Bab 26

919 18 1
                                    

Party sambutan majlis hari jadi Adreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed Ketua Direktor Board CROWN begitu meriah sekali dekorasinya di ball room.

Ramai artis papan atas di jemput tidak lupa juga rakan seniaga CROWN juga orang kepercayaan CROWN tidak terkecuali di jemput ke party hari jadi Adreena Taalia yang kesuluruhannya di urukan oleh Nancy dan ketua-ketua setiap unit bahagian masing-masing memberi idea seperti biasa pada setiap tahun.

Kehilangan arwah Tan Sri Khaleed sedikit sebanyak di rasai keseluruhan pekerja CROWN juga rakan seniaganya. Bagi Nancy dia pun rasa terbeban kerana sebelum ini Tan Sri Khaleed yang banyak uruskan sekarang semuanya terletak di bahunya.

Kelihatan orang ramai sudah memenuhi ball room. Party belum mula tapi keadaan sudah penuh dan riang mahu menyambut kelahiran orang ternama siapa lagi Adreena Taalia semestinya yang menjadi kebanggaan semua peniaga-peniada buatkan Nancy dan yang lain urut dada. Lega.

Nampaknya party akan berjalan dengan baik seperti biasa. Cik Adreena Taalia pula sedang bersiap sekarang ini itupun sudah lewat majikannya itu tiba tadi. Entah apa yang di buat Nancy tak ikut campur.

Tak lupa Encik Hanz juga di siapkan oleh pihak CROWN di bawah urusan Nancy juga. Yalah suami Cik Adreena Taalia mestilah kena segak walaupun memang suami Cik Adreena Taalia sememangnya sudah segak.

"Dah siap semuanya?" Soal Nancy.

"Dah siap. Nampaknya Encik Hanz memang dah kacak tak payah buat apa-apa pun lulus kalau nak dijadikan model. Sempurna." Puji makeup artis yang mendandan Hanz itu.

Hanz malu di puji sebegitu rupa. Padahal dia biasa-biasa sahaja entah-entah makeup artis ni nak upah lebih kut. Itu yang puji dia melambung tu.

"Okey Encik Hanz you dah boleh masuk ball room." Bagitahu Nancy. Selepas itu datang Warda yang dari tadi menunggu Hanz di luar.

"Encik Hanz dan Cik Warda masuk dahulu. Nanti majlis nak mula I akan panggil you Encik Hanz."

"Okey. Terima kasih Nancy." Ucap Hanz. Dia beredar bersama Warda masuk ke dalam dewan yang megah itu.




Sumpah sekarang ini Adreena Taalia rasa nak berlari ke hospital juga. Dia mahu melihat keadaan Zane yang terlantar itu setelah Dika menceritakan kesemunya kepada dia tengah hari tadi.

Mood untuk menyambut kelahirannnya pun sudah jauh di buang entah ke mana. Otaknya hanya fikir Zane...Zane...dan Zane!

Air matanya di tahan daripada mengalir dia taknak orang lain tahu perasaan dia sekarang ini yang hancur lumat setelah tahu keadaan sebenar Zane. Patutlah lelaki itu beria mahu resign!

Datin Sri Tengku Nadine dan Dato Sri Azam! Siap kau berdua, Adreena Taalia berjanji yang dia tak akan pernah lepaskan dua ekor itu. Mereka kejam kepada Zane dan Zara!

Tamak! Bodoh!

Tak semena-mena Adreena Taalia menolak semua barang yang berada di atas meja mengejutkan Dika begitu juga Nancy.

"Adreena you tak boleh macam ni, you kena kawal perasaan you. I janji lepas habis majlis party you kita pergi hospital." Pujuk Dika perlahan di tepi telinga Adreena Taalia yang kelihatan muram sekali wajah itu.

Tubuh Dika di peluk erat, sementara itu Dika menyuruh Nancy dan kesemuanya keluar terlebih dahulu. Dia taknak orang lain tahu pasal hal ini dan keadaan Adreena Taalia yang lemah itu.

"I tak boleh Dika. I tak boleh....I nak Zane. I risau dekat dia..." pecah tangisan dia akhirnya buatkan makeup cantik itu rosak akibat terkena air matanya sendiri.

Dika menepuk belakang tubuh Adreena Taalia. Adreena Taalia tidak boleh begini semua orang di luar sudah menunggu.

"No Adreena. Semua orang dah tunggu you dekat luar termasuk suami you. Ingat suami you Adreena, mesti Hanz sedih kalau dia tengok you macamni."

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now