Dika menepuk bahu Zane di mana lelaki itu sudah dua hari tidak tidur akibat masih mencari keberadaan Zara di mana alat detect yang di lekat pada tubuh gadis itu hilang dalam sekelip mata.
"Apadia?" Zane meregangkan tubuhnya penat dua hari dia asyik menghadap pcnya itu.
"Aku dan Fatima dah nak pergi aiport kau nak...
"Aku taknak pergi. Kau pergilah." Zane terus bangkit dan beredar daripada situ.
Dika mencebik bibir lalu terus beredar bersama Fatima. Kini mereka berdua sedang menuju ke airport untuk menghantar Adresya Tahiraa.
Fatima yang berada di sebelah di kerling Dika. Senyap sahaja tunangnya itu hari ini dah kenapa?
"Fatima awak okey?" Soal Dika kerisaun.
Fatima menghembuskan nafasnya perlahan.
"Saya okey. Awak dah tahu pasal Adriana? Saya tak sangka kawan baik saya yang dulu berubah sampai macamtu. Saya sedih...." Luah Fatima.
"Saya lagi tak sangka Fatima, saya membesar dengan dia tapi saya tak sangka dia yang bunuh uncle Khaleed. Tapi saya tak pelik, sejak saya dapat tahu selama ini Adriana yang buat cerita pasal awak dengan Akmal dengan memfitnah awak yang awak pernah bersama dengan Akmal dari situ saya dah lama syak Adriana seorang yang pendendam."
"Sebenarnya Adriana suka dekat Akmal sebab tu dia benci saya lepas dia dapat tahu Akmal suka saya. Tapi Adriana tak tahu yang sebenarnya saya suka awak." Terluah pula Fatima buatkan jantung Dika berdegup laju.
Maknanya dia tak bertepuk sebelah tangan lah nikan?
"Awak suka saya?" Tanya Dika inginkan kepastian. Yalah pasal hal bertunang ni sebenarnya dia yang tergopoh-gapah. Dika taknak peluang keemasan dia terlepas lagi, bertahun-tahun dia membazirkan waktu dengan membenci Fatima alih-alih Fatima hanya di fitnah.
Sebab itu Dika benci Adriana Tania perempuan itu munafik!
"Ya dah lama. Sumpah masa awak pergi tinggalkan saya sebab dah percaya dengan cerita Adriana masatu hidup saya hampir hancur lepas awak pergi. Saya marah awak langsung tak tanya macam mana saya boleh ada dalam bilik dengan Akmal, saya cuba nak terangkan dekat awak tapi Adriana halang. Saya sedih sangat pasal tu sampai saya fade up dengan diri saya. Awak pun tahukan saya tak baik, saya pernah kerja dekat kelab malam sehinggalah satu malam saya hampir di rogol dan bondalah yang selamatkan saya masatu. Hidup saya berubah selepas saya jadi anak angkat bonda." Fatima tersenyum pahit.
Jika diingatkan semula masa lampaunya mesti semua orang tak akan percaya dengan penampilan dia yang sekarang ni. Dika pula terkedu mendengar cerita Fatima selepas dia tinggalkan gadis tersebut tergapai-gapai sendirian.
"Maafkan saya Fatima. Saya bodoh, Akmal dah ceritakan sendiri dekat saya. Akmal jumpa saya sendiri, dia mengaku yang dia bersubahat dengan Adriana nak perangkap awak tapi tak sempat pun dia nak sentuh awak saya datang tapi masatu saya buta. Saya marah sebab awak boleh ada dalam bilik dengan Akmal sedangkan awak dah janji nak berubah dengan saya, saya rasa kena tipu lagi-lagi Adriana panaskan line masatu. Maafkan saya Fatima sebab saya tinggalkan awak macamtu, maafkan saya..."
Dika meraup mukanya dengan sebelah tangan dia menyesal kerana dah termakan dengan fitnah Adriana Tania padahal semua yang berlaku kepada Fatima di sebabkn perempuan munafik itu.
"Saya dah maafkan awak Dika, sekarang saya cuma nak awak tahu dari dulu sampai sekarang saya tetap pilih dan sayangkan awak. Hanya awak dari dulu lagi." Luah Fatima tulus, Fatima pun dah serik dengan apa yang berlaku kepada mereka lima tahun yang lepas. Dia taknak kehilangan Dika lagi.
"Terima kasih Fatima. Terima kasih sebab awak sudi terima saya dan maafkan saya, saya janji ini kali terakhir saya buat perangai macamtu. Saya pun dah lama suka awak. Terima kasih sebab terima kekurangan saya dan terima kasih tak jijik dengan kerja saya yang dulu." Ucap Dika tulus kalau boleh dia nak peluk Fatima macam dulu tapi sekarang Dika tahu Fatima sekarang bukan Fatima yang dulu.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...