Kaca mata hitam LV di hempas kasar, berombak dada Adreena Taalia turun naik apabila dengan mata kepalanya sendiri melihat adegan suaminya bersama Warda di sebuah meja yang terletak tidak jauh darinya.
Hatinya panas! Jiwanya panas!
Hanz langsung tidak mengendahkan dirinya yang betul-betul duduk bertentangan dengan meja lelaki itu. Malah mereka berdua semakin rancak berbual tanpa mempedulikan Adreena Taalia yang kian meletop!
Rengusan kasar terbit di bibir merah Adreena Taalia. Kesabaran dia sudah semakin nipis! Lagi-lagi Warda betina itu semakin berani menunjukkan tanduknya. Lantas Adreena Taalia bangun lalu mendekati ke arah meja Hanz dan terus melabuhkan duduk tanpa menghiraukan pandangan tajam Hanz.
Warda pula tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Sebenarnya dari tadi lagi dia sedar kewujudan Adreena Taalia tapi Hanz melarangnya untuk pergi. Jadi Warda tiada pilihan selain mengikut arahan lelaki ini.
"Warda awak dah siap makan kan? Jomlah kita dah lewat ni." Ujar Hanz mahu berdiri untuk membayar di kaunter.
Elok sahaja Hanz nak bangun perempuan tepi dia ini menghalang. Laju Hanz menepis tangan tersebut sebelum menapak ke arah kaunter. Adreena Taalia berdecit kasar melihat belakang tubuh tegap Hanz yang sudah pergi. Pandangannya pula beralih ke arah Wada yang kini hanya menekur meja.
Senyuman sinis terukir pada bibir merahnya. Tangan di silangkan lalu menatap wajah Warda yang kelihatan takut di tempatnya.
"You jangan nak perasanlah Warda....Hanz tetap akan jadi milik I sampai bila-bila! I nak you semat benda tu dalam kepala otak you!" Jari telunjuknya yang baru mahu menunjal tepi dahi Warda tiba-tiba di tepis kasar.
Tegang wajah Adreena Taalia memandang orang yang menepis tadi. Malah semakin menggelegak darah dia apabila Hanz orangnya!
"Awak memang tak ada adab ke Cik Adreena? Parents awak tak pernah ajar ke cara menghormati orang lain? Atau Cik Adreena yang tak makan ajar?" Sinis Hanz berkata. Setelah itu Hanz memberi isyarat kepada Warda dan mereka mulai beredar daripada restoran tersebut.
Adreena Taalia tak mengalah! Laju kaki yang memakai kasut tumit itu berlari mengejar langkah Hanz menuju ke kereta milik suaminya itu.
"Hanz.....! Hanz.....!" Pekik Adreena Taalia langsung tidak menghiraukan jika ada yang memandang dia.
Hanz berdecit dalam diam. Sumpah dia serabut dengan kedegilan perempuan itu, sudah banyak hari Adreena Taalia mengekor ke mana sahaja di pergi satu bulan ini tanpa mengalah!
Hanz serabut!
Elok tangan Warda mahu membuka pintu kereta depan kuku panjang Adreena Taalia sempat mencengkam buatkan tangan Warda telepas. Dengan itu laju tangan Adreena Taalia buka pemegang pintu kereta lalu masuk ke dalam dan terus menutup pintu kereta milik Hanz kuat.
Bum!
Warda pula mengambil peluang lalu cepat-cepat melarikan diri sahaja dengan menaiki teksi.
"Tolong keluar Cik Adreena....saya mohon." Sehabis pasrah Hanz berkata dia betul-betul naik geram dengan kedegilan seorang Adreena Taalia.
"Never! Kenapa I tak boleh masuk? I isteri you!" Bentak Adreena Taalia tidak berpuas hati.
Hanz meraup mukanya kasar sebelum menghentak stereng kereta melepaskan geramnya itu. Jari Adreena Taalia yang merayap di belakang tubuhnya dia tepis lalu jari itu di genggam kuat.
"Tolong Cik Adreena. Tolong! Saya dah taknak ada apa-apa lagi dengan Cik Adreena! Tolong pergi daripada hidup saya dan jangan pernah muncul depan saya lagi. Please...." Mohon Hanz bersungguh-sungguh.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...