Bibir ulas sederhana nipis yang bercalit gincu merah melakarkan satu senyuman menggoda ke arah client daddynya. Entah kenapa, Adreena berasa begitu tertarik akan fizikal maskulin lelaki tersebut sehingga satu perasaan mulai terbit tanpa di pinta.
Mata lelaki itu, hidung lelaki itu, kening lebat lelaki itu, jawline tajam lelaki itu, bulu mata lelaki itu, dan tak lupa wajah kacak lelaki itu. Sempurna sehinggakan Adreena yang jarang minat dengan semua benda ini terasa mula jatuh cinta!
Sesekali lelaki itu berdehem, Adreena bukan tak tahu yang lelaki itu mula kurang selesa akan pandangan menggodanya. Tapi rasa hatinya Adreena tidak boleh tahan, rasa mahu memiliki lelaki itu serta merta. Walau tidak sedikitpun Adreena larikan anak mata daripada wajah maskulin lelaki itu yang kelihatan tegang semacam.
Garang! Tapi Adreena suka.
"Terima kasih Tan Sri Khaleed kerana sentiasa percaya akan kerja saya. Saya harap lepas ini kita masih boleh terus bekerjasama."
"Saya pun harap begitu Hanz. Saya suka cara awak bekerja, very professional. Saya sentiasa alu-alukan kedatangan awak setiap saat untuk kita bekerjasama lagi."
Tangan berurat lelaki maskulin itu berjabat dengan tangan daddy yang kini sudah tamat meeting di antara dua belah pihak yang sudah bekerjasama selama tiga tahun ini.
Cumanya buat kali pertama Adreena baru tahu client daddy sekacak ini! Kalau tak dah lama Adreena suruh daddy tolong pinangkan lelaki maskulin ini untuk dia. Tengoklah senyuman lelaki itu? Manis sekali akan tetapi apabila bertemu mata dengan Adreena senyuman manis itu mati serta-merta buatkan Adreena merasa tercabar.
Melihatkan daddynya mahu beransur pergi Adreena mula bertindak, seperti biasa gadis ini sejenis yang berani malah terlebih berani.
"Ehem! Daddy apa kata you pergi dulu." Halau Adreena tak kesah kalau daddy dia nak fikir apa. Tak boleh jadi ni, Adreena akan pastikan lelaki maskulin ini sedar bahawasanya tiada siapa yang berani melayan dia dingin seperti tadi.
Tan Sri Khaleed sudah tahu pada awal lagi yang pastinya Adreena akan mulakan sesuatu masalah lagi. Dia sudah lali, kalau tidak diikutkan mungkin anak kesayanganyya pasti mengamuk besar nanti. Perkara sebegitu Tan Sri Khaleed sudah penat bagaimana cara lagi mahu mendidik Adreena yang kini semakin ikut sahaja kepalanya tanpa fikir panjang.
Hanz client kesayangannya. Tan Sri Khaleed takut jika Hanz turut diperguna-gunakan oleh Adreena nanti. Hanz lelaki yang baik-baik Tan Sri Khaleed terlebih tahu, dia percaya yang Hanz bukan sembarangan lelaki yang mudah di racun fikirannya. Anak muda seperti Hanz yang jaga sentuhannya, pandangannya, cara bercakap dengan orang yang lebih tuanya walaupun anak muda seperti Hanz itu jarang wujud. Bekerjaya dan sempurna di mata tua Tan Sri Khaleed yang bangga setiap kali berurusan dengan anak muda hebat ini.
Tapi apa yang Tan Sri Khaleed runsing. Adreena? Dia tak yakin dengan Adreena, anak daranya terlalu bijak memutarkan keadaan dalam sekelip mata. Tengoklah sekarang, anak mata gadisnya itu dari tadi menatap Hanz dari setiap genap wajah Hanz tanpa lepas. Tan Sri Khaleed terlebih faham akan pandangan Adreena dan itu bukan kali pertama.
"Daddy kenapa you tak keluar lagi?" Geram Adreena menahan rasa melihat daddynya seakan takut mahu tinggalkan Hanz bersamanya. Relakslah daddy. Act like always....senyuman sinis terukir menatap wajah maskulin Hanz dengan penuh minat sekali.
Hanz pula terkebil-kebil di situ.
"Have a sit Mr Hanz....." Pelawa Adreena Taalia meleret sambil-sambil itu melabuhkan duduknya di atas sofa mewah lalu menyilang kaki menyebabkan skirt terbelah itu tersingkap tinggi menampakkan kaki putih melepak tanpa sebarang cacat cela langsung. Dia memang sengaja.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...