Bab 23

944 26 0
                                    

"Masyaallah Adreena kenapa banyak sangat ni Adreena bagi hadiah dekat bonda? Membazir sayang dahlah semu mahal-mahal..." terkejut Puan Harum bila dia bukakan pintu Hanz dan Adreena Taalia sudah tercongok bersama beg pakaian baju dan berbagai-bagai macam lagi.

Semua milik Puan Harum dan adik-adik Hanz.

"Alaa bonda I rasa bersalah sebab tak jenguk bonda masa bonda masuk wad, Hanz lah ni tak cakap sepatah dekat I yang bonda masuk wad. Kalau tak I dah suruh Zane pusing balik KL semula, tak apalah bonda bila lagi I nak belanja bonda dan adik-adik kan baby?" Pinggang Hanz di sebelah dia cuit.

Hanz terpempen, dia malu bila Adreena Taalia bahasakan 'baby' itu di depan bonda dan adik-adiknya. Merah padam wajah Hanz di buatnya apabila berlaga mata dengan bonda.

Adik-adik dia yang lain nasib baik tak dengar sangat memandangkan masing-masing sibuk dengan baju dan hadiah daripada isterinya itu.

"Nak kena Hanz ni, berani dia tak cakap dekat menantu kesayangan bonda yang bonda masuk wad." Sokong Puan Harum buatkan Adreena Taalia menepuk tangan.

Hanz pula diam tiada reaksi kerana dia masih sedang malu. Fatima datang bersama Taqif, Taqif yang nampak kakak cantiknya itu menyorok di belakang tubuh Fatima. Jari telunjuknya di tunjuk ke arah Adreena Taalia yang sedang melambai suka ke arah dia.

"Kakak cantik dah haram....Taqif tak nak kawan dengan kakak cantik. Abang Hanz kata kalau kuku orang tu panjang nanti ada kandang babi...."

"Hey apa benda you mengarut ni Taqif. See, kuku I dah pendek okey. So you dah halal kawan dengan I, kan baby? Kan bonda?" Adreena Taalia tunjuk kuku dia yang sudah pendek di potong Hanz itu ke depan wajah Taqif.

Taqif mengintai takut-takut. Hanz pula sudah bangun lalu mendukung Taqif dan Taqif tetap menutup mata di dada Hanz buatkan Adreena Taalia tercebir bibir kerana Taqif masih takut padanya.

"Taqif meh sini dekat bonda." Puan Harum menghulurkan tangan dan Taqif pantas menyambut lalu di peluk tubuh Puan Harum erat kerana dia masih takut dengan Adreena Taalia yang cuba mendekat dengan dia.

Hanz menggelengkan kepala. Akur, Adreena Taalia hanya memerhati bonda yang sedang memujuk Taqif itu.

"Bukan macamtulah sayang. Kakak cantik bukan haram, maksud abang Hanz kalau kita simpan kuku panjang memang betul akan ada kandang oit oit bergantung atau syaitan yang bergantung. Dan memang betul oit oit tu haram tapi tak adalah sampai Taqif tak boleh kawan dengan kakak cantik. Sebab yang haram tu oit oit bukan sebab kuku kakak cantik panjang tu haram. Tak kiralah kuku kakak cantik tu panjang ke, pendek ke Taqif tetap boleh kawan dan sentuh kakak cantik...."

"Ooow faham. Jadi Taqif dah boleh friend dengan kakak cantiklah kan bonda? Walaupun kuku kakak cantik panjang macam hantu?" Soal Taqif lagi sekali.

"Hey kuku I dah pendeklah." Sempat Adreena Taalia menyampuk.

Puan Harum angguk.

"Ya. Yang haram tu oit oit bukan kuku kakak cantik. Orang yang suka simpan kuku panjang ni ibarat memebela kandang oit oit dan syaitan pun suka bermain dekat situ. Jadi nanti Taqif tak boleh simpan kuku panjang dah lepasni. Faham." Jelas Puan Harum lagi buatkan kepala Taqif teranguk-angguk.

"Faham!" Teruja Taqif menjawab lalu terus berlari memeluk Adreena Taalia

"Yeay kakak cantik dah halal. Taqif dah boleh friend dengan kakak cantik....!" Jerit Taqif suka.

Adreena Taalia turut gembira melihat budak comel seperti Taqif itu tersenyum lebar.

"Nah hadiah untuk you. Special tau..." satu kotak besar di letak depan Taqif buatkan Taqif tak sabar mahu tahu apa yang ada di dalam kotak besar itu.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now