Untuk bab ini agak mendewasakan sedikit. Bagi readers yang tak suka boleh skip ke bab yang seterusnya.
"Uwerrkk...."
"Uwerrkk...."
"Uwerrkkk...."
Zayaan mengusap belakang tubuh Adreena Taalia perlahan-lahan. Seketika kemudian Zayaan membasuh mulut Adreena Taalia lalu di dukung dan di bawa naik atas katil.
"Honey I'm sorry....."
"Kenapa you nak sorry pula? Biasalah morning sickness baby." Pipi Zayaan di usap lembut tahu yang lelaki itu risau melihat dia muntah tadi.
Alhamdulillah dia di beri rezeki untuk kedua kalinya lagi, tangan kekar Zayaan di bawa ke perutnya.
"I harap anak kita baik-baik sahaja. I tak nak rasa kehilangan macam dulu lagi, I minta maaf sebab tak jaga anak kita baik-baik, dulu I ego Zayaan. I takut kedudukan I jatuh sampai I tak jaga anak kita elok-elok I sibuk dekat ofis I skip pergi temu janji dan yang I paling kecewa dengan diri I...I sanggup membelakangkan you. I marah dengan you, I hina you, I sakitkan hati you, I lukakan hati you mungkin apa semua yang terjadi adalah kifarah untuk Allah ingatkan I harta dunia bukan segala-galanya."
Deras air mata penyesalan Adreena Taalia mengalir jatuh sehingga tergogoi-gogoi.
"Semua kehidupan I berubah lepas you tinggalkan I. Hidup I hancur, separuh hati I you dah bawa pergi, setiap hari I hanya mampu tunggu you datang kepada I..." sambung Adreena Taalia meluahkan rasa kesal yang selama ini hanya di pendam pada dasar lubuk hati dia.
Bening mata Zayaan hangat, bibir itu merekah tersenyum kacak. Mungkin dia masih lupa memori lamanya tapi sejujurnya hati kecil dia turut dapat merasakan kesakitan tersebut. Jari Zayaan menyapu air mata isterinya lalu menarik tubuh itu ke dalam pelukan dia.
"I am trully sorry honey. I janji benda ni tak akan berulang lagi, I will protect you at all cost. I promise you with all my heart. I love you Adreena I love you more than I have ever found a way to say it to you." Penuh romantis Zayaan mengungkapkan perasaanya kepada Adreena Taalia yang turut memeluk erat tubuh Zayaan itu.
"I found a love for me, darling just dive right in follow my lead. Well, I found a girl beautiful and sweet. Oh I never knew you were that someone waiting for me...." Tergelak besar Adreena Taalia mendengarkan suaminya itu menyanyikan lagu perfect yang di nyanyikan oleh Ed Sheeran itu.
Tidur Zayaan terjaga akibat bunyi deringan telefon bimbitnya, kelopak mata dia masih terasa berat akibat menjaga Adreena Taalia yang dari semalam sehingga subuh asyik meragam tidak selesa barangkali sehingga Zayaan turut sama berjaga.
Lepas solat subuh baru kedua-duanya terlelap. Skrin telefon yang bercahaya itu Zayaan toleh sesaat, nak apa Warda telefon dia pagi-pagi buta ni? Urgh!
Telefon bimbitnya di hempas kasar. Zayaan menoleh ke arah Adreena Taalia yang sedang ketiduran pulas buatkan bibir Zayaan menarik satu senyuman lebar.
"Tidur pun cantik." Gumam Zayaan memuji isteri sendiri. Lagi sekali deringan telefon bimbitnya kedengaran nyaring, makanya terpaksa Zayaan bangkit tapi sempat lelaki itu labuhkan satu ciuman ke dahi isterinya sebelum bangkit daripada tempat tidur untuk menjawab panggilan daripada Warda itu.
Rasanya dah sampai masa Zayaan perlu jelaskan kesemuanya kepada Warda sebelum masalah ini akan terus berlanjutan.
"Hai sayang...." Sapa Warda setelah lelaki itu mengambil tempat berhadapan dia.
"Sit down." Arah Zayaan apabila Warda mahu bangkit menuju ke arahnya.
Terus berubah air muka Warda, perempuan itu kembali melabuhkan duduk bila mana Zayaan tampak menggerunkan.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...