Bab 49

1.2K 33 2
                                    

Luth kembali menggaru kening dia apabila Cik Adreena Taalia masih enggan beredar daripada sini sehingga dahi Luth berpeluh apabila Cik Adreena Taalia masih tetap degil biarpun berbagai cara sudah Luth lakukan supaya perempuan Tuan Muda segera meninggalkan kawasan penthouse milik Tuan Mudanya itu.

Hampir satu jam Cik Adreena Taalia paksa agar benarkan dia mengakses penthouse Tuan Mudanya.

"Tolong Luth I harap sangat you kasi I jumpa dengan Zayaan. Kalau you nak suruh I berlutut I sanggup asalkan you bagi I masuk penthouse Zayaan." Elok Adreena Taalia mahu berlutut dengan segera Luth menahan.

"Jangan Cik Adreena." Halang Luth terus semakin berpeluh dahi lelaki itu. Tidak tahu kah Cik Adreena Taalia jika tadi perempuan ini berlutut jawatan yang sedang dia jawat sekarang ini serta merta boleh di luncutkan dalam sekelip mata jika Tuan Mudanya dapat tahu perempuan kesayangannya berlutut depan dia?

"Then bagi I masuk Luth sekejap pun jadilah. I terdesak nak jumpa dengan Zayaan, please...." Mohon Adreena Taalia langsung tidak kesah jika Luth mahu fikirkan apa-apa sekalipun.

Kali ini Adreena Taalia tidak mahu menyesal lagi! Dia akan pujuk Zayaan untuk kembali kepada dia sebelum dia betul-betul menyesal atau lelaki itu sendiri yang ingin tamatkan hubungan mereka.

Luth berfikir sejenak.

"Fine Cik Adreena boleh masuk." Akhirnya setelah Luth berfikir masak-masak dia membenarkan Adreena Taalia masuk ke dalam penthouse Tuan Mudanya kerana Luth percaya keputusan dia kali ini betul.

"Thank you Luth I own you something big."

"Ini kad akses penthouse Tuan Muda."

Tersenyum lebar bibir Adreena Taalia setelah Luth serahkan dia kad akses itu.

Tet.

Perlahan-lahan pintu penthouse di buka lalu di katup rapat.

Tet.

Kasut yang tersarung pada kakinya Adreena Taalia cabut dan anak mata lentik itu mengintai keberadaan Zayaan samada lelaki itu berada di tingkat atas atau tingkat bawah.

Bunyi air shower yang kedengaran dari tingkat atas itu melebarkan senyuman pada bibir merah jambu Adreena Taalia yang kini memanjat anak tangga untuk ke tingkat atas dan menuju ke arah bilik Zayaan yang terletak agak jauh sedikit daripada tangga itu.

Perlahan-lahan Adreena Taalia memulas tombol pintu lalu mengintai sedikit anak matanya ke dalam bilik tersebut memandangkan sebelum ini dia tidak pernah lagi menerjah masuk bilik utama biarpun sudah dua kali Zayaan membawa dia ke sini. Setelah dia merasakan semuanya selamat Adreena Taalia mulai boloskan diri ke dalam kamar tidur tersebut dan menutup pintu rapat sempat di kunci lagi tu.

Wangi!

Itulah ayat pertama yang terbit setelah hidungnya menangkap bau sabun yang menenuhi ruang kamar tidur besar ini sehingga melebar senyuman itu merekah cantik pada wajah Adreena Taalia yang begitu ceria dan gembira sekali.

Klik!

Zayaan terkedu tidak percaya melihat gerangan manusia yang sedang melambai ke arahnya itu.

"Hai Zayaan...."

"You buat apa dekat sini Adreena?" Jika tadi perasaan Adreena Taalia membuak-buak tak sabar nak berjumpa dengan lelaki itu kerana dia ingatkan lelaki itu turut menunggu kehadiran dia ke sini tapi nampaknya itu hanyalah mimpinya semata-mata kerana rasa teruja itu hanyalah dirinya tidak untuk Zayaan Raid.

Intonasi dan nada Zayaan begitu lain seolah-olah kehadiran dia di sini langsung tidak di undangkan. Okey itu sakit......

"I nak jumpa suami I." Jawab Adreena Taalia cuba untuk tidak cepat melatah.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now