Bab 9

875 23 0
                                    

Tak ada masa nak ketuk-ketuk bilik Hanz Adreena Taalia sergah dan terus memboloskan diri bersama satu cawan yang berasap di tangannya.

"Eh Warda cepatnya awak balik?" Soal Hanz kehairanan matanya masih ralit menatap imac tanpa lepas. Takkan sekejap sahaja Warda pergi klinik padahal baru sahaja tadi perempuan itu pergi.

"Hello buka mata you luas-luas. I Adreena Taalia not your PA." Ting! Berdenting bungi gelas itu di hempas atas meja Hanz. Apa lagi terus merengus Hanz, tahu tak dia masih tak boleh nak pandang wajah perempuan ini? Hanz masih rasa sakit hati pasal hal hari itu kerana dia hampir di saman lima belas juta di sebabkan fail agreement Hanz tak dapat nak hantar seperti yang di janjikan masa setengah jam yang di beri oleh Zane.

Mengamuk teruk Zane Rafa kerana fail agreement itu tersangatlah penting. Seperti nyawa!

"Boleh tak awak got lost form my office? Saya sibuk dan tak ada masa nak layan gedik awak dekat sini Cik Adreena dan satu lagi Cik Adreena boleh bawa air kopi Cik Adreena keluar sekali sebab saya taknak minum."

"You ingat I kesah? Ini syarikat I suka hatilah I nak duduk dekat sini, you tak ada hak nak arah-arah I. Kalau you tak nak minum I boleh sumbat air tu dalam mulut you, jadi you pilih kaedah apa you nak minum samada sendiri atau I suapkan. Choose?"

Cawan tadi Adreena Taalia sudah angkat dan mahu mendekati ke arah Hanz yang tampak cuak di sana. Tak mahu situasi bertambah teruk laju tangan Hanz merampas cawan di tangan perempuan itu.

"Sedap tak air I buat?" Soal Adreena Taalia teruja melihat Hanz menghirup kopi yang di bancuh tadi.

Senyap. Lelaki itu tak jawab, fine biar dia cuba sendiri. Heh! Cawan tadi Adreena Taalia rampas dengan sengaja dia cicip permukaan cawan di mana bekas lelaki itu minum tadi. Pahit! Tak sedap!

Terbeliak anak mata Hanz melihat tingkah laku di luar dugaan Adreena Taalia yang tak segan silu berkongsi cawan dengannya. Semakin stress Hanz di buatnya!

"Oh my god kita kissing lah you...." Ujar Adreena Taalia teruja. Kan orang kata kalau minum tempat sama bermakna kita bercium dengan orang itu. Kan?

Hanz ketap bibir malas melayan perempuan gila itu. Sepanjang percakapan Adreena Taalia yang bercerita macam-macam pasal hal dirinya kepada Hanz lelaki itu hanya diam malah dia biarkan Adreena Taalia bercakap seorang diri tanpa mendengar apa yang di ceritakan Adreena Taalia itu.

Adreena Taalia geram Hanz tak pedulikan keberadaanya di sini. Okey tak apa, tunggu you Hanz. Tak lama lagi you akan jadi milik I juga....

Ignore sepuas hati you sebab lepas ini I akan pastikan I akan jadi bayang you Hanz!




"Assalamualaikum bonda. Hanz datang ni...." Ucap Hanz setelah dia masuk ke dalam rumah.

Sunyi betul dekat mana semua orang pergi ni? Pintu rumah Hanz kunci semula, dia baru balik daripada ofis penat tak usah cerita. Di tambah lagi dengan perangai tak tahu malu Adreena Taalia buatkan otak Hanz bertambah stress!

Tubuh dia jatuhkan ke atas sofa nak berehat sekejap pun jadilah. Elok kelopak matanya nak tertutup tak jadi bila terasa ada satu tangan yang menjalar di kaki dia buatkan Hanz menarik kakinya.

"Cik Adreena! Awak buat apa dekat rumah bonda saya!" Tengking Hanz di tambah dengan rasa terkejut.

"Hanz apa yang marahkan sangat tu?" Bonda yang muncul dari dapur dia dekati. Lurus jari telunjuk di tunjuk ke arah susuk tubuh Adreena Taalia yang menayang muka bersahaja.

"Macam mana perempuan ini boleh ada dekat rumah bonda? Hanz tak suka dia ada dekat sini bonda tahukan? Tolonglah bonda halau perempuan ini keluar, perempuan ini bukan perempuan yang baik. Dia tak layak untuk Hanz!" Dalam keadaan kepenatan Hanz berkata. Dia betul-betul terseksa sekarang ini.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now