Bau haruman masakan Hanz buatkan perut dia berbunyi. Dia betul-betul lapar, tengah hari tadi tak sempat nak lunch. Sibuk gila! Tangga terkakhir Adreena Taalia pijak dan membawa kaki panjang putih mulus bersama selipar tebal berbulu-bulu masuk ke ruang dapur.
Bencinya. Masak pun hensem. Hanz nampak lincah sedang menghidang makanan. Adreena Taalia mengambil tempat di meja makan dan mata lentik itu memerhati setiap gerakan Hanz tanpa henti.
"Dah you duduk bair I letak nasi dalam pinggan you." Mangkuk nasi di tangan Hanz dia rampas. Hanz akur lalu melabuhkan duduk menunggu Adreena Taalia meletak nasi.
"Cukup?" Hanz angguk. Kemudian Adreena Taalia beralih meletak nasi ke dalam pinggan dia pula. Sebenarnya dia agak kekok kerana ini kali pertama dia letak nasi sendiri. Jika sebelum ini semuanya sudah terhidang, tak apalah demi Hanz. Sekarang Adreena Taalia mencedok lauk pula.
"Baca doa dulu Adreena." Tegur Hanz. Tak jadi Adreena Taalia nak suap nasi terus menadah tangan.
Masuk suapan pertama meluas biji matanya. Sedap gila Hanz masak! Macam masakan chef pun ada ini kalah dia. Mana aci Hanz cukup sempurna dalam semua segi, hesy! Nanti ada betina lain yang nak ngorat suaminya macam mana? Geram aja Adreena Taalia nak tambat Hanz letak dalam almari!
Hanz pula fikir lain. Tak sedap ke dia masak? Berkerut aja muka isterinya. Dia makan okey aja macam biasalah atau isterinya tak biasa makan ikan sardin dengan telur dadar?
"Hanz I taknak you masak dekat orang lain selain I. No compromise." Ujar Adreena Taalia menambah nasi lagi. Apa? Dia pun manusia biasa okey. Ikan sardin dengan telur dada tu feveret Dika. Dia pandai makan pun belajar daripada Dika lah.
Tapi Dika masak tak sedap. Tawar. Yang suami dia masak sedap gila! Mungkin itu sebab air tangan Hanz, macam ni gemuklah dia....
"Hanz kalau I gemuk you sayang tak lagi dekat I?"
Berkerut dahi Hanz. Soalan jenis apa ni? Masalahnya sekarang Adreena Taalia kurus pun dia belum sayang lagi. Takkan nak jujur pula nanti tak pasal-pasal mengamuk pula.
"Fine. Tak nak jawab soalan I. Lebih baik I pergi call Zane mesti Zane akan jawab...."
"Sayang." Okey Hanz terpaksa. Sebut sahaja nama Zane entah kenapa dia rasa sakit hati.
Sikit-sikit Zane. Tak ada nama orang lain ke? Hah.
"Berani you tak sayang I. I kerat empat belaslah tubuh you Hanz."
"Dah lah membebel Adreena. Depan makanan tak baik cakap benda yang mengarut." Terdiam terus Adreena Taalia di buatnya.
Hanz masuk ke dalam bilik setelah pastikan semuanya sudah bersih di dapur tadi. Lah masuk punya awal ingatkan dah tidur, Adreena Taalia rupa-rupanya tengah main phone.
Adreena Taalia yang ralit bermain phone terganggu apabila telefon suaminya berdering. Siapa yang gatal nak call suami dia masa ni? Nak kena ni.
Hanz telan air liur melihat nama yang bercahaya di skrin telefonnya itu. Warda. Ada apa perempuan itu telefon masa ni? Rasanya esok tak ada perkara yang penting.
Dia bukan apa nanti kalau jawab call ni pasti Adreena Taalia mengamuk nanti. Tengoklah tu tajam mata lentik itu merenung buatkan Hanz resah.
"Bak telefon you tu. Sini I tolong jawabkan. Tak reti ke sekarang bukan waktu pejabat." Pinta Adreena Taalia garang.
Lambat lagi Hanz nak kasi. Malas nak panjangkan hal dia terus matikan telefon bimbitnya lalu terus panjat naik ke atas katil.
"Tak penting pun. Dah tidur." Hanz mula mengambil tempatnya. Debaran di dada sedikit laju kerana hal tadi dan mujur Adreena Taalia tak tanya lebih. Syukur.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...