Bergegas-gegas Adriana Taalia melalui imigresen setelah dia menempah tiket penerbangan ke luar negara sebelum ada yang mengashaki perbuatannya itu.
Adreena Taalia memang tak guna! Bagaimana perempuan itu dapat hidu perbuatannya sedangkan apa yang di rancang hampir berjaya! Ingat dia nak putih mata bila dengan mudah orang tua tu menceraikan uminya setelah bercinta bagaikan nak rak dengan Clara.
Habistu umi dia macam mana? Nasib uminya yang di buang bagaikan kucing kurap semudah itu oleh arwah daddy tu macam mana!
Ya dia yang rancang pembunuhan arwah Tan Sri Khaleed dengan mengkambingkan hitamkan Clara kerana hanya Clara yang sentiasa berada di rumah itu dan hanya Clara yang menjaga setiap makan, minum, pakaian, dan lain-lain bagi arwah daddynya.
Secara senyap dia tukarkan ubat vitamin arwah daddy kepada ubat untuk jantung berhenti dalam diam. Dan Clara hanyalah kegunaannya untuk memberikan ubat tersebut yang di anggap vitamin itu memandakang perempuan gatal itu sentiasa menjaga dan memberi ubat-ubatan arwah daddynya.
Adriana Taalia tak boleh nak terima dengan semudah itu uminya di ceraikan manakala dalam sekelip mata pembantu jijik dan murahan seperti Clara dengan mudah-mudah di angkat sebagai isteri sedangkan uminya sengsara sendirian di rumah.
Menangis tanpa henti!
Itupun Adriana Tania tertangkap perbuatan arwah daddy semasa Adreena Taalia merempuh masuk ke dalam bilik arwah daddy dan ketika itulah juga dia terkejut melihat daddy dan Clara bercumbuan di mana waktu itu Clara sudah sah sebagai isteri arwah daddy.
Manakala uminya di ceraikan! Tan Sri Tengku Khaleed memang tak guna! Clara pun sama! Tak guna! Menggatal dengan majikan sendiri!
Yang dia tak puas hati pula bagaimana Adreena Taalia boleh hidu perbuatannya. Sumpah dia rasa takut memandangkan siasatan itu di buka semula dan Adreena Taalia memang sengaja meletakkan dia sebagai saksi.
Shit!
Memang benar dia buat kerja-kerja ni seorang dan Dika mahupun sesiapa tidak tahu dialah yang pelakunya. Jika pihak polis dapat mencari bukti di kamar biliknya semua akan hancur, di sebabkan itu Adriana Tania memberi alasan yang dia mahu sambung belajar di luar negara sedangkan saat ini dia sedang lari daripada di dakwa!
Bodoh! Sepatutnya arwah daddynya memang layak mati selepas buat uminya merana sampai di masukkan ke hospitak pesakit gila sekarang ini. Ya! Umi dia dah gila di sebabkan arwah daddy yang tak guna tu!
Sepanjang Adriana Tania menunggu nombor kapal hatinya tak dapat bernafas dan bertenang dengan baik. Selagi dia tak tinggalkan Malaysia selagi itulah jiwanya tak tenang, kenapa dia yang bersalah dalam hal ini? Sebab utama dia berbuat begini kerana arwah daddynya tidak pernah adil dalam semua segi.
Tengoklah bagaimana harta yang sepatutnya di kongsi bersama hanya di limpahi kepada Adreena Taalia seorang sedangkan yang lain turut ada hak walaupun pada asalnya milik ibu kandung perempuan itu. Puan Sri Kirana.
Tapi arwah daddy lupa akan tanggungjawabnya! Tan Sri Khaleed tidak pernah kesahkan anak-anak dia yang lain dan hanya tumpukan perhatian kepada satu-satunya anak yang di jaga bagaikan permata siapa lagi kalau bukan Adreena Taalia!
Dia? Hanya di anggap orang luar barangkali.
"Panggilan untuk kapal MH 3871..." akhirnya saat yang di tunggu-tunggu sudah tiba.
Selamat tinggal Malaysia dia janji dia akan kembali semula untuk merampas haknya! Itu janji Adriana Tania sebelum masuk ke perut kapal terbang.
Adreena Taalia berdecit kasar, pihak polis masih tiada bukti untuk mendakwa pembunuh arwah daddy dan lagi sekali kes di tutup begitu sahaja kerana tidak cukup bukti.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...