Bab 42

1K 23 0
                                    

Dika dan Zane kehairanan melihat tingkah laku Adreena Taalia yang hanya diam dua tiga hari ini. Malah perempuan itu langsung tidak menyebut hal pada majlis malam itu buatkan Dika dan Zane bertambah risau.

Adreena Taalia pula sibuk menguruskan majlis perasmin bersama Fatima tak sedar dirinya di perhatikan oleh dua lelaki itu kerana dia terlalu sibuk nak fikir hal lain. Dan dia masih tak mahu percaya Zayaan Raid adalah Hanz Eidlan! Tak itu bukan suami dia.

"Dika kau rasa kita kena buat apa?" Bisik Zane perlahan takut Adreena Taalia dengar nahas nanti.

Dika diam sebentar. Dia pun tak tahu nak buat apa sekarang ini sebabnya dia masih terkejut bagaimana Hanz Eidlan boleh bertukar menjadi Zayaan Raid dan bagaimana Adriana Tania boleh bersepakat dengan Dato Sri Azam dan Datin Sri Tengku Nadine.

Patutlah perempuan itu memblock nombor dia! Tak guna Adriana! Kau rupanya musuh dalam selimut keluarga aku, shit!

"Dika you boleh tolong I tak?" Terus Dika kembali ke alam nyata bila namanya di seru Adreena Taalia itu.

"Apadia?" Dika mendekati mereka berdua.

Adreena Taalia tersenyum nakal.

"Boleh tak you teman Fatima sekejap. I nak kena pergi dengan Zane lepasni, Fatima you okeykan kalau Dika yang teman you?" Ya Adreena Taalia memang sengaja nak rapatkan mereka berdua.

Yalah Dika dah tua rasanya dah sesuai nak berumah tangga lagipun Fatima memah terbaik untuk di jadikan adik iparnya.

"Saya okey je Cik Adreena." Terpaksa Fatima akur biarpun dia kurang selesa dengan lelaki tapi sampai bila?

"Okey. Dika faster majlis kita dah malam esok tahu tak?" Adreena Taalia menolak tubuh Dika pergi bersama Fatima itu.

Keluar sahaja Dika dan Fatima bergandingan melebar senyuman di bibir Adreena Taalia suka.

"Zane you menungkan apa tu? Dah jom nanti lambat  pula kita sampai." Panggil Adreena Taalia menggamit Zane ke mari dan mereka mulai menapak ke parking kereta.

Masuk sahaja ke dalam kereta milik Zane, Adreena Taalia hanya diam menyepi buatkan hati Zane rasa risau.

"Adreena you okey?"

"Hah?" Adreena Taalia terkejut bila tangan Zane menepuk tangannya buatkan bayangan Zayaan Raid menghilang di ganti dengan wajah Zane yang memakai masker hitam itu.

Buat masa sekarang Zane perlu di sorokkan untuk keselamatan lelaki itu kerana Adreena Taalia tahu yang orang-orang Aunty Nadine masih mencari Zane. Sebab itu dia sarankan untuk Zane memakai masker bila berhadapan dengan dunia luar.

Zara Ryca pula dia sudah hantar ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran di sana. Adreena Taalia harap Zara baik-baik sahaja di sana bersama orang-orang dia.

"I tanya you okey ke? You nampak pelik dua tiga harini buatkan I dengan Dika risau." Zane mengulang pertanyaan dia tadi tapi di tambah sedikit ayat di belakangnya itu.

Adreena Taalia menggaru kepala dia yang tak gatal itu. Nak tipu yang cakap dia okey rasanya tak boleh sebab Zane memang bijak baca air muka dia.

"Zane you tak rasa ke Hanz tipu kita semua? Motif dia muncul sebagai Zayaan Raid buatkan I terfikir lelaki tu sengaja nak kenakan I. Lagi-lagi lepas kita dapat tahu rupa-rupanya Zayaan Raid tu anak kandung orang tua you. You tak rasa apa-apa ke Zane, itu family you kut. Dia dah rampas tempat you dekat KING takkan you nak duduk diam je Zane?" Luah Adreena Taalia mengemam bibirnya kuat.

"No I tak rasa Zayaan tu nak kenakan kita semua.."

"What? Are you stupid Zane? Dia dah pijak lumat maruah kita pun you masih nak back up Aunty Nadine tu? Tak fahamlah I dengan you ni Zane" Potong Adreena Taalia garang.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now