Kompang di palu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang di palu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucuKompang di palu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang di palu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucuDika begitu juga dengan Fatima masing-masing berdebar ketika mereka berdua menjadi perhatian tetamu yang di undang. Yalah raja sehari pastinya semua orang sibuk nak tilik.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz Fatima sah mejadi isteri kepada Dika tepat pukul sembilan pagi tadi, menjelang tengah hari mereka bersanding pula yang menempatkan di Hotel Paradise dengan begitu megah sekali.
Ramai yang di jemput sehingga tak sempat Puan Harum mahu melayan satu persatu memandangkan dia perlu juga mengawasi anak-anak dia yang buas itu.
Tidak lupa juga kepada Adreena Taalia, Hanz, dan Zane menjadi tulang belakang majlis perkahwinan Dika dan Fatima itu. Jika tak ada mereka pasti Puan Harum sudah pening kepala jawabnya.
Hanz pula sudah kembali kepada biasa malah lelaki itu lebih menghargai pengorbanan bondanya setelah sedar betapa besarnya pengorban bonda yang menjaga dia, merawat dia agar tidak terdedah dengab perkara yang tak elok.
Tepat pukul enam petang semua tetamu hampir pulang yang ada pun hanya staff CROWN dan KING sahaja.
Kini Dika dan Fatima sudahpun selamat masuk ke dalam bilik suite yang di tempah khas untuk pengantin baru itu.
Dada Fatima berkencang usah di kata sampai purdah pun dia tak buka lagi. Malah Dika, suaminya itu tampak relaks sahaja. Yalah lelaki kan apa nak di debarkannya.
Dika berpusing.
"Ya Allah sayang bukalah tudung tu."
"Tapi saya malu." Jawab Fatima perlahan sambil menekur lantai.
Tergelak kecil Dika di buatnya, jam rolex dia letak di atas meja lalu mendekati isteri dia yang sah itu. Perlahan-lahan Dika membuka purdah menampakkan wajah jelita isterinya itu sehingga tertelan air liurnya.
"Dika janganlah pandang saya macamtu..."
"Aip apa Dika...Dika? Call me abang, sayang." Tegur Dika kini tudung labuh itu sudah tertanggal dari kepala Fatima dan laju tangan Dika menguraikan rambut panjang isterinya yang cantik itu.
Terus merah menyala pipi Fatima apabila Dika hidu rambut dia taknak lepas. Lagi-lagi Dika suruh bahasakan lelaki itu 'abang'. Mahu terbelit lidah dia nanti.
"You are so perfect sayang. I love you." Ucap Dika lalu berhati-hati mengucup bibir merah Fatima yang bak delima itu.
Fatima terkaku, bukan dia tidak tahu bagaimana cara mahu membalas perbuatan suaminya itu. Dia cuma teringatkan bagaimana perjumpaan kali pertama mereka di mana ketika itu dia mabuk teruk dan tanpa segan silu dia menyambar rakus bibir Dika kerana itulah kehidupan dia sebelum ini yang teruk dan memalukan.
Ya Fatima mengaku yang dia dah tak suci lagi, dia buat dengan rela hati tapi selepas bertemu dengan Dika sedikit demi sedikit kerja dia yang sebelum ini di tinggalkan begitu sahaja demi lelaki ini.
Dia cintakan lelaki ini, dia dambakan kasih sayang lelaki ini sehingga semua orang VIP yang ingin melanggannya, dia tolak mentah-mentah biarpun sampai ada yang sanggup nak bayar sepuluh ribu demi mendapatkan khidmat layanan dia.
Demi Dika Ibrahim suami dia yang sah untuknya.
Elok sahaja Dika mahu melepaskan tautan bibir itu tiba-tiba Fatima membalas ciuman dia.
"Saya tak akan benarkan suami saya kecewa dengan saya lagi. Saya milik abang dan hak abang." Ucap Fatima selepas tautan itu di lepaskan dia tahu yang mungkin Dika fikir perbuatan suaminya cepat sangat.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
Storie d'amoreAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...