Bab 44

1K 20 3
                                    

Kaki panjang Adreena Taalia laju melarikan diri setelah dia sedar Zayaan yang sedang mengejar dia sekarang ini!

Dadanya berdegup kencang!

Dia ingatkan lepas dua hari lelaki itu tidak mengacaunya dia akan terus bebas tapi tak sangka sampai ke ofis dia pun lelaki gila itu mencari dia.

"Cari perempuan tu seluruh tempat!" Arah Zayaan kepada anak buahnya dengan berang sekali.

Adreena Taalia yang mendengar akan itu terus mengatup mulutnya agar tiada sebarang bunyi yang terbit. Sekarang ini dia sedang menyorok belakang dinding besar yang jauh daripada kereta dia di hujung sana. Harap-harap samada anak buah Zayaan mencari di sana begitu juga dengan Zayaan.

"Mmm she devil she bad lil bitch rebel...." Bodoh! Kenapa masa ni telefon bimbit dia nak berbunyi.

Zayaan mulai tersenyum senget. Got it!

Dia pula memang berada di kawasan tersebut terus nampak kelibat perempuan itu yang kini sedang sibuk mengoffkan telefon bimbitnya itu dengan segera Zayaan menapak ke arah sana.

"You nak apa daripada I! Lepaslah Zayaan, sakit...." Desis Adreena Taalia apabila tangan kekar Zaayan memegang tangannya lalu di bawa ke atas dan di tahan ke dinding buatkan Adreena Taalia berasa sakit.

"Hai honey miss me?" Ucap Zayaan berbisik di cuping telinga perempuan itu sebelum dia menatap dalam ke dalam anak mata lentik itu.

"Do I know you Adreena?" Entah kenapa Zayaan seakan pernah kenal dan pernah dekat dengan perempuan ini sebelum ini biarpun satu habuk memori dia tak pernah wujud wajah jelita ini.

Adreena Taalia mengemam bibirnya bila mana soalan itu meniti di bibir lelaki itu. Tubir matanya basah tanpa sedar kerana mata itu.....

Mata itu milik Hanz Eidlan! Kenapa Zayaan Raid ada mata yang sama persis suaminya? Di tambah dengan mole di bawah mata Zayaan sebelah kiri menguatkan lagi firasat hatinya yang ingin membelot tuan sendiri mengaku bahawasanya lelaki yang berdiri di depannya kini adalah suami dia.

Damn!

"No! I tak pernah kenal dengan you. Tolong lepaskan I Zayaan I nak masuk kerja, please I mohon dekat you lepasni jangan pernah muncul depan I lagi...." Ya Adreena Taalia menafikannya kerana dia masih tak mahu percaya Zayaan Raid adalah Hanz Eidlan.

Lelaki ini psycho! Suami dia bukan begini!

"Relaks lah honey you kan big boss? Tak ada siapa punya nak marah kalau you tak masuk kerja sekalipun. Come teman I breakfast jom? I lapar..." senget bibir Zayaan menayangkan muka tak pedulinya itu.

"Taknak I taknak! Mana tunang you hah? Kenapa you perlu kacau I Zayaan, I tak pernah kenal you tahu tak dan I tak pernah berminat untuk kenal dengan you. I dah ada suami Zayaan, dan I sayangkan cintakan suami.....mmmmh!" Zayaan mulai menekup mulut perempuan itu.

"Shhhh.....mulut you terlalu bisinglah honey...."

Hatinya cemburu bila mana perempuan itu sebut pasal suaminya itu. Dia marah! Dia tak suka nama lelaki lain meniti di bibir cantik itu. Hatinya sakit seolah-olah di tikam dengan pisau belati!

Dalam sekelip mata tubuhnya di dukung oleh Zayaan buatkan Adreena Taalia meronta-ronta dan seperti dejavu tubuhnya di masukkan ke dalam kereta lelaki itu. Tak sempat dia nak buka pintu itu lengannya di tarik kasar buatkan tubir mata Adreena Taalia basah.

"Sakitlah! Tolong lepaskan I...." Rayu Adreena Taalia cuba merungkaikan pegangan kuat tangan kekar Zayaan itu.

Tak semena-mena dagunya di cengkam kuat oleh Zayaan buatkan kepala Adreena Taalia mendongak.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now