Bab 61

1.4K 32 0
                                    

Adreena Taalia hanya diam memerhati keadaan Zane yang tampak lemah terbaring di atas katil hospital itu. Hanz yang ajak dia datang jenguk Zane sebelum mereka pulang nanti, sejujurnya dia sedih sebab Zane tak sudi nak pandang mahupun bercakap dengan dia lagi.

Zane pun sama macam Hanz taknak cakap dengan dia.

"Pada pukul dua belas tengah malam Datin Sri Tengku Nadine bersama anaknya Zara Ryca di tahan pihak polis atas serbuan kes...." Tut! Kaca televisyen serta-merta gelap gelita lalu Zane mencampak kasar remort tv tersebut menjauh.

"Tolong balik. Aku taknak jumpa sesiapa." Ujar Zane tanpa nada dan terus memejamkan kelopak matanya.

Dika dan Hanz berpaling sesama mereka manakala Adreena Taalia mengeluh perlahan. Nampaknya kali ini Zane betul-betul dah habis kesabaran lelaki itu gamaknya, untuk kali terakhir Adreena Taalia menatap sekujur tubuh Zane yang terlantar di atas katil hospital sebelum pintu wad VIP di tutup rapat.

"Okeylah Dika aku balik dulu nanti kalau ada apa-apa kau bagitahu je aku. Tolong tengok-tengokkan Zane untuk aku, aku risau." Biarpun baru sekarang Hanz tahu Zane adalah adik kandungnya tapi kasih sayang tetap mengalir.

Dika angguk kecil.

"Okey, kau pun jaga elok-eloklah mak buyung tu. Jangan ikutkan sangat emosi marah tu, aku harap kau boleh maafkan kesalahan adik aku. Hati-hati." Ujar Dika menepuk bahu Hanz dua kali.

Sempat Hanz mengerling wajah sedih isterinya yang berada agak jauh sedikit dari mereka.

"Aku tak marah aku cuma kecewa. Aku balik dulu, assalamualaikum." Pamit Hanz sambil membimbit barangan Adreena Taalia itu.

Selepas itu Dika kembali masuk ke dalam wad VIP yang menempatkan Zane itu. Dika labuhkan duduk menghadap lelaki itu yang kini sedang merenung jauh.

"Kau okey tak Zane?" Soal Dika risau melihatkan kebisuan Zane yang tampak begitu teruk sejak peristiwa malam itu.

Kata doktor pakar Zane perlu menerima rawatan psychology memandangkan kesihatan mental dan fizikal lelaki itu agak teruk. Bukan Zane gila tapi doktor psychology takut jika penyakit kemurungan yang sudah di alami Zane itu akan menjejaskan kesihatan lelaki ini di mana ianya akan lebih teruk daripada sebelum ini dapat memberi kesan buruk terhadap kehidupan Zane di masa akan datang jika ianya tak di rawat dari awal.

Tapi Dika percaya Zane seorang yang kuat cumanya Zane perlukan masa dan sokongan daripada orang sekelilingnya.

"Aku okey." Jawab Zane dua patah sebelum kembali merenung jauh seolah-olah sedang rindukan seseorang yang Dika tak tahu siapa gerangan manusia yang sedang Zane rindukan itu.






Adreena Taalia meramas jarinya apabila suaminya itu hanya diam sepanjang perjalanan pulang daripada hospital sehingga dah sampai penthouse pun Hanz masih menyepi lagi. Membiarkan dia seorang diri manakala Hanz sibuk berbincang apa benda entah dengan Luth.

Mandi dah, solat isyak dah, makan dah tapi itulah hati tetap rasa tak cukup selagi suaminya itu tak bercakap dengan dia.

Comforter di tarik sehingga paras dada dan kelopak matanya cuba di pejam. Dia rasa letih tapi hati dia masih rasa tak tenang juga sebab sejak tadi Hanz langsung taknak layan dia.

Sepuluh patah perkataan dia tanya sepatah je lelaki itu jawab itupun 'hmm' je. Dia sedih tapi dia rasa tak layak nak sedih sebab dia tahu Hanz tak akan layan sedih dia sebab lelaki tu dah benci dia gamaknya.

Adreena Taalia laju mengesat air matanya bila terasa ruang di sebelahnya terasa berat menandakan Hanz sedang naik ke atas katil.

"You bincang apa dengan Luth? Lamanya...." Tanya Adreena Taalia berlakon ceria walhal hati dia tengah sedih yang amat.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now