujur Danial membuatkan mata Inara terbuntang. Habislah dia, entah apa reaksi Dato Farid.

"So you are Inara, one of top students tu?" Dato Farid memandang Inara tidak percaya. Dia pelik mengapa Danial membawa gadis ini sekali.

"Jadi betullah Danial buli kamu Inara?"

Belum sempat Inara menjawab, Danial sudah menyampuk.

"Danial tak buli dia, we are close. Kiteorang pun bercinta, tak salah kan?" Jawab Danial membuatkan Inara tercengang kali kedua. Ternganga mulutnya mendengar. Dia memandang Danial mahu membantah.

"No, kami..."

"Trust me pa, we are good. Inara seorang yang baik" pujuk Danial lagi. Inara semakin tidak faham dengan situasi yang dialaminya.

"Waw, papa tak sangka Danial bercinta dengan one of the scholars. Good, jangan malukan nama papa. And you Inara, saya akan taja pengajian kamu sepenuhnya kalau kamu bercinta dengan Danial" Dato Farid mula memberi tawaran. Dia dapat katakan gadis dihadapannya ini nampak baik dan polos.

Mata Inara terbuntang mendengar. Dia tidak salah dengarkah? Alamak, apa yang sudah terjadi ini. Hampir dia pengsan mendengar ayat Dato Farid sebentar tadi. Dato kot!

"Dato yakin ke?" Tanya Inara kelihatan berminat. Mata Danial tertala ke arahnya. Tidak sangka Inara berminat.

Dato Farid tersenyum sebelum mengangguk. Dia dapat rasakan Inara memberi aura yang baik buat Danial.

"Pa, I think both of us should go. Talk to you later, papa ada meeting dengar board director kan?" Danial segera bangun untuk beredar. Tidak sanggup mendengar tawaran yang ulung kali diusul oleh Dato Farid. Dengan Inara, boleh pula dia offer macam-macam.

"Yes, you are right. Inara, think about it" pesan Dato Farid sebelum mereka berdua meninggalkan aras empat blok pentadbiran.

Dia masih ligat berfikir dengan tawaran itu. Segera wajah Danial menjadi sasaran.

"Apasal kau cakap kita bercinta? Kita kawan pun tak tau!" Marah Inara sebal. Ada sahaja masalah yang dimulakan lelaki itu.

"Ohh, kau mengadu aku buli kau boleh pulak?" Sindir Danial lagi membuatkan Inara mendengus kasar.

"Manalah aku tahu yang papa kau sendiri yang ambil tindakan, ingatkan pihak atasan je" jawabnya perlahan. Sekarang dia benar-benar buntu!

"Tapi kau setuju pulak bila papa aku offer tanggung kau belaja? Kau nak ke jadi girlfriend aku?" Soal Danial selamba meminta jawapan. Inara pula bingung.

"Jap, apa motif kau mengaku kita bercinta?" Tanya Inara bercekak pinggang. Dia sudah mencintai Fattah!

"Cuma aku yang tahu sebab, jadi kau setuju lah? Kau menyamar je lah, tak payah nak berangan sangat. Lagi pun kau mesti nak belajar free" bijak Danial berkata membuatkan Inara terdiam.

"Bagi aku masa!" Inara pantas meninggalkan Danial di tengah panas. Dia mahu kembali ke bilik merehatkan fikiran.

***

"Tak mungkin lah!"

Serentak Izzat dan Bonda yang sedang menjamu selera memandang Inara yang tiba-tiba menjerit. Inara tersedar dia tersasul kerana asyik memikirkan tawaran Dato Farid tempoh hari. Sehingga balik Segamat dia berfikir.

"Ya allah, apahal kamu ni Inara? Apa yang tak mungkin nya?" Soal Bonda risau melihat anak daranya seperti berfikir sesuatu.

"Takde apa lah Bonda, orang teringat assignments" balas Inara tersengih. Izzat sudah memandangnya semacam.

Selepas makan tengahari, Izzat mendekati Inara yang sibuk menyiram pokok bunga. Apa kejadah siram pokok panas terik macam ni?

"Kau okay tak ni? Pelik lah kau Inara" tegur Izzat duduk di bangku di halaman rumah sambil memerhati gelagat kembarnya. Inara terkocoh-kocoh membasuh tangan. Sungguh kalut dia hari ini.

"Aku okay je lah" tipu Inara.

"Kau jangan nak tipu aku lah, kita kembar tau. Aku tahu kau sorok something kan" teka Izzat membuatkan Inara tercengang. Sudah nama pun kembar, Izzat turut merasa gelisah.

"Apa yang jadi dekat sana? Fattah tolak kau lagi? Haziq taknak tolong kau dekat dengan Fattah?" Teka Izzat selamba. Dia tahu adiknya minat benar dengan bekas rakan sekelasnya itu.

"Bukanlah, kau ni. Asyik benda sama je" bebel Inara tidak puas hati. Dia mengambil tempat di sebelah Izzat.

"Habistu? Setakat ni, isu Fattah je yang buat kau tak senang duduk. Tak penat ke kau kejar dia?" Tanya Izzat memandang Inara mahukan jawapan. Dia tidak mahu penantian itu sia-sia.

"Mungkin belum masanya, lagipun aku taknak kacau dia study. Biarlah" jawab Inara jujur. Dia mengundur diri seketika untuk kebaikan Fattah.

"Bagus sangat, baik kau focus dengan diri kau. Tak pun moveon. Cari lelaki lebih layak" cadang Izzat seakan-akan tahu Inara berfikir tentang Danial.

Kebisuan Inara membuatkan Izzat semakin pelik. Tidak pernah kembarnya tidak menjawab.

"Kau ada marka kah dik?" Soalan Izzat mendapat jelingan dari Inara. Telefonnya berdering. Tertera nama Danial Oppa Hensem. Dia mengeluh.

Izzat mengerling wallpaper lockscreen Inara yang sudah dihiasi gambar seorang lelaki sedang menjelirkan lidah. Memang kembarnya merahsiakan sesuatu! Sebelum ini gambar Fattah yang menjadi pilihan.

"Cerita" arahnya. Inara mulai bercerita satu persatu.

Peluang TerakhirWhere stories live. Discover now