Bab 48

1.1K 27 0
                                    

Selepas solat isyak tadi rasa kantuk Adreena Taalia semakin menjadi-jadi sehingga dia terlelap di atas tikar sejadah malah masih tersarung telekung langsung tidak sedar sekarang ini rumahnya sudah di pecah masuk oleh orang Adriana Tania dalam diam.

"Aku dah dapat masuk, kau nak suruh aku buat sekarang?" Tanya Job menggunakan in ear manakala Adriana Tania hanya duduk memerhati di dalam keretanya membiarkan orang upahannya masuk.

"Betina tu tengah buat apa?"

"Tidur." Mendengarkan jawapan daripada Job itu bibir Adriana Tania tersenyum lebar.

"Sekarang!" Arah dia dengan begitu terujanya.

"Baik." Job mula menolak pintu bilik kayu jati tersebut dengan langkah yang paling senyap Job masuk ke dalam lalu di tutup kemas dan di kunci.

Senyuman jahat terukir pada wajah Job.

Adreena Taalia yang sedang nyenyak tidur menghalau sesuatu yang bermain di bulu mata dia buatkan tidurnya sedikit terjaga.

Job menjilat bibir keghairahan melihat betapa indahnya ciptaan yang terhidang di matanya saat ini. Di mana perempuan ini begitu jelita sekali sehingga nafsunya bergelojak hebat!

Tangan kasar Job mulai membelai pipi lembut Adreena Taalia yang masih nyenyak tertidur pulas itu. Otaknya mula berfikiran kotor.

Adreena Taalia yang masih mamai terpaksa membuka juga kelopak mata dia apabila tangan Dika itu masih mahu mengacau dia.

"Dika you selalu kacau I macamni.....aaaaaaaaaa!"

Terletus kuat tawa Job apabila perempuan jelita ini sudah sedar akan kehadiran dia di mana perempuan jelita itu kelihatan tergetar-getar mengerot ke tepi dinding.

"K...kau...S...siapa..." terketar-ketar bibir Adreena Taalia sehingga suara dia pun turut hilang setelah sedar tangan itu bukan tangan Dika tapi perompak!

Ya Allah selamatkan aku daripada lelaki ini.....

Job tak jawab malah lelaki itu sedang meletakkan satu pil ke dalam botol air yang Adriana Tania sudah sediakan untuknya. Adreena Taalia yang melihat perbuatan itu sudah basah dengan air mata, dunia dia mulai terasa gelap serta merta!

"Kenapa kau tak jerit minta tolong?" Tanya Job kehairanan sambil-sambil itu dia sedang menunggu ubat perangsang agar cepat larut supaya lebih cepat dia boleh ke syurga bersama perempuan jelita ini.

"I bersumpah demi Allah kalau you sentuh I malam ni I akan pastikan you terima nasib you jantan!"

Pang!

"Kau perempuan yang paling berani aku pernah jumpa! Nasib? Nasib apa tu betina! Aku rasa lebih baik kau berdoa dekat tuhan kau supaya nasib kau malam ni berubah! Tapi nampaknya tuhan kau pun tengah berpihak kepada aku. Minum!" Dagu Adreena Taalia di cengkam kuat setelah tangan kasar Job melepang wajah jelita itu tadi sehingga darah mulai terbit pada tepi bibir Adreena Taalia yang kini teresak-esak di landa ketakutan yang begitu hebat sekali.

Tersedak Adreena Taalia apabila air ubat itu masuk ke dalam kerongkongnya secara paksa!

Seperti orang gila Job memaksa perempuan itu agar menghabiskan air tersebut biarpun Adreena Taalia cuba berlawan sehingga kakinya sempat menyepak di celah Job di dalam kesempitan itu.

"Bullshit sakit babi!" Pekik Job kuat menyeringai sakit pada celahnya mengakibatkan air yang masih tinggal separuh itu tumpah sampai habis.

Dengan peluang besar itu Adreena Taalia bangkit lalu berlari keluar daripada biliknya dengan keadaan dirinya yang tunggang langgang di mana telekungnya senget benget itu langsung tidak menghentikan Adreena Taalia agar terus selamatkan dirinya daripada jantan durjana itu.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now